Kempen ‘Keadilan Untuk Bella’ kini menjadi perhatian serius yang mengangkat isu penderaan kanak-kanak di Malaysia. Kes ini juga turut mendapat perhatian Ahli Dewan Negara mewakili Orang Kurang Upaya (OKU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Menurut bekas personaliti televisyen itu yang kini merupakan Pengerusi BERNAMA, kerajaan disaran menubuhkan pasukan petugas khas membabitkan agensi penguat kuasa bagi membanteras jenayah penderaan kanak-kanak di negara ini.
Dalam hantaran beliau semalam, Datuk Ras Adiba sempat bertemu mangsa penderaan remaja OKU, Bella, 13 tahun yang kini berada di bawah jagaan JKM.
Meskipun hanya bertemu secara maya, namun terasa keprihatinannya dalam mencari keadilan terhadap nasib remaja Down Syndrome tersebut.
“Kami semua sayang Bella” Ras Adiba Radzi
Sesi panggilan video Ras Adiba-Bella
Bella sayang.
Syukur saya dapat bertemu Bella sungguhpun secara maya.
Tidak selamat untuk kami bertemu ketika ini kerana keadaan pandemik yang menimpa negara kita, justeru saya menghubungi anak ini untuk bertanya khabar.
Semoga Yang Esa pulihkan semangat anak ini dan agar beliau kembali mempercayai akan seorang yang bernama manusia.
Ads
Bella anak OKU, anak istimewa dan seperti anak-anak yang lain, tanggungjawab kita adalah untuk lindungi mereka, bukan sebaliknya.
Moga pihak PDRM akan membawa mereka yang menganiayai Bella ke muka pengadilan secepat mungkin.
Bella dikelilingi wakil JKM dan jururawat yang menjaganya
“Kami semua risau akan kamu Bella. Sungguhpun payah, dihampakan dan ketakutan, kamu tetap sudi mengorak senyuman. Doa kami, Bella akan kembali ceria dan kuat semangatnya.” Ras Adiba
Ads
PINDA AKTA
Menggunakan hashtags #justiceforbella dan #keadilanuntukbella, Datuk Ras Adiba sendiri mengakui tidak akan sama sekali berkompromi dengan kesalahan membabitkan golongan itu terutama OKU.
“Tindakan tegas wajib diambil dan pelaku kes penderaan serta penganiayaan kanak-kanak perlu dihadapkan ke muka pengadilan supaya isu penderaan kanak-kanak di negara ini tidak berterusan.
“Saya menggesa agar pihak berkuasa tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang disyaki terlibat dengan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak yang menjadi kesalahan jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” menurutnya dalam kenyataan BERNAMA.
Ads
Foto: Instagram @senatorrasadibaradzi
Beliau berkata usaha itu juga selaras dengan komitmen kerajaan kepada agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 yang turut memberi penekanan untuk menamatkan penyalahgunaan, eksploitasi, pemerdagangan manusia dan segala bentuk keganasan serta penyiksaan terhadap kanak-kanak.
Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan terdapat 2,040 kes penderaan terhadap kanak-kanak yang berlaku antara Januari hingga April tahun ini.
Ras Adiba turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertindak proaktif untuk memastikan kanak-kanak di negara ini diberi keutamaan dari segi pemeliharaan serta perlindungan.
Beliau berkata semua lapisan masyarakat harus memainkan peranan serius serta melaporkan kes penderaan kepada pihak berkuasa kerana ini merupakan tanggungjawab bersama.
“Kita perlu berganding bahu untuk mengangkat satu mesej bahawa penderaan adalah satu jenayah. Kanak-Kanak ada hak dan ruang untuk menikmati sebuah kehidupan yang aman dan berkualiti.
“Semua pihak mesti patuhi Akta Kanak-Kanak 2001 serta Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musibah banjir yang melanda Shah Alam dan Klang telah mendorong Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (PEWANI) menjalankan kerja kesukarelawanan bagi membantu membersihkan rumah warga UiTM dan komuniti sekitar yang terjejas.
Ketua Koordinasinya, Rabiatul Adawiyah Nasir berkata, para sukarelawanan ditugaskan untuk membantu membuat misi pembersihan rumah kediaman di samping membuat agihan sumbangan kit penjagaan diri wanita yang dibuat hasil kutipan sumbangan dari ahli persatuan dan para dermawan.
“Pewani memilih untuk memberikan kit penjagaan wanita yang mengandungi pakaian dalam, tuala wanita, berus dan ubat gigi serta sabun mandi kerana keperluan tersebut amat diperlukan terutama ketika bencana.” Rabiatul Adawiyah
Kit barangan wanita yang disumbangkan
Team PEWANI
Selain itu, Pewani turut membantu Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM dalam menyediakan keperluan barangan dapur juga disediakan kepada kakitangan UiTM yang memerlukan.
