Kehadiran tahun baru membuatkan dunia kanak-kanak kembali sibuk dengan persekolahan setelah sekian lama bercuti. Namun, dalam pada kesibukan menyiapkan kelengkapan persekolahan terdapat juga kanak-kanak yang tidak bernasib baik terpaksa menghabiskan masa di hospital.
Menyedari tentang kehibaan kanak-kanak yang terpaksa tinggal di wad kanak-kanak telah mencetuskan idea kepada 3M Malaysia bergabung bersama kelab sukan 3M untuk melawat kanak-kanak di wad pediatrik di HKL.
Kehadiran mereka telah menceriakan kanak-kanak yang berada di sana. Ketika kunjungan ini berlangsung, Pengarah Pengurusan 3M Malaysia, Parameswaran Nair, telah mengedarkan 70 ‘Boxes of Love’ kepada kanak-kanak yang berada di wad tersebut. Kotak ini lebih bermakna apabila telah didekorasi oleh kanak-kanak dari Rumah Amal Kasih Bestari.
Ads
Ads
Di majlis yang sama Parameswaran turut menderma 3M™ Filtered Water Dispenser HCD-1A bernilai RM4,799 di wad tersebut. Mereka menyasarkan agar kanak-kanak yang menginap di sana berpeluang minum air yang bersih dan lebih sedap. Malah turut menghulurkan 2 kotak permainan yang telah didermakan oleh pekerja-pekerja 3M.
Sesungguhnya keprihatinan seluruh staf 3M membantu mereka yang memerlukan adalah suatu tindakan yang sangat terpuji. Menceriakan hati kanak-kanak dan membuat mereka tersenyum semula merupakan anugerah yang tiada nilai. Semoga lebih banyak lagi badan-badan swasta yang melakukan CSR demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atas ulang tahun hari keputeraan ke-59 pada 22 Julai lalu.
Meniti usia lewat 50an, Tunku Puteri Intan dikurniakan rezeki kesihatan yang baik dan kasih sayang yang melimpah ruah daripada insan sekeliling. Menerusi perkongsian di media sosial, Tunku Temenggong Kedah ini memuat naik momen indah meraikan ulang tahun hari keputeraan.
Antara pemberian yang diterima termasuklah jambangan bunga dan beberapa biji kek hari lahir.
Kongsi Tunku Puteri Intan, “I had a really enjoyable birthday celebration at home with my team members. Thank you for all the beautiful bouquets of flowers from my colleagues, friends and family members.
I was also happy to receive homemade dishes, cakes and desserts. Thank you to everyone!”
Tunku Puteri Intan diputerakan pada tanggal 22 Julai 1966. Beliau merupakan anakanda kepada Almarhum Sultan Abdul Halim dan Almarhum Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Menelusuri latar belakang personaliti diraja ini, Tunku Puteri Intan dibesarkan dalam keluarga diraja Kedah dan Negeri Sembilan.
Khabarnya, ayahanda dan ibunda beliau sangat mengutamakan pelajaran dan mahu puteri kesayangan mendapat pendidikan yang sempurna agar dapat memberi manfaat kepada rakyat.
Hasilnya, Tunku Puteri Intan berjaya menamatkan pengajian di universiti luar negara dan bergelar graduan University of Oxford dan Nottingham University.
Tunku Temenggong Kedah ini juga ialah cucu kepada Yang di-Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman.
Difahamkan ayahanda dan ibunda Tunku Puteri Intan sangat memberi sokongan penuh terhadap isu melibatkan komuniti dan masyarakat seperti menyempurnakan majlis graduasi, lawatan ke sekolah atau aktiviti belia dan sukan.
Penyertaan aktif Almarhum ayahanda dan ibunda dengan aktiviti kemasyarakatan ini menonjolkan sisi kepimpinan terpuji dan contoh tauladan terbaik kepada Tunku Puteri Intan. Mewarisi sikap terpuji itu, beliau kini aktif memperkasa Persatuan Bulan Sabit Malaysia.
Mewarisi sikap prihatin daripada ibunda dan ayahanda membuatkan puteri Sultan Kedah ke-28 ini aktif menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Tunku Puteri Intan dilantik sebagai Pengerusi Kebangsaan BSMM sejak Julai 2018 menggantikan Tunku Shahriman Tunku Sulaiman, sekaligus mencatat sejarah sebagai wanita pertama menerajui BSMM.
Pada tahun 2022, beliau juga menyertai organisasi kemanusiaan terbesar dunia iaitu Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) mewakili Asia Pasifik.
Beliau turut menyandang tugas sebagai Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.
Selain itu, Tunku Puteri Intan cukup meminati seni dan mengamalkan gaya hidup aktif. Berdasarkan posting di media sosial miliknya, Tunku Puteri Intan menunjukkan bakat bermain dram dan beriadah dengan sukan pickleball.
Semoga Allah lanjutkan usia Tunku Puteri Intan Safinaz dan terus menabur bakti untuk masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan.
Baju kurung songket ‘vibe’ keluarga diraja beli di sini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Presiden Indonesia Joko Widodo, Kaesang Pangarep selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Erina Gudono dalam majlis yang diadakan penuh meriah, Jumaat lalu. Presiden yang mesra dengan panggilan Jokowi itu berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar upacara bersiram pasangan muda itu yang menjadi adat masyarakat tempatan di Instagram (IG) miliknya.
Anak Presiden Indonesia Joko Widodo adalah graduan lulusan ACS International di Singapura dan memiliki kelab bola sepak Liga 2, Persis Solo bersama ahli perniagaan Indonesia, Erick Thohir. Kaesang anak bongsu Jokowi yang berusia 27 tahun itu adalah YouTuber.
Namun siapakah menantu Jokowi ini? Ini dia beberapa fakta menarik tentang Erina yang rupanya bukan calang-calangan wanita jelita yang berjaya mencuri hati putera bongsu Jokowi ini.
1-Finalis Putri Indonesia 2022
Wanita yang bernama penuh Erina Sofia Gudono ini ternyata sudah dikenali ramai sebelum kisah cintanya dengan Kaesang Pangarep didedahkan kepada umum. Terdahulu Erina ialah finalis Miss Indonesia 2022 mewakili Jogjakarta. Dalam pertandingan ratu cantik itu, beliau berjaya menduduki senarai 11 tangga teratas.
2. Graduan dari universiti ternama
Erina dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat, pada 11 Disember 1996. Menurut profil Erina Gudono di laman web Puteri Indonesia, beliau merupakan graduan jurusan Pengurusan Kewangan dan kini sedang menyambung pengajian Pentadbiran Awam peringkat sarjana di Columbia University pada tahun 2021.
3. Berasal dari keluarga ternama
Bakal menantu terakhir Jokowi itu berasal daripada keluarga yang disegani. Erina adalah anak kepada Allahyarham Profesor Dr Mohammad Gudono dan Dr Sofiatun Gudono. Bapa Erina merupakan ahli akademik dan pensyarah di Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan, Universiti Gadjah Mada sebelum meninggal dunia pada 22 Julai 2016.
4. Meraih pelbagai gelaran
Selain memiliki pencapaian pendidikan yang membanggakan, Erina juga meraih pelbagai gelaran termasuk Eureca Runner Up Business Plan Competition pada 2017, finalis Dimas Diajeng Sleman Daerah Istimewa Jogjakarta pada tahun 2018 dan Puteri Indonesia 2022.
5. Bekerja sebagai penganalisis
Erina Gudono memulai kariernya secara profesional pada 2020 di Bank Indonesia sebagai Assistant Manager Apprenticeship. Ketika ini, beliau dikhabarkan bertugas di JP Morgan sebagai penganalisis.
6. Aktif kegiatan sosial
Wanita jelita berusia 26 tahun itu juga aktif dalam pelbagai kegiatan sosial. Antaranya pernah bergabung dengan Harapan Fian Jogjakarta, Komuniti Sekolah Marginal yang terlibat dalam menyediakan akses percuma kepada pendidikan dan kesihatan untuk golongan terpinggir. Selain itu Erina juga aktif dalam pertubuhan Takesbook Indonesia yang memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak miskin.
