Pertemuan secara tidak sengaja Zaleha Al-Hayat dan Arvin Mikhael di sebuah gimnasium telah membibitkan cinta di antara kedua-duanya. Bermula dengan sekadar bertukar-tukar nombor telefon, akhirnya merpati dua sejoli ini memeterai ikatan perkahwinan di jenjang pelamin.
“Saya sendiri tak sangka bertemu jodoh di gym! Namun, siapa kita untuk menolak takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan. Arvin seorang lelaki yang menghormati keluarganya dan keluarga saya. Kualiti lelaki yang begini memang menjadi idaman saya. Malah dia juga seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sangat mengambil berat. Personaliti Arvin berjaya mengetuk pintu hati saya untuk menerima lamaran cintanya,” tutur Zaleha.
IKLAN
Celah Arvin, “Saya pula tertawan dengan Lela kerana dia seorang wanita yang berdikari. Dia mampu melakukan apa sahaja tanpa perlu bantuan orang lain. She is beauty with brain! Paling penting dia pandai masak. Pasti setiap lelaki akan terpikat dengan wanita yang cekap di dapur. Selain itu dia seorang yang tegas dan mempunyai prinsip hidup,” ujar usahawan ini.
DUA BUDAYA
Biarpun pengantin perempuan berdarah kacukan Arab dan Pakistan manakala pengantin lelaki berketurunan Punjabi tetapi majlis ikatan cinta yang berlangsung begitu harmoni sekali.
“Saya gembira kerana dapat meraikan cinta kami mengikut kedua-dua adat budaya. Majlis bermula dengan Maayan atau dikenali sebagai mandi kunyit yang merupakan satu acara tradisional yang diamalkan oleh kaum Punjabi dan Pakistan. Acara ini diadakan pada sebelah pagi atau petang sebelum jam pukul 6 petang dua hari sebelum acara perkahwinan.
Bahan-bahan seperti serbuk kunyit, tepung dan minyak mustard digunakan, manakala semua ahli keluarga perempuan akan mengambil bahagian. Ibu pengantin akan melumur campuran kunyit di atas ke muka pengantin, diikuti adik beradik perempuan dan saudara perempuan. Mereka akan melumur kunyit di seluruh anggota badan pengantin.
Pada masa yang sama kumpulan dhol dan penyanyi tradisional akan menyanyikan lagu-lagu tradisional sambil anggota keluarga melumur kunyit ke badan pengantin. Kemudian benang berwarna merah akan dipakaikan kepada pengantin.
Pengantin juga tidak dibenarkan keluar dari rumah apabila selesai acara ini sehingga tiba acara perkahwinan. Tujuan adalah untuk keselamatan supaya tidak berlaku perkara buruk kepada pengantin,” terang Lela yang bertugas sebagai Peguam Kriminal ini.
Jika pengantin lain teruja menempuh malam berinai begitu juga pengantin ini. Malam berinai kecil yang digelar Malam Mehndi berlangsung di kediaman pengantin perempuan. Kemudian berlangsung pula malam berinai besar.
IKLAN
“Malam berinai besar digelar Malam Sangeet. Malam berinai besar bagi orang Punjabi dan Pakistan diadakan di dewan atau hotel sehari sebelum nikah.
Malam Sangeet bermula dengan chura ceremony atau acara memakai gelang. Acara ini kebiasaannya gelang berwarna merah dan putih akan dicelup dengan susu dan kesemua keluarga pengantin lelaki yang akan memakaikan gelang kepada pengantin perempuan.
Kemudian terdapat pula majlis Jagoo yang merupakan satu acara berwarna-warni. Kumpulan jagoo yang terdiri daripada bangsa Punjabi memakai kostum unik akan menyanyi dan menari. Mereka akan membuat persembahan dan mengelilingi dewan sambil menyanyi dan menari. Paling istimewa mereka akan membuli tetamu dengan menyuruh menari bersama sambil mengutip ‘tol’,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Usai acara malam berinai tiba masa untuk majlis yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang memadu kasih. Arvin melafazkan akad dan nikah berwalikan abang pengantin perempuan di Pullman Putrajaya Lakeside.
