Tiga tahun yang suram, gara-gara iklim industri perfileman yang merudum hampir membuat ramai penggiat seni hilang semangat. Jutawan berumur lebih separuh abad ini sendiri tidak terkecuali.
Datuk Yusof Haslam, pemilik syarikat perfileman gergasi Skop Production itu seperti biasa rancak berkongsi pengalaman hidupnya. Cuma berbeza kali ini, ia berkisar tentang insiden menginsafkan iaitu zakat.
Memang lumrah perniagaan… ada masa pasang, ada masa surut. Ada masa untung melimpah, ada masa rugi bersepah.
“Selama berkecimpung dalam bidang ini, saya sudah hasilkan pelbagai program TV dan filem. Malah sebagai sebuah syarikat bumiputera, saya turut gembira kerana perniagaan yang dibina mampu berkekalan.
Restoran Haslam juga sudah 33 tahun beroperasi, itu pun modalnya diberi oleh bapa mertua saya dahulu. Saya fikir semua ini adalah berkat yang dinikmati hasil daripada membayar zakat sejak mula berniaga lagi.
Saya masih ingat, ada satu peristiwa berlaku yang sangat menyedarkan tentang akibat lalai berzakat. Pernah sekitar tahun 1988, sewaktu syarikat saya baru bertatih, saya terlalu sibuk dengan kerja hingga terabai kewajipan membayarnya.
Kerana asyik tertangguh-tangguh, suatu hari pelakon saya iaitu A. Galak beritahu kamera kami jatuh ke dalam laut semasa penggambaran. Harga kamera masa tu memang mahal, tak silap saya RM20,000 lebur begitu saja. Ia jatuh kerana bot yang dinaiki krew dipukul ombak di Pelabuhan Klang.
Sambil mengenangkan nasib, tiba-tiba isteri saya iaitu Datin Fatimah Ismail bertanya sama ada saya sudah membayar zakat atau belum. Barulah saya sedar ini padahnya kerana bertangguh-tangguh urusan rezeki dengan Allah.
Saya termenung panjang. Sejak itu saya tak pernah sekali pun tertinggal membayarnya.
Ads
Alhamdulilah, berkat berzakat secara konsisten, rezeki kami tak pernah putus mengalir. Isteri saya pun salah satu rezeki itu kerana dia banyak beri nasihat dan ingatkan saya tentang agama,” cerita Datuk Yusof yang kini dibantu oleh anak-anaknya, Syamsul dan Syafiq.
Tambah Datuk Yusof, “Secara peribadinya ia memberi ketenangan hati. Saya percaya faedah berzakat itu besar, khususnya dalam perniagaan apabila pulangan yang didapati datang dari pelbagai arah.
Jika bukan melalui perniagaan, rezeki mungkin datang daripada kehidupan berkeluarga yang sentosa dan hati yang sentiasa reda dengan pemberian-Nya,” ujar beliau tentang faedah yang dinikmati hasil tuaian zakat selama ini.
Oktober lalu, ledakan filem Abang Long Fadil 2 yang diarahkan oleh anaknya iaitu Syafiq Yusof berjaya meraih kutipan box-office mencecah RM17.9 juta sepanjang 39 hari ditayangkan.
Mungkin berkat sabar, semangat dan pelaburan akhirat Datuk Yusof selama ini, sedikit sebanyak dibayar oleh Allah SWT secara tunai dalam bentuk tersebut.
Ads
Harta Di Dunia Cuma Pinjaman
Kisah benar Datuk Yusof Haslam ini turut diakui oleh Ustaz Ahmad Sharizal Mohd Saffian dari Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Ikuti perkongsian beliau ini tentang besarnya nikmat berzakat.
“Walaupun zakat yang diperintahkan terdapat padanya syarat dan rukun, sebenarnya hikmah yang besar ialah ‘amanah harta’ yang telah Allah kurniakan pada hamba-Nya.
Mengapalah hati kita tak dapat merasakan hikmah tersebut? Adakah kita risau dan cemas harta berkurang atau tak cukup? Lihat dan renungi ayat Allah ini dengan hatimu.
“Dan bahawasanya Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan.” (Surah An- Najm: 48)
Lihatlah bagaimana Allah telah mengatur setiap urusan hamba-Nya apatah lagi mereka yang telah melaksanakan perintah zakat dalam menyucikan harta mereka. Renung sejenak ayat Allah ini,
Ads
“Jika kalian meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepada kalian dan mengampuni kalian. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun.” (Surah At-Taghabun:17)
Penggunaan kata-kata ‘memberikan pinjaman’ dalam banyak ayat merupakan kemurahan Allah, sebab insan itu terkadang merasa memiliki barang dan harta yang ada padanya sehingga ia merasa sangat berat untuk menzakatkan hartanya di jalan Allah.
Kata-kata ‘memberikan pinjaman’ itu juga bererti bahawa sesungguhnya Allah akan mengembalikan kembali harta seorang hamba yang dikeluarkan di jalan-Nya, sehingga si hamba tidak merasa khuatir harta yang dikeluarkannya akan hilang begitu saja.
Indahnya apabila hamba menyusuri rukun Islam ke-3 ini dengan membawa iman dan hikmah atas setiap amanah harta yang telah dipinjamkan padanya. Bahkan dengan harta juga si hamba boleh menempah syurga yang dianugerahkan pada si hamba yang pemurah.
Malulah kita atas setiap pemberian Allah. Kita sering merasakan kita ialah tuan empunya segala-galanya, tapi ingat ia tidak kekal selamanya! Diri kita sendiri pun kepunyaan Allah yang Maha Baik, yang tidak pernah melupakan kita dari sejak kita lahir hinggalah nanti kita dibangkitkan dihadapan Allah.
Tunaikanlah semua hak Allah, hak pada diri dan orang lain, hak pada harta dan kekayaan yang telah diberi amanah untuk kita menjaganya. Tak rugi sebenarnya, semuanya akan dihitung dan dikira oleh Allah, lihatlah dalam hatimu sebuah janji Allah melalui lidah Nabi SAW,
Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya memohon: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang infaqkan ( zakat) hartanya.’ Dan satu lagi memohon: ‘Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil.” (HR. Bukhary 5/270 Muslim 1678). Norzalina Mohd Alias
Sumber: PPZ-MAIWP
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bot kami bergegar, rasa luruhjantung for few seconds!” Farah Lee saksidetikmencemaskandalammisikemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Niatmurniaktiviskemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee atauNurfarahinRomli, 36 tahun, untukmenyampaikanbantuanmenerusi Global Sumud Flotilla (GSF) berdepanbahayaluarbiasa.
Sebagai salah seorangpesertamisikemanusiaan non-violent GSF yang kinidalampelayaranuntukmemasukizonkuningkebumi G, wanitakelahiran Kuala Terengganu ituberkongsidetikcemas dan menakutkanapabilakedengaranbeberapasiri le+upan udarakirimanrejim zi0n.
“Sekitar jam 3 pagi, Farah tengahtidur (ketika) dikejutkandenganberitaseranganberlakukepadabeberapa bot difahamkandalamempat, lima bot yang diserang.
Ada bot yang diserangmelaluile+upanudara dan ada (serpihan) yang jatuhke bot hinggamengalamikerosakan,” cerita Farah Lee kepadapengikutbeliau di media sosial.
Farah berkatasemuapesertakinidalamkeadaanberwaspada dan berjaga-jaga. “Kami semuasudahdalam ‘mode standby‘ denganberpakaianjaketkeselamatan, lampu di kepala dan kasut.
Semuapesertadisuruhtunggudalam bot sebabseranganberlaku di luar dan krusemuatengah ‘alert’. Doakan kami dan insya-Allah kekaltenang, Farah dan semua kat siniselamatsaja,” katanya.
MenurutKetuaPengarah dan Jurucakap Rasmi Sumud Nusantara Flotilla Command Center, Datuk Dr Sani Araby Al-Kahery, berkata flotilla kemanusiaansekalilagidiuji di Laut Mediterranean apabila 15 dronrejim zi0n berlegarrendahsetiap 10 minitsebagaicubaanintimidasi dan operasirisikan.
Beliauturutmelaporkanbahawa 34 delegasi Malaysia kekaldalamkeadaanselamat dan bersiapsiagapenuhselepasberlakulapan le+upan udaradipercayaisebagaiugutanterbukaterhadapmisimenghantarbantuanertamendesakperangsertakebulurandihentikan.
InspirasiMavi Marmara
Berani dan sanggupmeninggalkankeluargatercinta demi misikemanusiaanini, Farah Lee yang barusahajakembalibergelaristerikepada Fuad Hashim tahunlepas, berkongsitentangkeputusandrastiknya.
“Pertama kali akudengartentangmisilautke Gaza adalahketika Ustaz Hasanuddindatangke Korea pada 2010 untuk sharing pengalamanbeliaumenyertaiMavi Marmara.
Diadiserang, ditangkap, dipenjara dan sebagainya. Saatitu juga akumulacaknatentanghal P, baruambiltahusejarah dan isu di sana, pada umur 21.
Mavi Marmara memangmenjadiinspirasiakudalam dunia kemanusiaan. Kerana iaadalahmisi yang mentaruhkannyawa, berdepandenganmusuh paling kejam dan takberperikemanusiaan dunia.”
TambahOmmakepadaMareaminilagi, beliautekadmenjadisukarelawankemanusiaan demi perjuanganjihadnya di dunia.
“Harini aku di sini, menjadisebahagiandariratusansukarelawanbelayarbersamapuluhankapal, dalamusahamemecahkankepunganderita – misilautterbesardalamsejarah dunia.
Terasakerdildiri, berada di ataslebarlaut dan beratapkanseluaslangitbersamaratusannama, negara dan agama. Cabarannyatakterhingga, tapiberharapnamakemudiantertulissebagaigolongan yang membebaskan P.
Apasahajausaha, ia juga akandikira – buatlahsedaya masing-masing supayanamakita juga ada. IadijanjiTuhandalam Quran kita,” cerita Farah Lee yang memiliki kelulusan Ijazah Jurusan Pendidikan Kanak-Kanak daripada University of Leeds, UK dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal daripada University of Inha, Korea Selatan.
Nama Anjasmara Prasetya sememangnya amat popular di Indonesia. Pelakon drama bersiri Romi dan Juli itu bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan, malah turut bergelar produser dan turut aktif sebagai jurulatih yoga.
Umum sedia maklum, aktor popular ini mendirikan rumahtangga bersama aktress Dian Nitami apabila kedua-duanya jatuh cinta pada awal pertemuan mereka. Malah, Anjasmara turut memberikan hadiah ulang tahun yang sangat romantis untuk Dian.
Dikenali sebagai seorang lelaki yang romantik, Anjasmara akan memberikan bunga untuk ibu Dian sebagai tanda menghargai wanita tersebut yang melahirkan seorang wanita hebat seperti Dian Nitami atau nama sebenarnya Dian Meutia Lestari Nitami. Dian mempunyai darah Jawa dan Jepun.
Anjasmara berkahwin dengan pelakon Dian Nitami 17 Jun 1999 dan dikurniakan dengan dua orang cahayamata iaitu Sassi Kirana Asmara dan Arka Setyaandipa Asmara. Mereka juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Amanda Annette Syariff dan Luther Syariff.
Menyingkap laman Instagram milik pasangan ini, ternyata kedua-duanya berkongsi minat yang sama dan sering menghabiskan masa bersama. Antara aktiviti yang sering dikongsi di laman Instagram mereka termasuklah aktiviti bercucuk tanam di kediaman mewah mereka.
Seperti yang diungkapkan Anjasmara dalam akaun media sosialnya “This is how we spend our quality time. We don’t need expensive holiday trip , we don’t need expensive branded stuff, we don’t have to look Good . Because I love you just the way you are.”
Kehidupan harmoni pasangan selebriti Indonesia ini sering mendapat perhatian para peminat yang mendoakan kerukunan pasangan yang jatuh cinta tatkala sama-sama berlakon di dalam drama bersiri Romi dan Juli ini kekal sehingga ke akhir hayat.
Menyingkap rahsia kerukunan rumah tangga Anjasmara dan Dian Nitami, pasangan ini mempunyai cara tersendiri untuk menyuburkan benih kasih sayang dalam rumahtangga mereka.
Dian Nitami pernah berkongsi rahsia keharmonian rumah tangga mereka di posting Instagram miliknya. Menariknya, rahsia tersebut ternyata merupakan hal yang sederhana tapi romantis. Dian mengaku setiap hari dirinya dan Anjasmara selalu mengungkapkan rasa cinta mereka.
“Kami memulai dan menutup hari dengan ungkapan I love you.. meski dengan mata sudah mengantuk, selalu bilang I Love You…,” tulis Dian Nitami.
Selama 23 tahun melayari bahtera rumah tangga, Dian Nitami dan Anjasmara memang dikenal sebagai pasangan yang romantis. Meski sudah dua dekad menjadi suami isteri, mereka masih saja terlihat serasi dan mesra malah ramai yang menjadikan pasangan ini sebagai contoh relationship goals!
Selain romantis sebagai pasangan suami isteri, Anjasmara dan Dian Nitami juga dikagumi sebagai ibu bapa buat anak-anak mereka. Anjas dan Dian merupakan ibu bapa tipikal yang memberikan sokongan dan galakan dalam apa jua yang diminati oleh anak-anak. Sebagai contoh, anak lelaki Anjasmara, Arka memilih untuk aktif dalam sukan hoki ais dan kini mewakili Indonesia dalam sukan tersebut di peringkat antarabangsa.
Anjasmara dan Dian Nitami sememangnya pasangan yang sangat serasi. Mereka mempunyai banyak sekali persamaan termasuk dalam soal hobi. Keduanya diketahui sama-sama hobi olahraga dan berkebun. Semoga perkongsian pasangan ini menjadi panduan untuk pasangan lain mencari bahagia dalam rumahtangga dengan cara tersendiri!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru berusia 23 tahun namun anak kelahiran Kedah ini sudah pun mencipta sejarah tersendiri yang boleh dibanggakan sebagai seorang generasi muda. Apa yang penting semangat serta keyakinan dirinya wajar dijadikan inspirasi oleh semua golongan belia.