7. Ibu mempunyai butik ternama
Sofiatul ibu kepada Erina Gudono membesarkan anak-anaknya sendirian selepas kematian suaminya dengan membuka butik fesyen yang diceburi dan ternama di sana.
Sumber: Sinar Plus
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Semakin banyak kita memberi, maka akan semakin banyak kita menerima”. Mungkin istilah tersebut sangat tepat untuk menggambarkan orang-orang yang rajin bersedekah.
Diantara waktu yang paling baik untuk bersedekah adalah di hari Jumaat. Bahkan, disebut sebagai sayyidul ayyam atau pemimpin hari-hari lainnya. Dimana pada hari itu, Allah membuka langit ampunan bagi hambaNya, segala doa akan dikabulkan, dan amalan-amalan baik akan dilipatgandakan pahalanya, termasuk sedekah.
“Dan tidak ada matahari yang terbit dan terbenam pada suatu hari yang lebih utama dibanding hari Jumaat. Bersedekah pada hari Jumat lebih besar pahalanya daripada semua hari lainnya”. (Imam Abdurrazaq dalam kitab Al-Mushannaf).
Rezeki hari Jumaat, penghulu segala hari!. Pendakwah terkenal, Ebit Lew sekali lagi mencuri tumpuan apabila menghadiahkan lima buah basikal boleh lipat kepada lima orang penghantar makanan yang sebelum ini menghantar pesanan makanan dengan berjalan kaki.
Memetik posting di laman Instagramnya, Ebit memaklumkan basikal tersebut dihadiahkan bagi memudahkan kerja penghantaran makanan oleh kelima-lima penerima tersebut yang sebelum ini menghantar makanan dengan berjalan kaki.
“Seronok hari ini beli basikal lipat lima buah untuk dihadiahkan kepada adik-adik ini. Mereka hantar makanan jalan kaki.
“Purata seminggu mereka peroleh RM100 ke RM300. Muka semua rajin dan baik-baik. Ada seorang kakak ibu tunggal, datang ke sini menaiki LRT. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.
Menurutnya, semua penghantar makanan itu tidak mempunyai lesen dan tidak memiliki kemudahan motosikal ataupun basikal.
“Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang hendak bawa naik LRT, dan ada sembilan gear. Ringan nak kayuh, istimewa untuk mereka.
“Saya juga beri sedikit duit belanja untuk lima orang penerima ini dan yang berada situ tadi. Semoga mereka ini terus kuat dan diluaskan rezeki,” katanya lagi yang sentiasa prihatin terhadap individu yang berusaha untuk merubah taraf kehidupan dengan sebaik mungkin.
“Best tadi sebelum solat Jumaat, saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda. Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu rm100-rm300. Muka semua rajin dan baik-baik jer. Ada seorang kakak ibu tunggal. Naik lrt datang sini. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing.
Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni rm450. Suami tukang urut dapat rm400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibubapa berpisah.
Selepas SPM tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rm500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar. Suka terkesan tengok anak muda rajin begini. Tahniah adik semua yang rajin tolong keluarga. Sebulan rm700 ke rm800. Sayu hati ni.
Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik lrt. Dan ada 9 gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka. Dan saya beri sedikit duit belanja. Buat 5 orang. Dan yang ada disitu tadi. Semoga adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki.
MasyaAllah, begitu dahsyatnya keutamaan bersedekah di hari Jumaat. Semoga Allah senantiasa memudahkan kita untuk menunaikan sedekah. Selain itu, meluaskan maaf dan rezeki bagi kita semua. Jangan takut untuk bersedekah dan mengulurkan tangan kepada mereka yang membutuhkan. Sedekah kita untuk kesejahteraan dan mewujudkan harapan kaum dhuafa. Amin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Filem Khadam tampil dengan kisah seram penuh emosi mengenai seorang ibu yang terpaksa berdepan warisan saka keluarga. Ketahui jalan cerita, barisan pelakon dan keunikan naskhah ini.