Menurut beliau, kerja-kerja kesukarelawanan ini mendapat sokongan penuh Naib Canselor UiTM yang merupakan Komanden Kos Sispa UiTM yang mana gerak kerja telah dimulakan sebaik sahaja air mula surut di lokasi terjejas dan dikoordinasi dengan baik agar setiap misi yang dijalankan mencapai matlamatnya.
Rabiatul berkata, kerja-kerja pembersihan berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari para sukarelawan yang melibatkan sinergi bersama daripada kadet dari Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) UiTM, Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur dan Pusat Kegiatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM.
Keadaan rumah mangsa banjir
Bantuan membersihkan rumah
Team PEWANI mencuci rumah
Jelasnya, PEWANI UiTM telah melancarkan Tabung PEWANI@Prihatin bagi menyediakan kit penjagaan wanita. Sumbangan ikhlas untuk menjayakan misi ini amat dialu-alukan dan boleh disalurkan ke akuan Affin Bank 105140001741. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia Noor Afzan Zakaria di talian 019-3912117.
Untuk rekod, ketika negara diuji wabak Covid-19 kerja amal PEWANI UiTM juga telah menyumbangkan 50,000 helai pelitup muka kepada pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang bagi membantu komuniti yang memerlukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sebut nama Azhar Sulaiman pasti ramai yang membayangkan anak perempuannya yang juga pempengaruh, Kasih Iris Leona. Cukup dikenali di media sosial kerana rupa paras cantik dan gelagat lucunya di media sosial, kembar Leona iaitu Andika Rees turut tidak terlepas daripada menjadi perhatian warga maya. Selain Leona dan Rees, pelakon kacak ini turut mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Kasih Leia Ixora.
Mungkin anak sulung Azhar dan Chempaka Emalin ini tidak sepopular Leona dan Rees namun dia juga sebenarnya memiliki pesona tersendiri dan berpendidikan.
Oktober depan, Kasih Leia Ixora atau dikenali sebagai Kasih bakal menginjak usia 26 tahun. Tidak seperti Leona, Kasih dilihat selesa menjalani kehidupan jauh daripada dunia glamor namun cukup rapat dalam kalangan keluarga tersayang.
Bahkan Azhar Sulaiman juga gemar berkongsi foto dan momen di samping puteri kesayangannya ini di platform media sosial.
Difahamkan Kasih merupakan graduan Bachelor of Arts dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari University of Nottingham Malaysia. Dia menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua pada 27 Julai 2022.
Bukan itu sahaja, Kasih turut memperoleh Sijil Penghargaan dari University of Notthingham Malaysia atas sumbangannya kepada projek sebagai Pembantu Penyelidik dari Julai 2022 hingga Januari 2023. Projek berkenaan mengenai Kajian Penilaian Pantas Luar Bandar melibatkan Orang Ali Jakun Hutan Paya Gambut di Pahang.
Atas minat mendalam terhadap bidang seni dan budaya, Kasih Leia Ixora pernah bertugas sebagai penulis di The Daily Seni sekitar tahun 2017 hingga 2018. Serba boleh orangnya!
Azhar Sulaiman yang kini berusia 54 tahun mendirikan rumah tangga dengan Chempaka Emalin Pahamin. Hasil perkongsian hidup selama tiga dekad, pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melakukan lawatan peribadi ke Qatar National Library di Doha, Qatar.
Baginda diiringi oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Semasa di Qatar National Library, Baginda menzahirkan rasa kagum dengan koleksi hampir sejuta naskhah buku, di samping arkib manuskrip lama serta peta-peta turun temurun dunia arab yang masih disimpan dengan elok.
Baginda turut melawat ke National Museum of Qatar dan memuji rekabentuk bangunannya yang menyimpan pelbagai artifak dan bahan-bahan sejarah sejak awal penubuhan negara itu.
Semasa berada di Doha juga, Baginda berdua melawat ke Museum of Islamic Arts yang menempatkan koleksi buku-buku peradaban Islam, bahan-bahan kesenian Islam, kaligrafi, serta tekstil yang ada di antaranya berusia hampir 1,300 tahun.
Baginda kemudian berkesempatan singgah ke Olympic and Sports Museum yang merupakan muzium sukan terbesar di dunia.
Muzium ini mempamerkan koleksi-koleksi berharga yang disumbangkan oleh atlet-atlet sukan tersohor dunia termasuk jersi dan piala.
Sumber: Selangorkini
Kredit Foto: Instagram Selangor Royal Official
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.