Jika dahulu sebelum ini pegawai polis Amerika Syarikat, Serein Tamimi telah melakar sejarah menjadi polis berhijab pertama di Paterson, Amerika Syarikat. Kini tiba pula giliran Zeena Ali, Konstabel Polis di New Zealand mencipta sejarah yang sama.
Serein Tamimi
Lebih menarik, apabila pegawai polis yang berusia 30 tahun ini turut bekerjasama untuk menyuntik elemen hijab dalam pakaian seragam rasmi polis New Zealand itu. Ketika itu Zeena Ali masih bergelar pelajar di Royal New Zealand Police College turut membantu mencipta rekaan hijab untuk kegunaan anggota polis yang beragama Islam.
Memetik laporan Facebook New Zealand Police, Zeena Ali berbangga apabila kedudukannya sebagai polis Muslimah dihormati. “Saya sangat terharu dan bangga menjadi anggota pertama menyarung uniform berhijab ini. Tambahan pula saya turut serta dalam proses mereka hijab dalam uniform ini,” kata wanita kelahiran Fiji ini.
Ads
Zeena Ali Foto: Facebook New Zealand Police
Siapa sangka, di sebalik kisah di Christchurch tahun lalu, merupakan penggerak utama wanita ini untuk menyertai polis New Zealand secara total. “Ketika tragedi itu berlaku saya masih lagi dalam latihan. Jika saya telah menjadi anggota polis ketika itu seudah tentu saya akan membantu mangsa kejadian dan ahli keluarga mereka.”
Ads
Ads
Dalam pada itu Zeena Ali terharu apabila Royal New Zealand Police College menghormati kedudukan Muslimah di sana. “Semasa dalam latihan di kolej, mereka menghidangkan makanan halal untuk muslim dan juga menyediakan tempat yang selesa untuk solat. Jika terdapat sesi latihan di kolam renang pula, pelatih Muslim dibenarkan memakai baju tangan panjang atau a full swim suit,” katanya.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern
Tambah Zeena Ali, “Saya akan memastikan uniform ini memenuhi keperluan kesihatan dan keselamatan diri serta keperluan peribadi,” ucapnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu kepada pengacara dan pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sudah menjengah ke usia 53 tahun tetapi kelibatnya nyata lebih muda daripada usia yang sebenar.
Wanita yang mempunyai sembilan orang anak ini sentiasa tampil menawan dan mempunyai sejumlah 299 ribu pengikut di laman Instagram.
Rupa-rupanya minum air putih adalah rahsia kejelitaan wanita yang mesra disapa Datin Tini ini yang juga isteri kepada Dato’ Abdul Halim Khan.
“Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tip ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.
“Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum mandi dan selepas mandi,” kata Datin Noor Kartini yang memiliki darah keturunan Pakistan-Arab.
Datin Noor Kartini juga mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seharian. Tambahnya, “Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak selain mahu sentiasa kekal positif.
Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama 30 minit untuk kekal aktif,” terang anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut je Grab, pasti tergambar teksi atau delivery makanan di fikiran. Ya, bisnes perkhidmatan pengangkutan awam melalui aplikasi elektronik itu kini menjadi gaya hidup penduduk bandar di Asia Tenggara. Tahukah anda, syarikat Grab juga sebenarnya diasaskan oleh wanita Malaysia iaitu Tan Hooi Ling?
Cerita tentang penubuhan syarikat Grab sebenarnya sangat familiar di kalangan wanita tempatan. Kata Ling, “Saya benar-benar nak menyelesaikan isu teksi di Malaysia. Sejak dulu saya susah ke mana-mana sebab takut dengan pemandu teksi. Sehinggalah dewasa, ibu bapa saya pula yang bimbang jika saya terpaksa menaiki teksi pada lewat malam, untuk pulang dari kerja.”
Kerana terlalu bimbang, Ling dan ibunya mencipta ‘sistem khas’ demi keselamatan. “Saya akan SMS nombor plat teksi dan lokasi saya kepada ibu dari semasa ke semasa. Jadi itulah permulaan sistem tracking kami di Grab, di mana ia tercetus dari pengalaman peribadi saya, dan turut dialami oleh ramai pengguna lain,” cerita Ling, 36 tahun.
Tan Hooi Ling merupakan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Grab Holdings Inc yang berpengkalan di Queenstown, Singapura. Syarikat ini pada awalnya bermula sebagai penyedia perkhidmatan teksi namun kini berkembang pesat, daripada perkhidmatan pembayaran digital kepada penghantaran makanan.
Foto: Bloomberg via Getty Images
PENGASAS GRAB
Dibesarkan di Petaling Jaya, minat Ling terhadap gadget dan suka membaiki barang mendorong beliau mendalami bidang kejuruteraan. Ling sewaktu kecil mengalami penyakit asma, jadi beliau sering melakukan aktiviti fizikal untuk kekal cergas. Ketika remaja, kecintaannya terhadap sukan badminton pernah membawa beliau ke peringkat negeri.
Ling terbang ke Britain untuk menuntut Ijazah Kejuruteraan Kimia, seterusnya meneruskan pengajian beliau dalam program Masters in Finance & Management. Pada waktu yang sama, beliau turut berkhidmat di sebuah firma konsultansi iaitu McKinsey & Company.
Sebaik pulang ke tanah air, Ling meneruskan kerjaya beliau di McKinsey Malaysia. Rezekinya baik, McKinsey sudi menaja Ling untuk menyambung pengajian di peringkat MBA di Harvard Business School, Amerika Syarikat.
Di sana, wanita ini bertemu Anthony Tan, yang merupakan cucu kepada mendiang Tan Sri Tan Yuet Foh, iaitu pengasas Tan Chong Motors yang masyhur.
Ling dan rakan niaganya, Anthony Tan
Didorong oleh semangat mahu menyelesaikan masalah keselamatan pengguna ketika menggunakan teksi di Malaysia, kedua-dua pelajar ini muncul dengan idea e-hailing ketika pertandingan Harvard’s Business School’s 2011 Business Plan. Pembentangan itu sukses dan akhirnya terpilih untuk dimajukan.
Pada Jun 2012, mereka melancarkan aplikasi MyTeksi di Malaysia dengan bantuan geran sebanyak US$25 ribu daripada Harvard Business School dan separuh lagi dari wang simpanan Anthony Tan.
Siapa sangka, bisnes aplikasi mobil itu kini merupakan bisnes decacorn (dibangunkan dengan nilai melebihi US$10 billion) pertama di Asia Tenggara!
Foto: GrabFoto: GrabFoto: Forbes
“Mereka pernah tanya, kenapa saya memulakan Grab dengan Anthony… sedangkan dia datang dari keluarga yang kaya-raya dan tak perlu pun bekerja,” cerita Ling dalam satu temu bual di Tech In Asia.
Ling mengakui, Anthony Tan sebaliknya merupakan orang paling kuat bekerja yang pernah beliau temui. Malah itulah yang menjadikan Grab berjaya sebagai platform yang menghubungkan jutaan pengguna hingga sekarang.
Meskipun pada kebanyakan masa Anthony Tan kelihatan jauh lebih menyerlah, namun Ling sebenarnya berperanan penting di sebalik tabir. Beliau memastikan keseluruhan operasi Grab di seluruh negara berjalan lancar dan sentiasa menginovasikan perniagaan lebih dari sekadar pengangkutan awam.
Faham-memahami dan saling menguatkan, begitulah prinsip yang dipegang oleh pasangan pengasas syarikat Grab yang kini dianggarkan bernilai US$14 billion. Syarikat Grab Holdings Inc kini telah berdiri kukuh di lapan buah negara dan 336 bandar raya sekitar Asia Tenggara.
Paling membanggakan, kedua-dua usahawan berjaya ini merupakan rakyat Malaysia dan mengharumkan nama negara. Banyak pencapaian dan pengiktirafan diterima di peringkat antarabangsa, sekaligus membuktikan keupayaan anak tempatan di mata dunia. Tan Hooi Ling juga antara salah seorang #nonasuperwoman hebat dalam bidang perniagaan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam-diam ubi berisi! Selama ini ramai yang mengenali Vie Shantie Khan sebagai usahawan muslimah menerusi jenama miliknya, VHijrah. Namun di sebalik kejayaannya mengembangkan empayar busana muslimah, mungkin ramai yang tidak mengetahui Vie Shantie juga seorang usahawan arang batu berjaya!
Lebih mengagumkan, dia sudah mengusahakan bisnes tersebut kira-kira 10 tahun yang lalu, ketika dia mengandungkan anak ketiga, Vie Zaalia yang kini sudah pun mencecah usia 9 tahun.
Terbaharu, ibu kepada empat cahaya mata ini melakar pencapaian luar biasa apabila berjaya mendapatkan kontrak perdagangan arang batu di antara Malaysia, Indonesia, Singapura dan China selama 15 tahun! Bukan calang-calang tu.
Kejayaan tersebut dikongsikan Vie Shantie di platform media sosialnya baru-baru ini. Tidak dinafikan, ramai golongan wanita terinspirasi dengan kemampuan usahawan ini dalam bidang perdagangan arang. Iyalah, bidang tersebut kebiasaannya dimonopoli kaum lelaki.
“History in the making. Praise to Allah SWT. 15 years contract in the trading of coal between Malaysia, Indonesia, Singapore and China is signed and sealed. Allahuakbar!”
Ternyata, segala kesenangan yang diraih Vie Shantie hari ini tidak datang bergolek. Dalam salah satu postingnya, dia pernah mendedahkan realiti ketika menceburi bidang berkenaan suatu ketika dulu.
“Sudah 3 hari berturut-turut mendengar ‘briefing’ Fundamental Coal Supply Chain dari TNBF for their coal cargo from pit up to the vessel. Tiba-tiba mata ni berhabuk pula teringat setiap pengorbanan yang tak mengira waktu untuk teruskan business ni di negara orang.
Memang nampak senang tapi hanya Allah saja yang tahu setiap keringat dan titik peluh menjalani setiap waktu bermusafir di tempat orang.
Semoga Allah SWT terus panjangkan usia, sihatkan tubuh badan ini, kuatkan semangat dan semoga Allah memberikan keberkahan dari rezeki ini demi membantu banyak orang yang memerlukan.
Ternyata di kehidupan ini, jika kita bantu permudahkan urusan orang, Allah SWT membalasnya dengan seribu kebaikan yang kita sendiri tidak terfikir dek akal bagaimana semua ini boleh menjadi satu kenyataan. SubhanAllah terima kasih ya Allah.”
Nona sememangnya kagum dengan usaha Vie Shantie bukan hanya dalam dunia fesyen muslimah bahkan bidang perusahaan seumpama ini.
Vie Shantie merupakan isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Vie Raissa. Terdahulu, Vie Shantie pernah berkahwin dengan aktor, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mempunyai tiga anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!