Bermula dengan memuatnaik foto dirinya berniqab di Instagram pagi tadi, mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan artis. Ramai yang berteka-teki mengenai penampilan terbaharu Noor Neelofa Mohd Noor tapi empunya diri masih ‘membisu’. Bagaimanapun, sekitar jam 3 petang tadi satu kenyataan rasmi dibuat oleh pihak Neelofa sekaligus mengiyakan penampilan selebriti cantik tersebut yang kini sudah berniqab. Alhamdulillah!
“Assalammualaikum. Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda ilahi. InsyaAllah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya.”
Yang pasti, bukan peminat dan kenalan Neelofa sahaja yang terkejut dengan perubahan usahawan Naelofar ini. Bahkan ibu Neelofa sendiri meluahkan rasa tidak percaya saat bertemu anak kesayangannya itu di pejabat mereka pagi tadi. Mengakui cukup bersyukur dengan penghijrahan itu, Datin Noor Kartini turut berkongsi momen bersama Neelofa sambil menggunakan hashtag #anakluarbiasa.
Ads
“MashaAllah MashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.. Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untuk ku, seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia. Amiinnn. Love you bidadariku Neelofa.”
https://www.instagram.com/p/CGWkFqCl99x/
Ads
Sementara itu, menjengah ke Instagram Neelofa pula rakan make up artis, kenalan dan adik-beradik antaranya Nellisa Mohd Noor turut mengungkapkan rasa syukur atas perkhabaran gembira tersebut. Tidak kurang juga yang menangis sebak dan terharu melihat kehidupan Neelofa hari ini yang lebih menjurus ke arah kebaikan.
Sebelum berniqab, perubahan secara beransur-ansur Neelofa turut disedari ramai selepas dia mula memperbaiki diri dan menutup aurat dengan sempurna dengan memakai stoking kaki dan tangan. Begitu juga dari segi pemakaian tudung yang labuh daripada kebiasaan.
Ads
Malah, ada dalam kalangan peminat membuat telahan nakal bahawa pengacara dan pelakon jelita ini berubah ke arah lebih baik kerana bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang pendakwah kacak popular.
Apa-apa pun Nona mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan segala kebaikan yang ditonjolkan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh wanita.
Kredit: Instagram Neelofa & Datin Noor Kartini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanser payudara adalah penyakit nombor satu bagi kaum wanita. Usah ambil mudah tentang perkara ini kerana dikhuatiri anda bakal tergolong dalam penyakit ini. Terdapat beberapa makanan yang disyorkan untuk membantu dalam pencegahan risiko kanser payudara. Ingat, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun amat baik untuk diambil secara rutin. Lemak sihat ini boleh menurunkan tahap kolesterol dalam badan.
BUAH OREN
Ia kaya dengan vitamin C, serat, beta karoten dan antioksidan yang boleh mengelakkan anda daripada radikal bebas penyebab kanser. Anda boleh memakannya secara terus atau dijadikan sebagai jus.
TOMATO
Tomato amat disarankan untuk mengatasi ketumbuhan dan kanser. Gabungan tomato, lobak merah dan epal amat sesuai untuk diambil oleh pesakit ketumbuhan dan kanser payudara. Tomato juga kaya dengan likopen, potassium, fosfor dan zat besi. Ia membantu memebuhi keperluan badan wanita termasuk menyihatkan payudara.
KACANG SOYA
Tauhu, tempe atau soya adalah makanan ‘wajib’ yang perlu anda ambil setiap hari. Contoh, wanita Jepun kerap menggunakan soya untuk kecantikan dan kesihatan mereka. Walau pun ada yang mengatakan soya tidak membantu dalam melawan kanser dan ketumbuhan namun ia membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser dengan protein yang terdapat dalam soya. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Populariti kumpulan Blackpink dan ahli-ahlinya memang tidak dapat disangkalkan lagi. Dan baru-baru ini, Fakulti Sains Universiti Chiang Mai, Thailand telah menemukan spesies baru tumbuhan bunga yang belum pernah ditemukan sebelumnya di dunia bertindak menamakannya sempena nama pesohor itu.
Semua orang tahu salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa memang cukup popular dan sangat menjadi kebanggaan negara kelahirannya Thailand.
Tumbuhan tersebut diberi nama Friesodielsia lalisae atau Bunga Lalisa dan telah ditemui di kawasan Selatan Narathiwat.
Bangkok Post juga melaporkan nama Bunga Lalisa diberikan oleh para peneliti untuk menghormati idol Kpop kelahiran Thailand dengan nama sebenar Lalisa Manoban.
“Friesodielsia lalisae atau Bunga Lalisa dinamakan sempena menghormati Lalisa Manoban, seorang rapper, penyanyi dan penari Thailand yang terkenal.
“Dia menjadi motivasi dan telah menginspirasi penulis Anissara Damthongdee untuk mengatasi kekangan sepanjang menghabiskan pengajian PhD-nya,” bunyi laporan penelitian rasmi yang dikeluarkan.
Bunga Lalisa masuk keluarga tanaman Annonaceae yang terdiri dari pohon, semak atau liana. Para peneliti menekankan Bunga Lalisa harus dikelompokkan sebagai tumbuhan yang jarang ditemui dan terancam pupus.
Sumber: Astro Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luar biasa penangan drama bersiri popular Squid Game! Mencatat drama paling laris di Netflix, kebanyakan pelakon Squid Game hari ini meraih populariti tidak disangka-sangka. Ada yang sudah pun menerima pelbagai tawaran lumayan selepas kejayaan drama tersebut. Malah mereka juga mempunyai ramai peminat.
Salah seorang pelakon Squid Game yang meraih populariti mendadak ialah Jung Ho Yeon. Dia yang melakonkan watak sebagai Kang Sae Byeok merupakan pemain nombor 067 dalam drama bersiri berkenaan.
Secara tiba-tiba Ho Yeon menjadi pelakon Korea Selatan yang mempunyai paling ramai pengikut dalam masa yang singkat di Instagram.
Media Korea melaporkan, sekurang-kurangnya sejumlah 400 ribu hingga 1.4 juta pengikut telah dicatatkan Ho Yeon di laman media sosial itu hanya selepas beberapa hari drama Squid Game ditayangkan.
Terkini, Ho Yeon memiliki lebih 16 juta followers di Instagram.
Walau dalam siri TV itu Ho Yeon digambarkan seorang wanita yang misteri, kasar dan polos namun realitinya dia seorang yang ceria, cantik dan mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi.
Bahkan, sebelum bergelar pelakon Ho Yeon ialah seorang peragawati yang sering menggayakan fesyen berjenama mewah. Dia dikatakan mula menceburi bidang peragaan sejak berusia 16 tahun dan menyertai Korea’s Next Top Model Musim 4 pada 2013. Di samping menyertai banyak pertunjukan fesyen melibatkan label terkemuka dunia termasuk Louis Vuitton.
Terbaharu, bersandarkan rupa paras cantik dan populariti Ho Yeon… dia dilantik sebagai duta global bagi jenama fesyen mewah Perancis, Louis Vuitton.
Ini sekaligus menjadikan dia selebriti Korea Selatan kedua menerima tawaran itu selepas kumpulan terkenal BTS.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.