IKLAN
Kemudian telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan satu set barang kemas berserta cincin berlian Hearts On Fire daripada Habib Jewel sebagai hantaran. Mereka bertukar-tukar hantaran sebanyak tujuh dulang yang telah direka indah oleh Nas from Nas Great Idea. Hamizatul Maizan Mohamed
Salah satu daripada keadaan mata tidak normal yang kerap berlaku adalah strabismus, atau lebih dikenali sebagai mata juling. Nona mendapatkan penjelasan Pakar Perunding Oftalmologi dan Oftalmologi Pediatrik dari Sunway Medical Centre Velocity, Dr Fiona Chew Lee Min, tentang masalah ini serta rawatan yang patut dilakukan.
Menurut Dr Fiona, mata juling berlaku disebabkan ketidakupayaan otot mata untuk menarik bola mata dengan sekata. Ini kemudian akan membawa kepada keadaan di mana mata ditarik dalam satu arah atau ke arah yang lain, dengan itu mewujudkan satu ketidakseimbangan pada mata.
“Mata juling adalah satu keadaan di mana jajaran mata tidak lurus. Terdapat banyak jenis mata juling bermula dari esotropia (mata menghala ke dalam), eksotropia (mata menghala ke luar), mata juling menegak seperti hipertropia (mata menghala ke atas), hipotropia (mata menghala ke bawah) dan juga mata juling berputar (mata berputar).”
Dr Fiona Chew Lee Min
Faktor Utama
Kelemahan otot
Keadaan perubatan seperti strok
Impak luaran seperti kemalangan
Apakah cara untuk menentukan jika seseorang mengalami masalah ini? Kata Dr Fiona, terdapat tiga cara yang dilakukan untuk mengesan mata juling.
“Pertama, kita lihat pada seseorang untuk melihat jika matanya adalah lurus. Jika tidak maka orang itu ada mata juling. Kedua, kita boleh melihat pada kepala seseorang untuk melihat sama ada ia berpusing ke kiri atau kanan secara semula jadi atau secara abnormal ketika berjalan. Ketiga, lihat secara dekat muka seseorang itu. Jika satu sisi tampak jelas lebih terbentuk berbanding sisi yang satu lagi, ia juga adalah satu tanda kewujudan mata juling,” beliau berkata.
RAWATAN
Pembedahan mata merupakan salah satu alternatif rawatan
Pembedahan hanya merupakan satu daripada pelbagai rawatan yang boleh dipilih oleh pesakit yang menghadapi mata juling untuk memperbetulkan keadaan mereka. Terdapat juga pelbagai pengubahsuaian dalam gaya hidup yang boleh dilaksanakan secara serentak untuk merawat keadaan ini.
“Mengurangkan masa penggunaan peralatan elektronik, menghabiskan lebih banyak masa di luar, memakai cermin mata khas atau kerap menjalani senaman khas juga boleh membantu menambahbaik dalam mengawal masalah mata juling.
Masalah mata juling boleh muncul pada sebarang usia dari peringkat yang masih muda sehingga tua. Jangan takut untuk berjumpa doktor mata anda, lebih awal anda merawatnya, lebih baik hasilnya,” kata Dr Fiona.
Sebelum RawatanSelepas Rawatan
Rawatan terhadap masalah mata juling membantu pesakit agar kembali menikmati penglihatan yang baik serta meningkatkan konsentrasi mereka. Prospek kerjaya juga pasti lebih meyakinkan kerana mereka akan kelihatan seperti individu normal yang lain.
“Sebelum ini ramai yang memikirkan bahawa mata juling tidak dapat dirawat selepas zaman kanak-kanak berlalu. Namun penyelidikan saintifik dan kemajuan dalam pembedahan telah menunjukkan bahawa otak manusia adalah elastik dan boleh menyesuaikan diri, oleh itu mata juling yang dialami di kalangan kanak-kanak lebih tua dan juga di kalangan orang dewasa sehinggalah orang tua masih lagi boleh dirawat.
Perkara paling penting adalah untuk mendapatkan rawatan awal sebaik sahaja mata juling dikesan dan jelas dilihat, atau didapati telah mengganggu fungsi visual yang normal,” nasihat Dr Fiona.
