Tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh usahawan dan selebriti media sosial terkenal, Intan Liana Saleh sejak kembali bergelar isteri buat kali kedua.
Pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan pertamanya sehingga mencetuskan kontroversi sekitar empat tahun lalu, Intan yang mesra digelar sebagai Bonda akhirnya kini menemui kebahagiaan yang dicari bersama jejak pilihan hati, Muhammad Aizam Yahya.
Tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan kembali memegang status sebagai isteri secara rasminya pada Disember 2021.
Biarpun bertemu jodoh dengan jejaka yang 10 tahun lebih muda darinya, namun mereka kekal bahagia hingga kini. Segalanya berlandaskan tanggungjawab, kejujuran dan kematangan masing-masing.
Ads
Ibu dua anak berusia 35 tahun ini dianggap sangat bertuah kerana sering mendapat sokongan serta perhatian warganet sebelum dan selepas berumah tangga. Pujian, kata-kata semangat dan nasihat sering dititipkan buat Intan agar terus menjadi seorang wanita yang tabah.
KONGSI GAMBAR ANAK KE-3 Menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, Intan memuat naik satu posting berkongsi gambar dan rutin bersama baby terbarunya.
Selepas tujuh hari dilahirkan, Intan tampil berkongsi nama anak lelaki ketiganya sebagai Muhammad Ayyaz Muqri. Menurut Intan, pada awalnya Muhammad Ayyaz dijangka lahir pada 18 September 2022 tetapi terpaksa dilahirkan dua minggu awal dari tarikh jangkaan iaitu 3 September 2022 secara normal.
Ads
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, diberi lagi kekuatan untuk Bonda.
“Semoga sihat selalu Muhammad Ayyaz Muqri Bin Muhammad Aizam. Bonda, Daddy and abang Muqri’s love you,” tulis Intan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Intan mendoakan agar kehidupan keluarga ini kekal bahagia dan dipermudahkan.
Terdahulu, Intan pernah berkahwin dengan pemuzik Ude pada tahun 2013 sebelum berpisah talak satu pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dia cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5.
Kredit Foto: Instagram Intan Saleh
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergiat secara aktif dalam bidang fesyen, pasti memberikan ruang yang lebih untuk Zeileen Yusnita Abd Jalil bereksperimen dengan fesyen yang sesuai untuk individu yang memiliki bentuk tubuh yang gempal. Walaupun negara sedang melalui arus kehidupan yang moden, namun stigma individu bertubuh gempal mempunyai limitasi terutama dari segi berfesyen masih terus diperkatakan.
Malah baru-baru ini kecoh apabila individu yang mempunyai berat badan 60kg ‘ditegah’ dari menghadiri majlis pertunjukkan fesyen, memberi pelbagai reaksi yang sedikit sebanyak menjadi sebutan dan perdebatan di kalangan netizen.
Walapun mempunyai tubuh yang gempal, ia tidak sesekali membuatkan Zeileen merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan kerana apa yang lebih diutamakan oleh wanita berusia 31 tahun ini adalah keyakinan dirinya tatkala berhadapan dengan para pelanggan dalam mengetengahkan lagi jenama fesyen yang diusahakan.
Pemilik jenama fesyen Altelia Amani ini mempunyai pandangan tersendiri mengenai fesyen dan tubuh gempal kerana yakin tidak sah tanpa melibatkan elemen fesyen dalam kehidupan seharian.
“Industri fesyen terutamanya untuk wanita yang bertubuh gempal perlu bergerak selari dengan peredaran zaman. Atas kesedaran itu, setiap rekaan terutamanya yang dihasilkan di Altelia Amani diberi sentuhan yang bersesuaian dengan bentuk tubuh walaupun untuk si badan gempal,” ujar Zeileen yang mengasaskan jenama Altelia Amani bersama suami tersayang, Mohamad Farid Omardin.
Tambah Zeileen lagi, sebagai individu yang mempunyai bentuk tubuh yang gempal, sememangnya gaya fesyen yang ringkas menjadi pilihannya. Tetapi dalam mengutamakan soal fesyen, Zeileen lebih mementingkan potongan baju dan juga kualiti kain atau fabrik yang digunakan.
