“Kembar Daddy, Bonda Sayang Ayyaz!” INTAN SALEH Makin Bahagia Dengan Kehadiran Zuriat Ke-3

Tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh usahawan dan selebriti media sosial terkenal, Intan Liana Saleh sejak kembali bergelar isteri buat kali kedua.



Pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan pertamanya sehingga mencetuskan kontroversi sekitar empat tahun lalu, Intan yang mesra digelar sebagai Bonda akhirnya kini menemui kebahagiaan yang dicari bersama jejak pilihan hati, Muhammad Aizam Yahya.


Tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan kembali memegang status sebagai isteri secara rasminya pada Disember 2021.

Biarpun bertemu jodoh dengan jejaka yang 10 tahun lebih muda darinya, namun mereka kekal bahagia hingga kini. Segalanya berlandaskan tanggungjawab, kejujuran dan kematangan masing-masing.

Ibu dua anak berusia 35 tahun ini dianggap sangat bertuah kerana sering mendapat sokongan serta perhatian warganet sebelum dan selepas berumah tangga. Pujian, kata-kata semangat dan nasihat sering dititipkan buat Intan agar terus menjadi seorang wanita yang tabah.

KONGSI GAMBAR ANAK KE-3
Menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, Intan memuat naik satu posting berkongsi gambar dan rutin bersama baby terbarunya.

Selepas tujuh hari dilahirkan, Intan tampil berkongsi nama anak lelaki ketiganya sebagai Muhammad Ayyaz Muqri. Menurut Intan, pada awalnya Muhammad Ayyaz dijangka lahir pada 18 September 2022 tetapi terpaksa dilahirkan dua minggu awal dari tarikh jangkaan iaitu 3 September 2022 secara normal.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, diberi lagi kekuatan untuk Bonda.

“Semoga sihat selalu Muhammad Ayyaz Muqri Bin Muhammad Aizam. Bonda, Daddy and abang Muqri’s love you,”

tulis Intan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Intan mendoakan agar kehidupan keluarga ini kekal bahagia dan dipermudahkan.

Terdahulu, Intan pernah berkahwin dengan pemuzik Ude pada tahun 2013 sebelum berpisah talak satu pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dia cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5.

Kredit Foto: Instagram Intan Saleh

IKLAN
Share