Nurkamil Sophia Ali atau lebih mesra disapa sebagai Sophia bukan calang-calang gadis. Biarpun masih muda namun Sophia memiliki sifat keprihatinan yang tinggi sebagai seorang sukarelawan. Sophia merupakan duta belia Malaysia bagi Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) yang berkolaborasi dengan Kementerian Belia dan Sukan.
PERKENALKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI DIRI ANDA ..
Saya anak bongsu dalam keluarga dan pelajar Universiti Malaysia Sabah peringkat Ijazah tahun kedua dalam jurusan sains makanan dan nutrisi. Saya seorang yang sangat aktif di universiti khususnya dalam aktiviti seni seperti kebudayaan dan pementasan teater yang merupakan hobi serta minat sejak kecil.
JELASKAN SECARA TERPERINCI TENTANG PROGRAM KAPAL BELIA ASIA TENGGARA DAN JEPUN (SSEAYP) DAN BAGAIMANA ANDA MENYERTAINYA?
Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) bermula sekitar tahun 1974 yang merupakan program tahunan dianjurkan oleh kerajaan Jepun. Ia mengumpul lebih 300 belia dari seluruh Asia Tenggara dan Jepun. Program ini menyediakan peluang buat belia untuk tinggal di atas sebuah kapal persiaran bernama Nippon Maru bagi tempoh 52 hari.
Belia yang terlibat berusia 18-35 tahun dari berbilang bangsa. Kapal mengelilingi negara ASEAN seperti Kemboja, Thailand, Laos dan Indonesia. Turut disediakan ialah homestay dan setiap negara mempunyai keluarga angkat.
Saya bermula pada Mac 2017. Sebelum menyertainya saya terlebih dahulu melalui proses penilaian termasuk interbiu. Penilaiannya dari segi public speaking, kemahiran berunding dan bakat dalam seni kebudayaan. Saya memiliki kelebihan menari tarian Melayu dan tradisional. Selain memahami budaya, kami juga berperanan untuk menyumbang kepada masyarakat.
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI SEPANJANG PELAYARAN?
Memahami proses adaptasi program ini di samping cabaran dari segi hubungan sosial, komunikasi bahasa, amal ibadat, pemakanan dan penjagaan kesihatan. Bagaimana untuk adaptasi dengan gelombang ombak. Saya pernah tidak lalu makan selama tiga hari. Makan saja muntah. Namun saya bersyukur kerana segalanya dipermudahkan.
KEPUASAN DIPEROLEH DENGAN MENYERTAI PROGRAM INI?
Selain mengenali budaya negara-negara ASEAN dan Jepun, kami dapat mengeratkan hubungan dengan menambah kenalan baru. Hubungan kami tidak terhenti di situ malah masih berhubung sehingga ke hari ini.
PRINSIP YANG SENTIASA MENJADI PEGANGAN?
Sentiasa berani mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru agar dapat memberi manfaat buat diri sendiri dan masyarakat. Di luar sana banyak peluang yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda. Sebab itulah saya gemar melakukan aktiviti sosial yang dapat mendekatkan saya dengan masyarakat.
IMPIAN MASA DEPAN?
Memandangkan minat saya cenderung kepada aktiviti sosial, saya mengimpikan untuk mencipta satu program sosial sendiri. Sasarannya khusus buat generasi muda seperti aktiviti berbasikal mengelilingi dunia. Semoga impian ini menjadi realiti.
Saya sangat kagum dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Beliau menjadi sumber inspirasi saya untuk mencapai kejayaan. Selain menjadi seorang wanita yang tabah, saya juga suka dengan kesopanan beliau menghadapi cabaran khususnya dalam karier. Beliau seorang yang tegas dalam kelembutan.
ANTARA ISU SEMASA YANG MENJADI PERHATIAN ANDA?
Gejala obesiti di Malaysia khususnya di kalangan wanita. Jika dilihat peratusannya kian meningkat saban tahun dan ini memerlukan kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat khususnya berkaitan gaya hidup. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. Aktif melakukan aktiviti kecergasan. Kesihatan itu mahal harganya.
NASIHAT BUAT GENERASI MUDA YANG INGIN SUKSES?
Selain bijak mengambil peluang, generasi muda harus ada kesedaran bagaimana menguruskan kewangan. Perlu ada simpanan sendiri terutama untuk kecemasan. Hargai masa muda dengan perkara yang boleh memberi manfaat buat masyarakat.
Kredit Foto: Instagram @sophiaaaali
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.