Clinic Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan telah meraikan ulang tahun ke 14 dengan menganjurkan sebuah majlis rumah terbuka di Bangsar Shopping Centre baru-baru ini sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah lama menjadi sebahagian penting dari kejayaan Klinik Nara.
Sejak penubuhan Klinik Nara pada tahun 2010, Clinic Nara percaya kesejahteraan datang dari dalam, dan komited untuk menyediakan penyelesaian serta revolusi estetik yang terkini bagi meningkatkan kecantikan serta keyakinan diri.
Clinic Nara juga memahami betapa pentingnya untuk berada di barisan hadapan perkembangan teknologi dalam bidang estetika. Itulah sebabnya Klinik Nara kini hadir dengan inovasi terkini dari BTL Aesthetic Malaysia – EMFACE, EXION, EMSELLA, dan EMSCULPT NEO. Revolusi mesin-mesin dengan teknologi terkini ini mewakili kemuncak kemajuan saintifik, menawarkan hasil yang tiada tandingannya serta disokong oleh penyelidikan serta pmmbangunan dan kajian setelah bertahun-tahun lamanya.
EMFACE, terkenal dengan keupayaannya mentransformasi wajah, menyegarkan kulit dan mengembalikan kontur muda dengan ketepatan dan keberkesanan yang meyakinkan. EXION, yang dikuasakan oleh teknologi radiofrekuensi fraksional, menawakan hasil luar biasa dalam keanjalan serta menegangkan kulit, menangani pelbagai masalah estetik dengan keberkesanan yang luar biasa. EMSCULPT NEO, penyelesaian permodelan tubuh yang terkini, menawarkan rawatan bagi mendapatkan tubuh idaman dengan mengurangkan lemak serta membina fungsi otot, mengembalikan postur yang sempurna.
“Perjalanan kami cukup luar biasa, dan kami berterima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah banyak menyokong kami di setiap langkah,” jelas Dr. Nadzri Abdul Mokhtar, pakar perubatan anti-penuaan yang terkemuka dengan pengalaman lebih dari 17 tahun, dan Ketua Doktor Perubatan di Clinic Nara. “Selama 14 tahun ini, kami komited menyediakan rawatan terbaik yang disesuaikan dengan keperluan dan kehendak pelanggan kami.”
Bertapak lebih 20 tahun dalam dunia kecantikan, jelas Dr Nadzri, dia memberi fokus kepada rawatan anti-penuaan dengan mengambil kira masalah kesihatan yang dialami pesakit.
“Saya bermula dalam industri kecantikan estetik ini lebih 20 tahun dengan Nara Medispa pada tahun 2006, kemudian saya bangunkan Clinic Nara di Bangsar pada 2010. Kepakaran kami ialah dalam rawatan anti-penuaan dan integratif. Clinic Nara merawat kecantikan dari dalaman sesuai dengan tagline ‘health from within’ di mana kami menggunakan bahan semulajadi dan natural dengan mengambil kira hormon, toksin dan virus untuk rawatan detoks dan sebagainya.”
Membawa teknologi terbaharu, Personalised Oxygenation Delivery System dalam pasaran Asia Tenggara, jelasnya lagi, teknologi ini dapat membantu memperbaiki dan menghidupkan kembali sel-sel kulit secara semulajadi.
“Kami juga menggunakan teknologi terbaharu iaitu oksigen PODS iaitu Personalised Oxygenation Delivery System di mana ia adalah satu sistem di mana ia membolehkan oksigen diserap melalui kulit dengan cara yang semulajadi. Sistem ini tiada lagi di Malaysia atau Asia Tenggara dan ia popular di Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
Rumah Terbuka Raya anjuran Clinic Nara itu turut dihadiri oleh ramai VVIP antaranya bekas perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, serta Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dan ramai lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Klinik Nara dan rangkaian rawatan yang tersedia, sila layari laman web Klinik Nara di www.clinicnara.com atau hubungi +603 2282 9299.
This website uses cookies.