Koleksi LILIT. x Bingka, Gabungan Tradisi & Moden. Teruja Lihat Elemen Kuih Tradisional Di Pakaian Cipta Inspirasi!

 

Jenama fesyen LILIT.  baru-baru ini hadir dengan koleksi terbaharu yang pastinya menjadi pilihan wanita yang gemarkan gaya yang santai dan selesa. Kali ini, jenama fesyen tersebut  bekerjasama dengan Bingka KL, jenama yang terkenal dengan kemodenan nostalgia yang berteraskan budaya Malaysia.
Vivy Yusof bersama Adrihana (kiri) pengasas jenama Bingka
Menariknya, kolaborasi unik ini menghimpunkan nostalgia kontemporari Bingka yang berbeza pendekatan dengan komitmen LILIT. terhadap fesyen sederhana yang inklusif, menghasilkan koleksi yang bukan sahaja pakaian, tetapi naratif budaya. LILIT. x Bingka Comeback Set
adalah bukti rekaan memukau kerana memberi tumpuan daripada dua bahasa reka bentuk yang berbeza bagi kedua-dua jenama tempatan.

Koleksi ini telah menyerlahkan kesederhanaan dan keterangkuman, sambil menggabungkan Bingka dengan lancar bermotifkan nostalgia. Mereka telah memperkenalkan Set Comeback dengan tiga warna yang menawan iaitu navy blue, nude dan olive green. Ia juga dilengkapi dengan Beg Tote Bingka yang serba boleh dan pastinya menjadi pilihan untuk kegunaan harian.

Kerjasama ini sekali gus telah merapatkan jurang antara generasi dan budaya dengan memelihara dan mempromosikan tradisi Malaysia.

Menurut Pengarah Kumpulan FashionValet, Vivy Yusof berkata mereka percaya bahawa koleksi di LILIT. direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan semua wanita dengan menampilkan pelbagai saiz daripada XXS (UK4) hingga 5XL (UK22).

“LILIT. merupakan jenama yang sentiasa menyokong jenama tempatan. Koleksi ini sekarang tersedia untuk pembelian di semua LILIT. kedai dan melalui laman web rasminya. Harga untuk koleksi ini antara RM129 hingga RM169,” katanya.

Pengasas Bersama Bingka KL, Adrihana Rashid pula berkata mereka benar-benar mahu merapatkan jurang antara nostalgia dan budaya Malaysia.

“Seperti yang anda lihat, kita semua tidak berkain batik atau songket, melalui rekaan Bingka kami mahu mempunyai reka bentuk dan ilustrasi setiap hari, supaya semua orang boleh merasa keunikan Malaysia,”

katanya.

Majlis pelancaran kolaborasi ini telah berlangsung di Bangsar Village 2 dan dihadiri beberapa selebriti antaranya termasuklah Ili Sulaiman, Anis Kiss dan beberapa pempengaruh media sosial yang lain.

 

 

IKLAN
Share