
Cuaca panas terik akhir-akhir ini mengundang rasa tak selesa. Walaupun duduk dalam bilik berhawa dingin, bahang panas masih terasa. Inikah dinamakan strok haba?
Ramai juga yang masih kurang peka dengan kehadiran cuaca panas melampau yang dijangka berlarutan sehingga Mac nanti. Sana-sini berita menyarankan agar segala aktiviti luar dikurangkan atau dibatalkan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan. Jom kita lihat apa itu strok haba.
Siapa berisiko mendapat strok haba?
- Warga emas
- Wanita hamil dan menyusu
- Kanak-kanak dan bayi
- Orang yang jarang minum air
Simptom strok haba
- Mula sakit kepala
- Kurang berpeluh walaupun cuaca panas
- Kulit menjadi merah, panas dan kering
- Kejang otot
- Muntah-muntah
- Degupan jantung terlalu lemah atau terlalu kencang
- Sukar bernafas
- Pitam atau pengsan
Langkah mencegah strok haba
- Gunakan baju longgar dan ringan. Ia membolehkan tubuh untuk sejuk dengan baik.
- Lindungi kulit dari selar matahari. Gunakan sapuan SPF tinggi agar kulit anda terus dilindungi.
- Minum banyak air. Lebihkan kuantiti minum air kosong. Elakkan ais dan minuman bergula ya.
- Sediakan ubat sesuai. Selain ubat-ubatan yang disyorkan doctor, anda juga boleh mnegambil suplemen tambahan.
- Jangan tinggalkan sesiapa di kawasan parkir. Prihatin dengan penumpang di dalam kenderaan. Jangan biarkan mereka ditinggalkan terlalu di kawasan parkir yang tidak berbumbung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau Target Nak Cepat Turun Berat Boleh Cuba 25 Cara Ini

Setiap orang pasti ada impian nak capai berat badan idaman untuk majlis tertentu. Kalau target nak cepat turun boleh cuba cara ini.
Tidak perlu drastik sekat pemakanan seharian kalau target nak cepat turun tau!. Dalam diet yang sihat perlu mengambil pemakanan seperti biasa cuma kuantitinya yang perlu dikawal.

Minggu demi minggu mengamalkan langkah demi langkah pengambilan makanan yang sihat. Pakar Pemakanan menyarankan agar menurunkan 1,300 kalori sehari buat permulaan.
Jangan makan lewat malam dan amal pengambilan makanan yang penuh nutrisi mengikut keperluan diri kalau target nak cepat turun.
1.Segelas jus oren mengandungi sedikit sari buah dan tidak mempunyai fiber daripada oren. Manakala jika makan sebiji buah keseluruhan nutrisi buah dapat dinikmati.
2.Ayam ditumis dengan sedikit minyak lebih sihat daripada ayam goreng dalam minyak yang penuh. Bagi menambah rasa, tumis sekali sayur-sayuran pelbagai warna. Tentu enak dan menyelerakan.
3.Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan di pasar basah atau kedai runcit lebih segar berbanding dengan produk import. Produk segar daripada ladang lebih kaya khasiat dan vitamin serta mineralnya.

4.Makan anggur yang telah mengalami proses sejuk beku boleh membantu mengurangkan kalori jika dibandingkan dengan buah yang telah dijadikan ais krim (popsicle). Ditambah pula dengan gula popsicle dan gula semula jadi anggur!
5.Beras perang mengandungi kurang kanji berbanding beras putih. Mengawal pengambilan nasi boleh membantu mengurangkan berat badan.
6.Jika sudah biasa menggunakan mentega sebagai lepa di atas roti cuba ubah menggunakan buah avokado. Pasti lebih sihat dan yang penting tidak mengandungi lemak.
7.Bagi melengkapkan sarapan yang penuh khasiat ambil telur rebus bagi menikmati khasiat protein. Telur goreng? Cuba elak mengambil minyak di pagi hari.
8.Lebih elok mengambil sumber kekacang berbanding mentega kacang. Ini kerana mentega kacang mengandungi lebih lemak dan gula berbanding kacang.
9.Setiap hari mengambil bagel (354 kalori) ketika sarapan dan kini sudah tiba masa untuk tukar kepada roti panggang (164 kalori). Elak disapu dengan mentega namun boleh ditambah dengan satu sudu teh madu (64 kalori) atau setengah cawan keju kotej (90 kalori).

