Kini Berusia 11 Tahun, Kecantikan RAJA NAZIRA SAFYA Curi Tumpuan Ketika Iringi Ayahanda, Sultan Nazrin

Sejak kecil lagi, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ini sudah pun menjadi perhatian umum.

Kredit: Facebook Perak Press

Memiliki raut wajah yang comel, kulit putih mulus dan senyuman yang menawan, sesiapa pun pasti akan terpesona.

Kini usia anakanda kedua yang juga puteri tunggal kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ini sudah berusia 11 tahun. Begitu pantas masa berlalu, menghampiri usia remaja.

Kredit: Instagram @tuankuzarasalim
Kredit: Facebook Perak Press
Kredit: Instagram @perakdiraja

Raja Nazira Safiya memiliki seorang kekanda lelaki iaitu Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzzaffar Shah berusia 14 tahun.

Kredit: Instagram @tuankuzarasalim

Baru baru ini berlangsungnya acara Larian Hari Keputeraan Sultan Perak bertempat di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar, Perak.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diiringi anakanda, Raja Nazira Safya dan adinda, Raja Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mencemar duli berangkat menghadiri acara larian tersebut.

Kredit: Facebook Perak Press
Kredit: Facebook Perak Press

Paling menarik perhatian ramai adalah kemunculan anakanda baginda, Raja Nazira Safya yang semakin membesar.

Momen tersebut turut dimuat naik di media sosial dan rata-rata warga maya teruja dengan penampilan terkini Raja Nazira Safya serta memuji kecomelan baginda.

“Masya-ALLAH comel anakanda Sultan, daulat tuanku.”

“Daulat tuanku. Comelnya puteri baginda.”

“Comel dan cantiknya, daulat tuanku.”

4 FAKTA MENGENAI RAJA NAZIRA SAFYA

  1. Raja Nazira Safya dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor pada 2 Ogos 2011.
Kredit: Instagram @tuankuzarasalim
Kredit: Instagram @tuankuzarasalim

2. Raja Nazira Safya merupakan cucunda kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah

dan Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

3. Raja Nazira Safya sentiasa menjadi perhatian kerana mewarisi darah campuran daripada Bondanya, Tuanku Zara Salim iaitu Inggeris (bapa) serta Melayu, Arab dan Siam (ibu).

Kredit: Instagram @tuankuzarasalim
Kredit: Instagram @tuankuzarasalim

4. Raja Nazira Safya kini menerima pendidikan di Alice Smith School, Kuala Lumpur.

IKLAN
Share