“Rawatan mata juling sebenarnya mengubah kehidupan seseorang. Kanak-kanak dengan mata juling mempunyai penglihatan tiga dimensi yang berkurangan atau tidak ada langsung. Ini bermakna bahawa mereka tidak mampu untuk menganggarkan jarak dengan tepat. Juga, lapangan penglihatan mereka turut berkurangan, dan mereka mungkin menghadapi masalah kelambatan atau kelewatan dari segi pencapaian diri.
Disamping itu, oleh kerana penampilan luaran mereka nampak agak abnormal, kanak-kanak ini mungkin menghadapi risiko kemurungan, di samping berhadapan dengan masalah harga diri yang berkurangan dan juga lambat-laun menjadi anti-sosial,” terangnya.
Menopaus adalah satu fasa dalam kehidupan yang diselubungi misteri, terutama di kalangan wanita muda yang selalunya tidak tahu apa yang boleh dijangkakan atau apa yang perlu dilakukan apabila fenomena semulajadi ini berlaku.
“Kita perlu bercakap mengenai perkara ini lebih awal lagi sebelum wanita mencapai menopaus supaya mereka lebih bersedia dan kurang bimbang mengenainya apabila ia berlaku. Ramai wanita yang saya jumpa berharap mereka tahu lebih awal apa yang dapat mereka lakukan supaya boleh lebih bersedia. Memandangkan setiap wanita pasti akan mengalaminya, maka anda sepatutnya memasuki fasa kehidupan ini dengan lebih berpengetahuan,” kata Profesor Dr. Nazimah Idris, Profesor Obstetrik & Ginekologi, yang juga merupakan Pengarah Perubatan IMU Healthcare.
Hakikat Menopaus & Perimenopaus
Beliau memulakan penjelasan dengan asas menopaus, di mana menopaus berlaku apabila ovari wanita berhenti menghasilkan telur dan putus haid. Dari segi perubatan, menopaus disahkan apabila wanita itu tidak datang haid selepas satu tahun. Secara amnya, ia berlaku di antara usia 45 dan 55 tahun. Purata usia menopaus global ialah 51.4 tahun, dengan 5% wanita mengalami menopaus awal di antara usia 40 and 45 tahun.
Sebelum menopaus berlaku, wanita akan melalui satu peringkat yang dinamakan perimenopaus, yang lazimnya berlangsung selama 4 ke 5 tahun. Pada masa ini, adalah normal bagi wanita mengalami haid yang tidak teratur yang mungkin termasuk pendarahan yang lebih banyak, dan ini termasuklah kitaran haid yang jarang atau melangkau. Ini disebabkan perubahan dalam sistem endokrin wanita yang membawa kepada penurunan paras estrogen, dan ini selalunya disertai rasa hangat panas (hotflash) dan kemerah-merahan pada kulit, emosi yang berubah-ubah, sukar tidur dan kekeringan faraj. Selain itu, ia turut menyebabkan wanita menjadi pelupa, kurang bertenaga dan penurunan libido yang apabila bersekali dengan kekeringan faraj, boleh membawa kepada kurang berminat kepada seks dan hubungan intim. Apabila menopaus berlaku, gejala-gejala tersebut menjadi lebih teruk dan boleh berlarutan selama 5 tahun lagi.
“Umumnya, keseluruhan proses itu boleh mengambil masa kira-kira 10 tahun dan ia satu tempoh yang lama untuk wanita menangani gejala-gejalanya, jika ia mengganggu kehidupan harian. Sebagai contoh, kira-kira 80% wanita mengalami rasa hangat panas, yang jauh lebih serius daripada rasa panas melebihi daripada biasa. Rasa hangat panas ini boleh menjadi teruk, dengan gelombang haba yang kuat terutamanya pada waktu malam. Tidur akan terganggu dan menyebabkan kerengsaan atau kesukaran menumpukan perhatian,” jelas Profesor Dr. Nazimah. “Isu ini boleh ditangani dengan terapi hormon, tetapi hanya 30% yang benar-benar pergi mendapatkan rawatan. Sama ada mereka tidak tahu wujudnya rawatan itu, atau mereka lebih sukakan remedi semulajadi di rumah,” kata beliau.
