
Duchess & Co, jenama fesyen tempatan yang dikenali dengan rekaan regal bersulamkan ciri kontemporari, memperkenalkan koleksi terbaharunya, ’MADE OF STARS’. Diilhamkan oleh buruj di langit malam dan 12 simbol astrologi, koleksi ini memberikan penampilan unik bagi mereka yang mencari gaya sofistikated dengan sentuhan kemilau.
“Berikutan kejayaan koleksi kami sebelum ini, DAWN, kami sekali lagi tertarik kepada alam semula jadi yang menjadi inspirasi kepada penghasilan MADE OF STARS. Kali ini, kami amat terpesona dengan susunan bintang-bintang di langit yang merangkumi 12 simbol astrologi utama. Astrologi disifatkan berupaya memberi gambaran kepada ciri-ciri asas serta keistimewaan seseorang dan koleksi ini ibarat manifestasi fizikal untuk setiap tanda astrologi itu,” kata Phang Ju Nn, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif Duchess & Co.
Pemilihan fabrik dengan paduan warna yang mencerminkan kerlipan sinaran bintang berlatarbelakangkan langit malam yang gelap menjadi tunjangnya tanpa mengenepikan DNA Duchess & Co iaitu penekanan kepada rekaan serba guna dengan pelbagai fungsi dan cara penggayaannya. Setiap rekaan dalam koleksi ini mewakili simbol astrologi tersebut, yang dibahagikan kepada empat elemen alam iaitu api, air, tanah dan angin bagi menggambarkan keperibadian unik yang saling berkaitan dengan setiap simbol itu.
Sebelum Beli Kasut Baru, Ketahui Tip Penting Sebelum Membelinya!

Tahukah anda kasut mampu mengubah penampilan keseluruhan? Kasut bukan sekadar dipilih untuk keselesaan bahkan rekaan dan perinciaannya memainkan peranan penting untuk menyerlahkan gaya.
NONA menyenaraikan beberapa tip khusus dalam pemilihan kasut dan juga apakah kasut yang cukup in trend ketika ini di pentas-pentas fesyen antarabangsa. Jadikan ini sebagai rujukan anda dalam memilih kasut.
1.Memilih kasut perlu ada panduan, apakah kegunaan sepatu tersebut? Sama ada untuk ke tempat kerja, ke majlis istimewa ataupun acara santai. Dengan cara ini anda boleh memilih kasut yang sesuai bagi setiap acara.
Sebagai contoh kalau ke tempat kerja, semestinya sepatu harus lebih formal dan tidak keterlaluan perinciannya, selalunya untuk kasut ke tempat kerja lebih molek jika dipilih yang menutupi kaki dan bukannya dari jenis sandal yang terbuka bertali halus.
2. Ketahui geografi lokasi yang dituju, jika anda di ajak ke majlis-majlis istimewa. Misalnya majlis perkahwinan, anda perlu tahu dimanakah majlis tersebut diadakan. Adakah ia berlangsung di dalam dewan ataupun di taman?
Bayangkan jika anda tidak mengambil berat soal ini kemudian majlis diadakan di taman namun anda mengenakan kasut tumit tinggi runcing, pasti sukar untuk berjalan kerana tumit akan tenggelam ke dalam tanah. Silap haribulan anda boleh jatuh terlentang, jadi sentiasa peka dengan lokasi yang dituju.
3. Kita selalu menganggap bahawa untuk tampil menarik, hanya sepatu tumit tinggi sahaja yang boleh memberikan aura sebegini. Kasut atau sandal leper juga sebenarnya boleh memberikan aura menarik asalkan rekaan yang dipilih punya perincian yang menarik. Sebenarnya, bagi penulis kasut leper sebegini harus ada di dala kereta setiap wanita sebagai persiapan sekiranya anda bergegas ke suatu tempat lain usai pulang kerja ataupun dari majlis, takkanlah masih gigih mahu menyarungkan sepatu tumit tinggi bukan? Jadi tampil lebih selesa bersama sepatu leper.
4. Statement shoes? Tahukah anda kasut yang punya rekaan ekstravaganza dan juga perincian yang menarik boleh menjadi penyelamat gaya saat anda malas hendak bersiap. Cukup dengan menyarungkan seluar jeans dan kemeja/tshirt polos kemudian gandingkannya bersama sepatu yang memiliki rekaan dan perincian menarik. Biarkan sepatu yang menjadi titik tumpu gaya anda.
TIP MEMBELI KASUT:
1. Seeloknya pembelian kasut dilakukan pada petang hari setelah anda banyak berjalan, kerana kaki akan kembang sedikit selepas banyak berjalan. Jadi anda boleh menentukan keselesaan kasut yang dibeli pada tahap optimum.
2. Apabila berada di kedai kasut, pastikan anda menyarung kasut tersebut dan berjalan beberapa langkah di dalam kedai. Jika ada rasa kurang selesa elak beli kasut tersebut kerana jika lebih lama dipakai ia akan memburukkan keadaan kaki.
3. Suka kasut tumit tinggi tetapi mahu yang selesa? Mudah sahaja, pilih kasut tumit tinggi yang bertumit blok besar. Semakin runcing tumit kasut semakin tidak selesa kasut tersebut untuk digunakan bagi berjalan jauh.
4. Kasut tumit tinggi ala platform lebih selesa untu dipakai kerana sudut bengkok kasut tersebut lebih rendah berbanding sepatu tumit tinggi yang tidak berplatform.
Satu-Satunya Jenama Tempatan & ‘Modest’ Kolaborasi Dengan Barbie, Vivy Yusof Cetus Fenomena dUCk Lagi!

Tahniah Vivy Yusof dan team The dUCk Group atas kejayaan menjalin kolaborasi bersama syarikat antarabangsa Mattel menerusi salah satu produk ikonik mereka, Barbie!
Tak dinafikan, koleksi Barbie The Movie X dUCk kali ini mencetus fenomena dalam kalangan peminat karakter popular berkenaan.
Sekaligus membuatkan wanita dan golongan hijabi tak keruan memiliki produk menarik yang ditawarkan.
Ternyata Vivy selaku Pengasas bersama The dUCk Group memahami ‘selera’ pelanggan setia dan bijak memasarkan label mereka ke pasaran dunia. Apatah lagi jenama fesyen ‘modest’ ini kembali menjalin kolaborasi kali ketiganya dengan Barbie.



Lebih istimewa, dUCk satu-satunya jenama fesyen tempatan dan modest di dunia yang diberi peluang menjalin kolaborasi ini dalam menonjolkan sisi gaya hidup sofistikated!
Malah, koleksi kali ini juga mencipta sejarah tersendiri bagi dUCk yang mengambil masa 400 jam atau 50 hari untuk disiapkan.
Sementara itu, Vivy berkata dUCk dipilih sebagai label fesyen modest pertama yang mendapat perhatian Barbie untuk bekerjasama pada tahun 2019.
“Dua kolaborasi sebelum ini menerima sambutan amat baik. Namun kerjasama kali ini lebih mengujakan bersempena tayangan Barbie The Movie.”
Ketua Produk Pengguna Mattel bagi Asia Tenggara, Michelle Wan berkata dUCk memiliki pengaruh luar biasa dan kolaborasi bersama jenama ini cukup dinanti-nantikan.
Koleksi terhad Barbie The Movie X dUCk dihasilkan dalam pelbagai produk antaranya skaf, shopping bag dan Ready-To-Wear (RTW).




Ia mengambil inspirasi pengembaraan, self discovery dan self love menerusi perincian rekaan yang menampilkan ikon Barbie menarik dan comel.
Himpuan skaf koleksi ini turut terbahagi kepada square dan selendang iaitu Barbie Dreams, Best Day Ever, Hey Blondie, Let’s Beach, The President dan I’m Just Ken yang dilancarkan pada 20 Julai 2023 dalam kuantiti terhad.
Dalam pada itu, dUCk turut menghargai pelanggan setianya yang digelar sebagai ‘dUCkies’ untuk bersama-sama menyaksikan tayangan filem Barbie baru-baru ini.
Semoga kejayaan Vivy Yusof sebagai usahawan terus menyuntik inspirasi kepada golongan wanita dan perniagaan yang diusahakan menembusi pasaran antarabangsa.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/berkotak-kotak-buku-sampai-di-rumah-vivy-yusof-teruja-lancar-buku-sempena-birthday-ke-35/
Rumi ‘Dress Up’ Sejak Dalam Bedung Lagi, Keletah Comel Anak Dian Pelangi Jadi Perhatian

Semenjak bergelar ibu pada 16 Ogos tahun lalu, minat pereka fesyen Muslimah dari Indonesia, Dian Pelangi merias puteri sulungnya sering menarik perhatian.
Dian Pelangi atau nama penuhnya Dian Wahyu Utami, 30 tahun, pernah tersenarai dalam Forbes 30 under 30 pada tahun 2018. Nama pereka ini masyhur di kalangan komuniti Muslimah muda di Malaysia, Singapura, Brunei dan Timur Tengah.
Bermula dari pementasan di Jakarta Fashion Week, label Dian Pelangi Fashion kemudian berkembang ke seluruh dunia termasuk ke pentas New York Fashion Week, Paris Fashion Week dan juga London Fashion Week.


Maika Rumaisha Al Aqsa Nasution atau Rumi merupakan anak pertama dari perkahwinan keduanya dengan Sandy Nasution, dan kini baru memasuki usia enam bulan.
Rumi dilahirkan ketika wabak COVID-19 menular hebat di Indonesia. Sebaik dilahirkan, foto pertama Rumi memakai face shield lucu ini cukup mencuit hati,
“Hadza min Fadhly Rabbi. This is by the grace of my Allah. Alhamdulillah. Assalamu’alaikum world, please say salaam to baby Rumi,” – Dian Pelangi



Ru, panggilan sayang Dian kepada puteri comelnya. Pereka fesyen terkemuka Indonesia itu sudah mula memakaikan pelbagai pakaian bayi yang fashionable sejak Ru dibawa pulang ke rumah.
Kecil-kecil lagi Rumi dah #OOTD dengan bedung comel. Malah sempena perayaan Hari Batik Nasional 2020 (Indonesia), sang Mama sempat membedung anaknya dengan kain batik rona pink pastel. Comelnya!



Minat Dian Pelangi yang tumpah pada bidang fotografi turut mempengaruhi gaya si comelnya di depan kamera. Foto Rumi kebanyakannya berkonsepkan warna-warna pastel dan lembut seperti pink, krim, coklat muda dan kuning.
“Look how happy she is. Alhamdulilah yaa Nak, tak terasa sudah enam bulan perjuangan menyusu badan. Kerana Ru tak mahu memakai botol susu (selalu direct breastfeed, setiap masa) tak pernah kurang, tak pernah lebih, tak pernah sampai berplastik-plastik but just nice.
Semoga Allah lancarkan terus penyusuan susu ibu sampai Ru dua tahun nanti. Selamat makan sayang,” tulis Dian Pelangi sempena usia Rumi memasuki enam bulan.



Semoga Baby Ru terus membesar menjadi puteri yang solehah dan taat pada kedua ibu bapanya. Memang gembira sangat tengok kebahagiaan keluarga harmoni ini, terasa cita rasa seni Dian bagai mengalir pada setiap foto-foto yang dikongsikan!
Foto: Instagram Dian Pelangi