Kereta Mewah & Tas Tangan Mewah Jadi Hadiah, Cara WAWA ZAINAL Raikan Leaders & Resellers Wawa Cosmetics!

Bila rezeki dikongsi dengan insan-insan yang sama-sama menaikkan jenama sememangnya sesuatu yang indah untuk dikenang. Hujung minggu lalu, Wawa Cosmetics telah menganjurkan WAWA Glamorous Bolly Night & Awards bagi meraikan kejayaan leaders dan resellers Wawa Cosmetics serta kakitangan syarikat tersebut.

Sambutan bertemakan Bollywood, para tetamu dihiburkan dengan persembahan muzik dengan menampilkan Liafairy dan penyanyi sensasi TikTok, Putribollycover sebagai artis jemputan.

 

Pada majlis berkenaan, leaders & resellers Wawa Cosmetics diraikan dengan pelbagai hadiah istimewa dari Wawa Cosmetics sebagai menghargai usaha dan mengiktiraf wajah-wajah di sebalik kejayaan jenama tersebut. Jelas Wawa Zainal ketika ditemui oleh pihak media sejurus selepas majlis berkata tahun lalu syarikat mencapai keuntungan yang diluar jangkaan dan ia banyak bergantung kepada kerjasama yang erat di antara pihak syarikat dengan leaders dan resellers Wawa Cosmetics.

Pada majlis tersebut, Noor Hafizah binti Abu Samah membawa pulang hadiah berupa sebuah beg tangan jenama mewah berharga RM 18470.17 serta sebuah kereta Toyota Alphard beserta trofi sebagai individu yang memperolehi total restock tertinggi iaitu berjumlah RM 3 432 776.90 pada tahun lalu.

 

Selain itu, jenama ini turut melancarkan produk terbaharu, TRUE LOVE sebagai hadiah buat pelanggan setia WAWA Cosmetics. Ia dilancarkan bersempena hadiah daripada Aeril Zafrel untuk isteri tersayang, Wawa Zainal sempena ulang tahun ke 11 perkahwinan mereka.

Set ini didatangkan dengan dua produk penting untuk penjagaan bibir yang lebih sihat dan menawan iaitu lip treatment dan lip matte. Set ini mengandungi formula untuk memastikan bibir si pemakai sentiasa kekal terhidrat, lembut dan licin sepanjang hari.

 

 

 

IKLAN
Share