10.Kopi ais kisar biasanya akan ditambah dengan susu penuh krim dan krim. Ada juga yang ditambah dengan manisan daripada buah-buahan yang diawet. Kandungan kalori yang terdapat dalam kopi ais jenis ini adalah 370 kalori dan 15 gram lemak. Manakala kopi biasa tidak mengandungi kalori tetapi ditambah dengan krim (24 kalori per satu sudu teh) dan gula (16 kalori per satu sudu teh).
11.Omelettes biasanya menggunakan 2 biji telur dan sebiji telur mengandungi 75 kalori dan 5 gram lemak. Manakala putih telur sahaja hanya mengandungi 16 kalori dan tidak mengandungi lemak.
12.280 gram hidangan sup krim brokoli mengandungi 160 kalori dan 9 gram lemak. Manakala sup ayam bersama mi mengandungi 110 kalori dan 2 gram lemak dalam kuantiti hidangan yang sama.
13.Jika biasanya anda mengambil daging dua kali seminggu cuba ganti dengan ikan. 75 gram stik daging mengandungi 230 kalori dan 14 gram lemak berbanding dengan hanya 80 kalori dan 1 gram lemak pada ikan kod bakar dalam kuantiti hidangan yang sama.
14.Inginkan sesuatu yang manis? Makan satu cawan ais krim perisa strawberi mengandungi 500 kalori dan 16 gram lemak. Apa kata tukar dengan satu cawan buah strawberi yang hanya mengandungi 56 kalori sahaja. Boleh cicah dengan ¼ cawan krim dengan ekstra 30 kalori dan 2 gram lemak.
15.Roti yang berinti 6 inci bebola daging mengandungi 580 kalori dan 24 gram lemak. Manakala roti yang berintikan dada ayam hanya mengandungi 280 kalori. Sayur-sayuran yang diletak di dalam roti mengandungi 230 kalori dan 3 gram lemak.
16.Tukar pengambilan satu tin air karbonat setiap hari dengan segelas air putih yang ditambah dengan hirisan lemon, timun dan daun pudina untuk rasa yang lebih segar. Menukar minuman ini anda boleh ‘jimat’ sebanyak 140 kalori.
17.Pemakanan roti putih dengan banyak menyebabkan tubuh kita menghasilkan gula dalam darah (indeks glikemik yang tinggi). Manakala roti gandum penuh tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses pengurangan nutrien yang dipanggil bleech.
18.Kandungan garam dan serbuk perisa yang terdapat di dalam yang telah bersalut sukar ditafsirkan. Lebih baik ambil kekacang tanpa ditambah sebarang sumber asing.
19.Tukar coklat panas dihidangkan bersama susu penuh krim serta ditambah pula krim yang manis kepada coklat panas dengan susu rendah lemak.
20.Penukaran air karbonat kepada air putih boleh mengurangkan kalori sebanyak 140 kalori.
21.Cara yang mudah untuk mengurangkan kalori adalah menukar susu kepada susu rendah lemak. 225 gram susu penuh krim mengandungi 146 kalori berbanding susu rendah lemak hanya 83 kalori.
22.Jika setiap hari minum air kola cuba tukar kepada jus buah-buahan. Jus buah berkhasiat lebih-lebih lagi jika berserat.
23.Tuna yang ditinkan bersama air mengandungi kandungan kalori sebanyak 190 kalori. Manakala tuna yang ditinkan bersama minyak mengandungi 340 kalori.
24.Kandungan gula yang tinggi pada bijirin yang bersalut gula ini patut diletak tepi. Cuba ambil biji-bijiran daripada sumber yang asli atau tidak bersalut terutama dengan gula.
25.Yogurt greek mempunyai nilai protein dua kali ganda lebih daripada yogurt biasa. Bagi menambah lagi nutrisi masuk buah-buah yang kaya dengan antioksida dan fiber.
Baca juga; Cabut Sehelai UBAN, Nanti ‘Rambut Putih’ Jadi Banyak, Fakta Atau Mitos
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
3 Sahabat Ini Sering Kongsi Kisah Suka Duka, Sama-Sama Sukses Dalam Karier

Di kalangan wanita topik seperti kecantikan, fesyen, kesihatan dan gaya hidup sering menjadi perbualan setiap kali berjumpa dengan teman-teman baik.
Bukan saja dapat bertukar-tukar pendapat dan idea bahkan mereka juga dapat mengeratkan lagi persahabatan setelah masing-masing sibuk dengan urusan kerja.

Dr Azni, Shafira dan Azlin tiga sahabat baik yang mempunyai persamaan antaranya berkaitan fesyen dan kecantikan.
SALING KONGSI KISAH SUKA DUKA
“Selalunya kalau berjuma kami suka bercakap tentang kehidupan termasuk ketawa tentang hal-hal remeh. Ketawa sangat penting kerana ia banyak membantu saya mengatasi tekanan hidup. Selalunya kami akan jumpa pada waktu makan tengah hari atau minum petang.
Saya suka fesyen dan suka meneroka warna dan corak. Ia umpama menjadikan diri saya seperti orang baru setiap hari.” kongsi Dr Azni yang merupakan seorang pensyarah.

Bagi Shafira Dalina pula, setiap kali berjumpa biasanya mereka sama-sama berkongsi cerita dan pengalaman suka duka bagi mengeratkan hubungan mereka yang sentiasa sibuk dengan kerjaya dan kehidupan masing-masing.
“Bercakap tentang fesyen, fashion is ever-evolving. Sebelum mencuba sesuatu fesyen penting untuk seseorang itu melihat kesesuaian bentuk badan, ketinggian serta warna kulit.
Saya menggemari motif-motif yang menyerlahkan ciri-ciri wanita seperti ruffles, pleats, embellishment, renda dan sebagainya. Saya begitu menitikberatkan tentang perincian dan kualiti. Walau seringkas manapun saya sentiasa berusaha untuk menyerlahkan penampilan dengan cara tersendiri.”
Shafira Dalina Kamarudzaman merupakan Eksekutif di salah sebuah bank dan kini berusia 38 tahun.

Sementara Azlin Zulkharnain berpendapat, apa lagi yang sering dibualkan oleh golongan wanita kalau bukan gosip.
“Gosip tu sebenarnya sekadar penambah rasa saja. Takkan sepanjang masa nak kena serius saja, pasti membosankan. Kami banyak berkongsi tentang cerita, pengalaman dan saling memberi atau bertukar idea tentang sesuatu perkara.
Pandangan saya tentang fesyen ialah bagaimana seseorang mengekspresi dirinya melalui penampilan. Fesyen melambangkan karakter dan cita rasa seseorang. Tak semua trend sesuai kerana banyak faktor yang perlu dititikberatkan agar tak menjadi mangsa fesyen.”

Usahawan berusia 33 tahun ini lebih selesa memilih gaya praktikal yang bukan saja memberi keselesaan bahkan meningkatkan lagi keyakinan dirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini Rahsia Tudung Cantik Terletak NORYN AZIZ, Mesti Anda Jatuh Cinta Nak Berhijab!

Sejak kemunculan semula penyanyi bersuara lunak Noryn Aziz ni, memang tak lepas ikut perkembangan dia. Dari karier seni, sisi kehidupan peribadi… sampailah tip cantik yang diamalkan Noryn, ramai peminat yang menanti-nantikan perkembangannya. Lagi-lagi sejak pemilik nama Norazmahwati Abdul Aziz ini mengenakan hijab sekitar tahun 2011.
Disifatkan antara selebriti wanita berhijab yang sering tampil bergaya, populariti Noryn semakin meningkat naik selepas dia menjuarai program realiti Gegar Vaganza Musim Kelima pada September tahun lalu. Berbekalkan bakat nyanyian dan sifat merendah diri serta ramah melayan para peminat… maka tidak hairanlah saban tahun ada saja rezeki Noryn.


Terbaru, Noryn kembali menyuntik inspirasi dan ‘superwoman’ kepada golongan wanita menerusi perniagaan terbarunya, By Noryn. Label hijab Noryn yang baru dilancarkan pada 1 Februari lepas ini adalah buah tangan kepada semua wanita khususnya yang berhijab juga buat mereka bakal mengenakan hijab. Patutlah selama ni tengok Noryn pakai tudung cantik terletak je, rupa-rupanya sebab ada label hijab sendiri.


“Bismillahirrahmanirrahim. By Noryn is OFFICIALLY ONZ. Launch. Berdesup!!! Menemui anda… Superwoman collection of instant shawl berwarna-warni menyinari hari-hari anda yang indah ceria walau terkadang mendung.
We have 21 colors to grab. Hoodie Shawl yang multipurpose pula memudahkan look anda. Tak caya, cubalah. Anda akan nampak lebih mysteriously fashionable. Hoodie Shawl ni boleh digayakan pelbagai style.”

https://www.instagram.com/p/BtfIjTvBaW4/
Seriously, memang rambang mata tengok koleksi By Noryn. Siap buat tutorial lagi. Memang mudah, cepat dan cantik bila digayakan. Sesuailah untuk anda yang sibuk bekerjaya atau yang ada anak ramai. Tak perlu lagi berdiri lama depan cermin lepas ni.
Noryn yang kini meniti usia 42 tahun mempunyai seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah yang berusia lima tahun. Tahun 2019 nyata tahun yang bertuah bagi figura ini kerana selain berjaya menghasilkan jenama sendiri, Noryn bakal mengadakan konsert Soul Sisters bersama paduan suara penyanyi hebat, Misha Omar dan Siti Sarah pada 5 dan 6 April nanti.
Kredit: Instagram Noryn Aziz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