Dapatkan Bantuan untuk Menguruskan Gejala
Biarpun beberapa remedi semulajadi seperti herba cohosh hitam dan tumbuhan eveningprimrose sudah dikaji keberkesanannya dalam melegakan gejala perimenopaus dan menopaus, keputusannya belum muktamad. Namun begitu, perubatan Cina (CM) mungkin dapat membantu. Keberkesanan CM dapat dilihat dalam tiga kitaran rawatan, walaupun proses keseluruhan rawatan bagi gejala menopaus boleh berlanjutan satu ke dua tahun.
Pengamal CM bertauliah di IMU Healthcare, Sin Yen Suan, bertemu dengan ramai wanita yang bermasalah ginekologi, seperti isu kesuburan hinggalah ke isu menopaus. “Melalui rawatan CM, kami merawat masalah kesihatan dengan cara menangani ketidakseimbangan dalam badan secara terapi individu. Bagi wanita yang mengalami perimenopaus dan menopaus, badan mereka sedang mengalami banyak perubahan. Sesetengah daripada mereka sukar untuk menghadapi dan mengatasinya,” jelas Sin.
“Ramai wanita datang berjumpa saya untuk mendapatkan bantuan mengenai gejala-gejala seperti darah haid yang berterusan dan banyak, selain kuat berpeluh, rasa hangat panas dan tidur yang terganggu. Bagi membantu mereka, kami melakukan beberapa rawatan berbeza seperti memberikan ubat herba untuk mengimbangi qi atau akupunktur untuk merangsang aliran darah pada titik meridian. Kaedah-kaedah ini membantu meredakan emosi mereka supaya mereka boleh berasa lebih baik dan dapat tidur lena pada waktu malam.”
Walaupun CM boleh melengkapi perubatan Barat, adalah lebih baik untuk memastikan kedua-dua pengamal CM dan doktor anda dimaklumkan mengenai sebarang bentuk rawatan yang anda jalani, tambah Sin. Bagi mereka yang mahu tahu lebih lanjut mengenai terapi hormon, Profesor Dr. Nazimah memberi jaminan bahawa secara umumnya ia boleh diterima dengan baik dan sangat membantu melegakan rasa hangat panas dan antara lainnya meningkatkan kualiti tidur, kekeringan faraj dan inkontinens urinari (ketidakupayaan mengawal pembuangan air kencing). Rawatan hormon ada pelbagai jenis. Doktor akan mengesyorkan jenis rawatan berdasarkan keperluan individu, selain bergantung kepada sejarah keluarga.
Pilihan termasuklah pemberian tablet untuk melegakan gejala keseluruhan, atau krim topikal untuk mengurangkan kekeringan faraj, jelas Profesor Dr. Nazimah. Pihak doktor akan mengesyorkan tablet yang mengandungi kedua-dua estrogen dan progesteron, yang mana masing-masing membantu melegakan gejala dan melindungi rahim. Bagi wanita yang sudah menjalani histerektomi (prosedur membuang rahim), satu rawatan yang hanya mengandungi estrogen, seperti tablet atau cincin faraj, akan dicadangkan. Ada juga sejenis ubat yang dikenali sebagai tibolone yang membantu mengurangkan risiko osteoporosis, yang berkait rapat dengan kekurangan estrogen, tambah beliau.
Kebanyakan wanita boleh menerima rawatan terapi hormon, kecuali mereka yang menghidap barah payudara, berpenyakit hati, tromboembolisme (penyekatan pembuluh darah oleh gumpalan darah beku) dan penyakit jantung, kerana secara umumnya ia dianggap selamat kepada wanita yang sihat. Namun begitu, wanita yang sakit kronik pun boleh menerima rawatan tersebut selagi mana mereka terurus dengan baik.
Menerima Menopaus dengan Keyakinan
Menopaus menandakan peringkat baharu dalam kehidupan setiap wanita dan boleh diterima dengan penuh keyakinan. Ini bermakna berakhirnya episod sakit senggugut dan pendarahan, kurangnya kemungkinan pertumbuhan pelvik dan tidak perlu risaukan kemungkinan hamil atau menggunakan alat pencegah kehamilan. Selain itu, anda boleh meneroka cabaran baharu sementelah anak-anak pun sudah dewasa dan akan bersara tidak lama lagi, Malah, hehidupan seksual yang sihat juga masih boleh dinikmati semasa menopaus, jelas Profesor Dr. Nazimah.
