Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, kolaborasi tersebut merupakan satu langkah besar dalam mencapai misi membantu lebih ramai rakyat Malaysia, terutama yang masih mencari jalan keluar dari tekanan hidup dan cabaran kewangan yang berpanjangan.
“Kami percaya bahawa setiap insan mampu berubah, asalkan mereka diberikan peluang dan bimbingan yang betul. Dengan sokongan Astro, kami yakin mesej perubahan ini dapat sampai kepada lebih ramai orang, bukan hanya di bandar, tetapi juga ke kawasan luar bandar.
Melalui gabungan kekuatan kandungan, komuniti dan penyiaran, lebih ramai individu dapat bangkit dan keluar dari zon selesa untuk membina kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya,” katanya.
Golongan wanita khususnya boleh memanfaatkan peluang yang terbuka ini untuk pembangunan diri sendiri serta meningkatkan ekonomi dalam misi bergelar wanita sukses.
Syarikat pembangunan potensi diri dan keusahawanan terkemuka negara, RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy), memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama syarikat penyiaran utama negara, Astro pada 21 April 2025 bagi memperluas impak program-program pembangunan diri dan keusahawanan ke seluruh negara.
Ads
Perjanjian ini menyatukan kepakaran RichWorks dalam melatih lebih 2 juta individu dan usahawan sejak 2008, dengan kekuatan platform penyiaran dan digital Astro, yang mempunyai capaian luas merentasi pelbagai saluran termasuk TV, radio dan digital.
Tambah Azizan, perjanjian selama dua tahun ini bakal membuka ruang untuk pelbagai program pembangunan kendiri dan ekonomi rakyat diperkenalkan kepada jutaan rakyat Malaysia melalui pendekatan pendidikan yang lebih segar, relevan dan mudah diakses.
“Sebagai langkah pertama di bawah kolaborasi ini, program pembangunan diri, Transformasi360 yang turut menggunakan pendekatan AI (Artificial Intelligence) untuk membantu peserta mengenal pasti potensi dan kekuatan diri, akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 Mei depan.
Ads
Transformasi360 bukan sekadar seminar motivasi, sebaliknya ia adalah satu pengalaman mendalam untuk peserta menyusun semula kehidupan mereka dari segi emosi, kewangan, serta matlamat hidup,” jelasnya.
Selain Transformasi360, kerjasama ini juga akan merangkumi penglibatan dalam program Jelajah Jiwa SME, bertujuan untuk memperkasa usahawan kecil dan sederhana (PKS) dalam menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang dalam era digital.
Melalui siri ketiga Jelajah JIWA SME tahun ini, para peserta akan mendapat pendedahan kepada strategi, latihan, dan rangkaian sokongan yang lebih meluas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Dr Grace Lee, menyatakan komitmen syarikat dalam memperkukuh impak sosial melalui kandungan dan kerjasama bermakna seperti ini.
“Astro komited untuk menjadi platform yang bukan hanya menghibur, tetapi juga memperkasa. Kolaborasi dengan RichWorks adalah sejajar dengan usaha kami untuk menyokong pembangunan masyarakat melalui pendidikan, inspirasi dan peluang keusahawanan.
“Astro akan memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej dan kandungan program melalui platform penyiaran dan digital kami. Ini termasuk promosi, liputan media, serta kolaborasi aktivasi bersama saluran radio dan televisyen kami,” ujarnya.
Sebut saja kulit orang Jepun, terus terlintas kelembutan mochi yang lazat sempurna. Lembap dan anjal bila disentuh, rakyat di Negara Matahari Terbit itu memang terkenal dengan amalan kecantikan wajah yang ringkas serta tidak menyusahkan untuk dipakai.
Salah satu kemestian dalam regimen penjagaan wajah mereka adalah losyen muka. Terus popular dan dipercayai sebagai losyen No. 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut, Hada Labo Hydrating Lotion kekal di hati wanita yang mencintai amalan ‘Cara Kecantikan Jepun.’
Pemakaian losyen wajah sebagai langkah pertama, sangat penting selepas membersih muka kerana kemampuan ‘mengunci’ lembapan, menjadikan kulit kita lebih sihat semula jadi.
Ia juga sesuai dipakai untuk prep mekap. Langkah ini penting bagi menyediakan permukaan wajah yang sempurna, sekaligus memastikan mekap tahan lama tanpa kesan bercapuk.
HYALURONIC ACID
Berbanding losyen wajah lain, Hada Labo Hydrating Lotion diperhebat dengan 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang dipatenkan. Ia mampu membaik pulih lapisan permukaan kulit dan melindunginya daripada ancaman luar.
HA adalah sejenis bahan yang wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia untuk memberikan kelembapan, keanjalan dan kelembutan pada kulit. Hada Labo menghasilkan HA dalam pelbagai saiz molekul untuk penyerapan menyeluruh ke tiap lapisan kulit, sekaligus membekalkan lembapan berpanjangan hingga 8 jam.
Setiap botol losyen pelembap mengandungi:
· HA besar, sederhana & super – 3 jenis HA hebat yang bergabung, membentuk lapisan perlindungan kunci lembapan serta mengekalkannya di dalam kulit untuk jangka masa panjang.
· HA nano – HA bersaiz molekul halus yang mudah meresap dan menyerap jauh ke dalam kulit untuk menganjalkan serta menyediakan kulit untuk bagi langkah seterusnya.
Bukan itu sahaja. Hada Labo Hydrating Lotion turut dirumus dengan kandungan air serta minyak yang seimbang untuk kulit. Penghasilan minyak semula jadi ini membantu mengurangkan jerawat dan mengecilkan saiz liang pori.
Nikmati kompleksi kulit yang lebih sihat serta kurang berminyak dengan tekstur halus secara keseluruhan. Semua kebaikan HA memastikan wajah anda tampil lebih segar bermaya, lembut dan berseri-seri.
Berbeza daripada produk penjagaan wajah lain, losyen ini juga dirumus dengan bijak tanpa kandungan berbahaya seperti alkohol, paraben, pewangi, pewarna, minyak mineral dan MIT.
Tinggal beberapa hari lagi menjelang Aidilfitri, siapa yang tak mahukan kulit wajah berseri? Nah, masih belum terlambat untuk buat persiapan, cuma gunakan Hada Labo Hydrating Water Gel ini sebagai booster kulit terbaik berasaskan kaedah ‘Cara Kecantikan Wanita Jepun’. Memang menjadi!
Cuaca panas dan kurang minum air kerana berpuasa boleh membuatkan kulit kita jadi kering laksana tanah kemarau. Kulit kering boleh mengundang banyak masalah lain seperti kulit sensitif, kekusaman, garis-garis halus dan liang pori kasar. Malah, nak bersolek pun susah, tak licin pula tu.
Tapi jangan risau, ada solusi mudah untuk diikuti. Gunakan pelembap Hada Labo Hydrating Water Gel terbaharu sebagai langkah wajib bagi memastikan kulit anda kekal lembap dan bersedia untuk beraya dengan penuh gaya.
Hada Labo Hydrating Water Gel
PELEMBAP UNTUK SEMUA
Ramai yang salah anggap, kononnya hanya kulit kering saja yang perlu pelembap. Ehem, itu mitos ya! Kulit berminyak pun memerlukan pelembap untuk mengimbangi pengeluaran minyak dan menjaga kesihatan kulit. Bagi yang kulit berminyak atau kombinasi, pilihlah pelembap bertekstur gel yang mudah meresap dan ringan di kulit.
Tip Pilih Pelembap Kulit
Pilih pelembap yang mampu melembapkan secara mendalam, menenangkan kulit, dan menguatkan penghalang kulit untuk kesihatan kulit yang optimal.
Pilih berdasarkan jenis kulit di bawah:
Kulit berminyak: tekstur gel
Kulit kering: tekstur krim
Hada Labo
Carilah pelembap dengan manfaat tambahan seperti perlindungan terhadap cahaya biru yang boleh menyebabkan penuaan pramatang. Sumber utama cahaya biru adalah dari matahari dan peranti digital.
JUARA PERSIAPAN RAYA
Nak tahu rahsia kulit lembap dan berseri-seri menjelang Raya? Hada Labo Hydrating Water Gel adalah jawapannya! Dengan keajaiban 4 jenis Asid Hyaluronik dan Ceramide, ia mengunci, mengisi semula, dan memulihkan kelembapan kulit secara mendalam.
Teksturnya yang berasaskan gel dan ringan sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi, meresap segera tanpa meninggalkan rasa melekit, memberikan kesegaran dan kelembapan yang berpanjangan.
Hada Labo Hydrating Water Gel
Hada Labo Hydrating Water Gel
Bukan itu saja, ia juga kaya dengan Ekstrak Kaktus yang sarat dengan antioksidan untuk menenangkan iritasi kulit dan melindungi dari kerosakan radikal bebas. Ditambah dengan 2 Prebiotik yang menguatkan penghalang kulit dan Carnosine yang melindungi dari cahaya biru, kulit anda tidak hanya disiapkan untuk Raya, tetapi juga dilindungi dari pelbagai masalah kulit.
Justeru, buatlah pilihan terbaik untuk persiapan Raya. Hada Labo Hydrating Water Gel juga bebas dari alkohol, paraben, pewarna, minyak mineral, MIT, dan Diglycol. Jadi, bersiaplah untuk menyambut Raya dengan kulit yang lembap, berseri, dan sihat!
Memang sesungguhnya tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri. Tapi sebagai seorang wanita dan isteri, kita tentu sedia maklum bagaimana pendapatan si suami setiap bulan. Faham sungguh susah senang dan penat lelahnya mencari rezeki. Kalau dah tahu pendapatan tak mencukupi tak payah lah meminta-minta, kan.
Sebagai isteri penyejuk mata suami tidak kira suri rumah mahupun yang punya kerjaya, kita perlu bijak merencana demi masa depan bersama. Salah satu amalan paling ‘menjadi’ adalah dengan menabung. Duit memang bukan segala-galanya, tapi kalau tak ada duit pun payah, nak pula kita suka shopping atau berimpian menunaikan haji. Jadi macam mana agaknya isteri boleh buat simpanan sendiri?
1.Berniaga online
Salah satu cara untuk menambah pendapatan keluarga adalah dengan berniaga. Dalam zaman Internet For All ni, kita mampu berniaga dari rumah dan sebahagiannya tak perlukan modal pun. Alternatifnya berniaga secara online mengikut keselesaan masing-masing. Yang penting jangan sampai abaikan tanggungjawab kepada keluarga atau tugas hakiki di pejabat buat mereka yang kerja makan gaji.
2.Jadi agen personal shopper
Cari pendapatan sampingan cara ini menarik juga. Sejuk mata tengok barangan berjenama mewah di rumah sendiri. Biasanya personal shopper yang berpengkalan di luar negara akan mencari agen yang boleh dipercayai di tanah air. Kriteria paling utama untuk menggalas tugas ini kebiasaannya adalah suri rumah tangga. Ini kerana pembeli lebih selesa ambil barang ikut masa mereka.
3.Main kutu
Ini mungkin cara tradisional untuk menyimpan duit tapi masih praktikal hingga sekarang. Wujud macam-macam jenis kutu, ada yang kutu pinggan mangkuk, kutu melancong, kutu minyak aromaterapi dan macam-macam lagi jenis kutu. Daripada mengumpul duit RM10 sebulan sehingga ada kumpulan yang mengumpul RM10 ribu sebulan.
4.Simpan 10 peratus gaji dalam tabung kecemasan
Nasihat ini sering kita dengar daripada Pakar Perunding Kewangan. Simpan 10 peratus wang yang kita peroleh setiap bulan untuk masa depan yang tak terjangka. Tapi nak menyimpan 10 peratus duit ini hati kena kuat dan disiplin. Sebab simpanan ini langsung tak boleh disentuh kecuali benar-benar dalam kecemasan. Tak boleh wujud istilah ‘tabung bocor’.
5.Simpan duit syiling ketika membasuh baju
Kebiasaannya suami tak suka simpan duit syiling dalam dompet mereka. Lepas membayar, mereka suka simpan duit syiling dalam poket. Jadi sebelum basuh baju memang kena periksa poket suami yang mesti ada duit syiling dalamnya dan simpan dalam tabung khas. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit duit simpanan isteri.
Sekarang duit simpanan dah ada dalam tangan, kalau tak simpan cepat jer habisnya. Tak tahu nak simpan kat mana? Jangan takut boleh simpan di tempat yang paling selamat dan kurang kebarangkalian kita boleh keluar tanpa sedar.
Tahukah anda, ada ruang untuk kita membuat simpanan secara sukarela dalam akaun KWSP? Rupa-rupanya, setiap isteri boleh mencarum sejumlah wang mengikut kemampuannya. Walaupun mengikut Akta KWSP 1991, gaji setiap pekerja dicarumkan ke dalam KWSP setiap bulan, simpanan secara sukarela ini merupakan caruman tambahan. Tak perlu susah hati kat mana nak menyimpan duit dengan selamat lagi! Caruman ini boleh dilakukan melalui perbankan internet, tunai, draf bank atau cek.
Satu lagi kemudahan mencarum yang mesti direbut adalah insentif i-Suri untuk golongan suri rumah. Yang ini kita boleh mencarum sendiri atau suami carumkan untuk isteri. Selain dapat dividen tahunan KWSP, caruman juga boleh dibuat pada bila-bila masa, tak kira apa-apa amaun ikut kemampuan sendiri.
Syarat-syarat kelayakan i-Suri ialah anda mestilah warganegara Malaysia yang belum mencapai usia 60 tahun, suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2018 serta mencarum sekurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun dalam akaun KWSP.
Diva lagenda Indonesia Kris Dayanti kini telah mencecah usia 50 tahun. Sebagai penyanyi yang sentiasa kelihatan memukau, Kris Dayanti mengekalkan gaya tersendiri termasuklah dalam...