“Dengan susuk tubuh saya, sangat penting untuk saya mengenakan baju yang mempunyai silhouette yang ringkas dan straightforward . Sebolehnya, saya akan elak memakaia pakaian yang terlalu berlebihan atau mempunyai unsur ruffle yang sekaligus menampakkan susuk tubuh yang lebih berisi dan tidak sesuai untuk digayakan.
Selain itu, saya lebih mengutamakan pemilihan fabrik yang bersesuaian agar saya tampil lebih berkeyakinan diri serta selesa apabila berhadapan dengan pelanggan mahupun menghadiri majlis-majlis tertentu. Memandangkan kerjaya saya memerlukan saya sentiasa tampil menarik dan berjumpa dengan pelbagai jenis individu, amat penting untuk mengenakan pakaiaian yang selesa sekaligus memberikan saya keyakinan diri yang lebih tinggi,” ujar Zeileen yang sememangnya amat meminati dunia fesyen.
PERMINTAAN TERHADAP FESYEN PLUS SIZE
Berbalik soal fesyen untuk golongan plus size, Zeileen tidak menafikan kesukaran dirinya mencari fesyen yang sesuai untuk bentuk tubuhnya banyak mendorong dirinya untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan fesyen.Bagi Zeileen, fesyen merupakan sesuatu yang dekat dengan personaliti dirinya yang gemar melihat sesuatu yang cantik untuk digayakan.
Namun begitu, faktor kesukaran mencari pakaian plus size sedikit sebanyak membantutkan penampilan dan gaya. Hanya kira-kira setahun yang lalu, Zeileen melancarkan jenama plus size di bawah label sendiri dikenali sebagai Aamani Curves.
“Jika melihat perkembangan fesyen plus size lima tahun yang lalu, tidak dinafikan agak sukar untuk mencari fesyen yang sesuai dengan bentuk tubuh. Namun begitu, saya amat bertuah kerana berpeluang melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negara di mana amat mudah untuk mendapatkan baju plus size. Melihat permintaan terhadap pakaian plus size semakin berkembang pesat di tanahair, saya lihat ia banyak memberi ruang wanita plus size tampil lebih bergaya sesuai dengan perkembangan fesyen terkini.
Atas inisiatif ingin membantu wanita plus size memperolehi fesyen dengan lebih mudah, saya memberanikan diri memperkenalkan label Aamani Curves untuk wanita bertubuh gempal. Kehadiran jenama ini memeriahkan lagi industri fesyen plus size yang semakin berkembang pesat di Malaysia,” ujar Zeileen yang sememangnya teruja apabila memperkatakan tentang jenama yang diusahakannya itu.
Menyentuh mengenai pereka fesyen kegemarannya, Zeileen yang mempunyai team pereka fesyen khas di bawah jenama Altelia Amani berkata dia amat berpuas hati dengan rekaan untuk plus size yang dihasilkan di bawah jenama tersebut memandangkan ia amat menepati citarasanya baik untuk kegunaan harian mahupun ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
“Bagi jenama fesyen antarabangsa pula, saya amat meminati hasil kerja pereka fesyen Monique Lhuillier kerana rekaan yang dihasilkan banyak mengetengahkan unsur romantis dan flowy. Sisi lembut yang menjadi keistimewaan di kalangan wanita bertubuh gempal yang perlu diterokai untuk menghasilkan fesyen yang menarik,” ujar Zeileen yang sememangnya mudah mesra dan kaya dengan senyuman.
Bercerita pula mengenai industri fesyen semasa, Zeileen tidak menafikan fesyen berubah dari semasa ke semasa dan sudah menjadi lumrah sebagai pemain dalam industri fesyen untuk mengikut trend agar tidak jauh ketinggalan. Namun begitu, Zeileen turut mempunyai pendirian tersendiri dalam perkara tersebut kerana enggan menjadi hamba fesyen.
“Pada pandangan saya, tidak dinafikan fesyen berubah dari semasa ke semasa. Tetapi sebagai individu, kita perlu mempunyai pendirian dalam sesuatu gaya yang ditampilkan. Usah jadi hamba fesyen dan pilih fesyen yang bersesuaian dengan personaliti. Kita boleh jatuh cinta dengan dunia fesyen tetapi apa yang penting perlu bijak memilih dan menggayakan fesyen yang bersesuaian,” ujar Zeileen seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal meniti usia emas atau melangkah masuk ke alam 50-an, pastinya menjemput satu perasaan luar biasa di kalangan wanita. Bukan dari aspek perubahan fizikal semata tapi corak fikir dan kematangan terhadap hidup yang dijalani. Inilah yang dikongsi selebriti Raja Putri Atilia Raja Haron atau Atilia, tahun 2023 merupakan tahun terakhirnya dalam lingkungan 40-an.
Selain bergiat aktif sebagai penyanyi, Atilia juga membina kerjaya hebat sebagai instruktor yoga. Berusia 49 tahun, anak kepada biduanita Salamiah Hassan itu dilahirkan pada 15 September 1974 serta mempunyai seorang adik bernama Raja Ahmad Shah.
Tampil awet muda dengan potongan rambut pendek, hala tuju wanita genit bersuara merdu ini jelas begitu menginspirasikan.
“Saya berada dalam fasa dimana saya cukup pasti apa yang baik atau buruk untuk saya (masih belajar).
Kini fokus saya lebih jelas, begitu juga perkara-perkara atau orang yang ‘mengganggu’ juga berkurangan. Saya tahu saya tidak perlu memiliki segala-galanya untuk bahagia.
Now i let go and just let god.
Dulu saya pernah memaksa diri hingga terlalu penat. Tapi sekarang saya pilih untuk ‘melepaskan’ dan berserah pada Tuhan. Itulah yang sepatutnya saya lakukan dari mula lagi.
Saya rasa tenang apabila hidup ini dijalani tanpa memenuhi jangkaan sesiapa tapi cukup sekadar hidup untuk kebahagiaan sendiri.” Atilia Haron
Kata-kata yang matang dan peringatan yang baik untuk semua wanita tanpa mengira usia! Terima kasih Atilia.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (klik sini).
***
Keakraban ibu dan anak ini, meskipun jarang berjumpa namun tetap terlihat erat. Jemput tonton video eksklusif Majalah Nona bersama penyanyi Salamiah Hassan dan Atilia Haron di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau terpacul sahaja nama Kylie Jenner pasti sudah terbayang seorang gadis dengan sosok tubuh seksi yang gemar menggayakan fesyen terkini pereka jenama mewah. Wajah yang jelita dan sering tampil cantik dengan solekan sempurna ini sebenarnya begitu gigih dalam perniagaan kosmetik yang diasaskannya.
Wanita yang lahir daripada program realiti TV ini benar-benar bertuah kerana namanya telah melonjak naik lantaran program realiti TV yang dilakonkan bersama-sama kakak satu ibunya, Kim Kardashian. Biasan daripada program realiti TV tersebut namanya turut gah di platform laman media sosial yang telah mencurahkan rezeki melimpah-ruah.
Kylie bukan seorang anak hartawan tetapi atas hasil usaha titik peluhnya dan populariti yang diraih melalui laman media sosial, wanita yang bakal menginjak usia 23 tahun pada Ogos ini telah melayakkan dirinya bergelar JUTAWAN.
Bergelar jutawan dalam usia yang terlalu muda merupakan satu kebanggaan buat dirinya dan telah menyuntik inspirasi buat wanita lain seusianya mahupun yang sudah berusia. Mesti terasa puas hati segala usaha yang dilakukan nyata berbaloi.
Majalah Forbes pernah menyenaraikan Kylie Jenner sebagai salah seorang wanita muda yang berjaya dalam perniagaan kosmetik sehingga bergelar Instagram-Savvy Makeup Moguls. Dengan memiliki 191 juta pengikut di laman Instagram dan digelar sebagai Seventh Most Followed User mungkin Kylie Jenner tidak perlu bersusah payah untuk mempromosikan barangan solekannya.
Bisnes kosmetik yang diberi nama sempena namanya, Kylie Jenner telah mentransformasikan dirinya daripada seorang gadis biasa kepada seorang Jutawan dengan jumlah harta kekayaan USD900 juta dalam masa tiga tahun memulakan perniagaan.
Walaupun banyak kritikan yang diterima Kylie dalam menentukan gaya hidupnya tetapi dalam masa yang sama telah mencipta kejayaan peribadi yang pasti dicemburui oleh setiap wanita. Tahniah Kylie! anda mesti bangga memiliki harta kekayaan yang tercipta daripada usaha sendiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!