Bagi membolehkan anda menikmati masa itu, sentiasa beringat untuk kekal sihat dengan melakukan saringan kesihatan yang berkaitan dan menguruskan sebarang keadaan kesihatan yang kronik dengan baik. Profesor Dr. Nazimah menasihati para wanita untuk berjumpa doktor mereka dan bertanya mengenai mamogram untuk mengesan ketulan pada payudara, melakukan ujian papsmear untuk memeriksa sebarang tanda barah servik dan ujian kolonoskopi untuk memeriksa barah usus, kerana ini adalah tiga punca utama barah di kalangan wanita Malaysia. Ujian lain yang disyorkan termasuklah ujian darah untuk mengetahui keadaan seperti anemia dan diabetis, selain melakukan imbasan ketumpatan tulang untuk mengesan osteoporosis.
Tindakan mengubah cara hidup dan pemakanan juga boleh diambil. Bagi wanita berusia 51 tahun ke atas, adalah disarankan untuk meningkatkan pengambilan kalsium kepada 1,200mg sehari, selain Vitamin D3 untuk mencegah osteoporosis. Wanita menopaus juga dinasihati untuk berhenti merokok dan kerap melakukan senaman Kegel/pelvik, senaman galas berat (seperti berjalan, berlari dan sebagainya) dan latihan kekuatan dengan bebanan.
“Kesimpulannya, menopaus bukanlah sejenis penyakit dan ia bukan tanda dunia sudah kiamat. Jadilah lebih berpengetahuan mengenai perubahan yang dialami badan anda supaya dapat mengurangkan kebimbangan. Seterusnya, anda boleh membantu dengan menyampaikan maklumat ini. Dari ibu kepada anak gadisnya, kawan kepada sahabatnya. Jadi, wanita lain dapat sama-sama memahami apa yang boleh dijangkakan sebelum dan selepas menopaus,” kata Profesor Dr. Nazimah.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Setiap makanan punya khasiat tersendiri dan bermanfaat untuk kesihatan. Bukan sekadar diamalkan begitu sahaja, ia juga boleh dijadikan sebahagian daripada bahan penambah perisa. Selain itu, ia juga berguna untuk membantu merawat atau mengurangkan penyakit seperti kolesterol, darah tinggi dan kenaikan gula dalam darah. Jadikan ia amalan seharian, mana tahu ia menjadi penawar kepada masalah kesihatan anda.
Tanpa sedar, banyak antara makanan kita mempunyai nilai-nilai perubatannya yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah.
CERI
Ceri mengandungi serat, vitamin A dan C. Selain itu, ia mengandungi bahan kimia semulajadi dikenali sebagai anthosyanin yang boleh membantu menurunkan tahap gula darah pada penghidap diabetes. Dalam kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia mendapati ia boleh mengurangkan pengeluaran insulin sebanyak 50 peratus. Antosionin juga boleh melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.
Lain-lain kebaikan ceri
Meningkatkan sistem imuniasi badan.
Memperbaiki peredaran darah.
Membantu melawan lelah
Membantu mengurangkan sakit radang tenggorok.
CUKA
Cuka digunakan sejak berabad yang lalu. Antara buah yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, buah tin, epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Cuka didapati dapat menghalang kenaikan paras gula dalam darah. Ia juga bertindak sebagai insulin. Cuka mengimbangi gula lebih baik pada individu pradiabetik berbanding yang sensitiviti insulin normal.
Lain-lain kebaikan cuka
Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.
Membantu membuang darah kotor dan melancarkan peredaran darah.
KULIT KAYU MANIS
KAjian yang diterbitkan oleh Jurnal Diabetes Care menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh menyebabkan otot dan sel hati bertindak balas lebih mudah kepada insulin. Ia dengan itu meningkatkan penurunan berat badan. Tindak balas lebih baik terhadap insulin bermakna baki gula dalam darah yang lebih bermakna.Ia menyebabkan insulin dilepaskan ke dalam tubuh.
Lain-lain kebaikan kulit kayu manis
Membantu mengatasi masalah pencernaan.
Membantu mencegah makanan daripada cepat busuk atau rosak.
Merangsang peredaran darah terutamanya pada jari tangan atau kaki. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH