NIKKI PALIKAT

Berdiri bulu roma dengar nyanyian mantap Nikki Palikat. Kembali aktif mewarnai industri muzik selepas kelahiran anak sulungnya, kemunculan pelantun lagu Caramu ini membuatkan ramai yang mula tertanya-tanya siapakah sebenarnya penyanyi bersuara emas tersebut.

IKLAN

Nikki atau nama penuhnya Nicolette Louisa Palikat dilahirkan pada 1 November 1985 di Michigan, Amerika Syarikat. Keluarga Nikki berasal dari Tambunan, Sabah. Menariknya, darah seni yang mengalir dalam diri wanita berusia 36 tahun ini diwarisi daripada bapa tersayang.

Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona! Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona! Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona!

Bapa Nikki, Nicholas Palikat merupakan penyanyi di RTM Sabah zaman 70an. Sementara bapa saudaranya pula iaitu Jimmy Palikat bukan nama asing dalam industri muzik tanah air. Jimmy Palikat sebelum ini pernah popular dengan single Anak Kampung.

Jadi tak hairanlah Nikki memiliki vokal suara tinggi! Apatah lagi dia sebenarnya isteri kepada komposer dan penerbit terkenal Audi Mok. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Liam Mok.

Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona! Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona!

Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona!

Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona!

IKLAN

Sekarang, Liam dah berusia 11 tahun dan Nikki mengambil peluang tersebut untuk membuat ‘comeback’ selepas seluruh tumpuannya sebelum ini dicurahkan bagi menjaga anak tersayang.

Sampaikan Liam pun tak pernah tahu ibunya seorang penyanyi hebat sehinggalah melihat sendiri persembahan Nikki di pentas Gegar Vaganza musim kelapan baru-baru ini.

Berketurunan Kadazan Dusun, Nikki fasih berbahasa Melayu, Dusun dan Inggeris. Bakatnya mula dicungkil sewaktu menyertai program realiti Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004 yang berkongsi pentas bersama Jaclyn Victor dan Dina Nadzir.

IKLAN

Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona! Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona! Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona! Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona! Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona! Keturunan Kadazan Dusun & Bergelar Ibu, Suara Emas NIKKI PALIKAT Buat Ramai Terpesona!

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, Nikki juga aktif berlakon. Malah, dia pernah membintangi pementasan teater berjudul Shout the Mod Musical dan Euphrasia.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Nikki mendapat anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik.

Dalam episod Gegar Vaganza baru-baru ini, populariti Nikki kian melonjak selepas dia berjaya memancing hati juri dengan persembahan memukau ketika mendendangkan lagu Semalam. Hasil lontaran suara emasnya, Nikki menghuni carta pertama dan kian diminati ramai.

 

Kredit foto: Instagram Nikki Palikat

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI