Meremang bulu roma mendengar perkongsian Dr Azura Abas. Biarpun nampak tenang setiap kali dikunjungi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan namun jauh di sudut
hati petugas perubatan sepertinya, macam-macam perasaan yang bermain di fikiran. Apatah lagi, isteri kepada Dr Say Shazril ini juga mempunyai anak kecil yang berusia kurang dua tahun. Setinggi mana pun rasa bimbang Dr Azura terhadap wabak yang sedang menular ketika ini, tetapi demi kesihatan orang ramai dan tuntutan tugasnya sebagai seorang doktor dia perlu kuat!

IKLAN

Pernah berkhidmat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kini Dr Azura memilih untuk bekerja di sebuah klinik berdekatan rumahnya. Ketika dihubungi Nona, dia mengakui waktu kerja di klinik menjadi lebih sibuk berbanding hari-hari sebelum tersebarnya virus berbahaya itu. Walau tidak terlibat secara langsung merawat pesakit yang disahkan Covid-19 seperti di hospital-hospital kerajaan tetapi sebagai doktor yang menjalani waktu tugas selama 10 jam, dia turut terdedah risiko jangkitan apabila bertemu dengan ramai orang setiap hari. Lebih-lebih lagi jika tidak mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

Kerja 10 Jam Tiap Hari, DR AZURA Bimbang Risiko Jangkitan & Kongsi Rakan Frontliners Positif Covid-19!
Dr Azura & suami, Dr Say ketika sama-sama berkhidmat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

Kerja 10 Jam Tiap Hari, DR AZURA Bimbang Risiko Jangkitan & Kongsi Rakan Frontliners Positif Covid-19!

Kerja 10 Jam Tiap Hari, DR AZURA Bimbang Risiko Jangkitan & Kongsi Rakan Frontliners Positif Covid-19!
Dr Azura bersama rakan sejawatan suatu ketika dulu

Kerja 10 Jam Tiap Hari, DR AZURA Bimbang Risiko Jangkitan & Kongsi Rakan Frontliners Positif Covid-19!

Ditanya tentang perkhabaran rakan-rakan yang masih berkhidmat di hospital kerajaan apabila pandemik ini berlaku Dr Azura berkata, “Ramai yang masih saya kenal di frontline sekarang… sad to say, dah ada yang positif Covid-19 juga. Pengalaman yang saya dengar daripada mereka dan paling mengecewakan ialah apabila ada pesakit yang menipu mengenai sejarah contact dengan pesakit positif Covid-19 menyebabkan seluruh klinik, staf dan juga pesakit lain yang tidak bersalah, berisiko terdedah kepada virus ini!

Paling penting buat masa ini ialah stay at home. Avoid jumpa orang dan jika terpaksa, amalkan social distancing sebab di Malaysia ni tak semua orang akan diuji untuk jangkitan Covid-19. Jika tak ada kriteria yang cukup, memang pihak hospital tak akan buat ujian ke atas orang tersebut. Jadi kalau ada kemungkinan dijangkiti tapi tak dapat di’test’ sebab tak memenuhi kriteria, sekurang-kurangnya perlu ada rasa tanggungjawab untuk elakkan dari tersebar ke lebih ramai orang dengan duduk di rumah.

Itu pentingnya kuarantin di rumah. Bukan je kita dapat mengurangkan tersebarnya jangkitan malah terhindar daripada orang yang tidak diketahui statusnya sama ada mereka pembawa virus atau sebaliknya.”

Kerja 10 Jam Tiap Hari, DR AZURA Bimbang Risiko Jangkitan & Kongsi Rakan Frontliners Positif Covid-19!

Kerja 10 Jam Tiap Hari, DR AZURA Bimbang Risiko Jangkitan & Kongsi Rakan Frontliners Positif Covid-19!

IKLAN

Kerja 10 Jam Tiap Hari, DR AZURA Bimbang Risiko Jangkitan & Kongsi Rakan Frontliners Positif Covid-19!

Berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya mereka yang memenuhi kriteria akan diuji untuk Covid-19. Iaitu orang yang menunjukkan gejala demam atau jangkitan pernafasan akut dan telah membuat perjalanan ke negara terkesan dalam masa 14 hari, orang yang transit di lapangan terbang negara terkesan tidak kira sebagai ‘telah membuat perjalanan’ ke sana dan orang yang mempunyai kontak rapat dengan kes disahkan Covid-19 yang dalam masa 14 hari orang yang disahkan itu menunjukkan gejala.

Berhubung maklumat yang dikatakan Covid-19 boleh berjangkit melalui udara atau airborne, Dr Azura berkata kajian masih membuktikan ia tidak boleh berjangkit melalui cara ini. Bagaimana pun, virus Covid-19 boleh hidup di permukaan objek seperti kayu, besi mahupun plastik. Jelasnya lagi, kebanyakan pesakit yang mempunyai simptom yang ‘mild’, kebarangkalian mereka untuk sembuh adalah tinggi.

IKLAN

Mengenali perwatakan Dr Azura, ibu muda ini sememangnya seorang wanita yang berfikiran positif dan tenang. Pun begitu, sejak Covid-19 diisytihar sebagai pandemik aura positif Dr Azura agak terjejas. “Di hadapan klinik kami memang ada membuat saringan untuk menapis pesakit yang berisiko tinggi. Hanya pesakit yang tidak mempunyai ciri-ciri Covid-19 dibenarkan untuk masuk dan mendapatkan rawatan. Jika berisiko mereka hendaklah menelefon CPRC untuk tindakan lanjut.

Kerja 10 Jam Tiap Hari, DR AZURA Bimbang Risiko Jangkitan & Kongsi Rakan Frontliners Positif Covid-19! Kerja 10 Jam Tiap Hari, DR AZURA Bimbang Risiko Jangkitan & Kongsi Rakan Frontliners Positif Covid-19! Kerja 10 Jam Tiap Hari, DR AZURA Bimbang Risiko Jangkitan & Kongsi Rakan Frontliners Positif Covid-19!

Buat masa sekarang, setiap kali sebelum dan selepas berjumpa pesakit saya akan basuh tangan terlebih dahulu, pakai mask, buat pemeriksaan hanya yang perlu dan sentiasa menjaga jarak saya dan pesakit. Selalunya selepas pulang ke rumah saya akan basuh semua baju yang dipakai dan mandi sebelum memegang Ace. Setiap hari walaupun dah buat semua langkah berjaga-jaga, tetap akan rasa was-was juga,” ujar Dr Azura yang selamat melahirkan anak sulung lelaki bernama Aezriel atau Ace secara pembedahan pada Mei tahun lalu.

Doa Nona semoga Dr Azura sekeluarga dan para petugas barisan hadapan diberi kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat serta sentiasa berada di bawah lindunganNya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI