Ads

Kos Cecah RM250K, Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Kali Pertama Cat Rumah Lepas Hampir 10 Tahun Diami Rumah Agam!

Datuk Seri Aliff Syukri Cat Kediaman Agam, Kos Cecah Hampir RM250 Ribu!
Datuk Seri Aliff Syukri Cat Kediaman Agam, Kos Cecah Hampir RM250 Ribu!

Wah, nampaknya Raya tahun ini kediaman agam dan mewah milik Datuk Seri Aliff Syukri bakal ‘berwajah baharu’. Selepas hampir 10 tahun mendiami rumah berkenaan, ini kali pertama usahawan D’herbs tersebut ambil keputusan untuk mengecat keseluruhan bangunan kediaman miliknya.  

Artikel https://www.nona.my/wanita-yang-saya-kasihi-beauty-with-brain-bonda-rozita-puji-datin-seri-shahida-menantu-terbaik/

Datuk Seri Aliff Syukri Cat Rumah

Difahamkan kerja-kerja mengecat di mahligai indah Datuk Seri Aliff dan Datin Seri Shahida sudah pun bermula beberapa hari lepas. Menerusi perkongsian di media sosial, anak kepada Bonda Rozita Ibrahim ini menunjukkan perkarangan rumahnya yang sedang sibuk dengan proses mengecat.  

Malah, terdapat sebuah kren di hadapan rumah bagi memudahkan para pekerja mengecat.

Kos Cecah RM250K, Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Kali Pertama Cat Rumah Lepas Hampir 10 Tahun Diami Rumah Agam!Kos Cecah RM250K, Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Kali Pertama Cat Rumah Lepas Hampir 10 Tahun Diami Rumah Agam! Jelas Datuk Seri Aliff, “Saya nak cat rumah pun fikir 10 kali. Ramai tak percaya rumah saya ni hampir 10 tahun pindah dan ini adalah kali pertama saya cat rumah keseluruhannya. Ok sini papa cerita, mungkin ramai yang tak percaya. Kos nak cat spray rumah amatlah mahal hampir mencecah RM250k. 

Saya hampir tak percaya dengan yang agak mahal sebab tu pada tahun semua sebelum ni saya hanya cat sendiri saja tetapi saya tak mampu untuk cakap keseluruhannya. Saya hanya cat di bahagian bawah dan juga depan. Baru saya tahu sebenarnya kos duduk cat rumah bukan mudah seperti saya jangkakan. 

Ads

Alhamdulillah tahun ni saya ada rezeki lebih saya bayar contractor dan rumah ini akan dicat buat julung kalinya seluruh bangunan selepas 10 tahun.” 

Kediaman Agam & Mewah Datuk Seri Aliff Syukri

Kos Cecah RM250K, Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Kali Pertama Cat Rumah Lepas Hampir 10 Tahun Diami Rumah Agam! Kos Cecah RM250K, Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Kali Pertama Cat Rumah Lepas Hampir 10 Tahun Diami Rumah Agam! Kos Cecah RM250K, Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Kali Pertama Cat Rumah Lepas Hampir 10 Tahun Diami Rumah Agam!

Dalam pada itu, Datuk Seri Aliff Syukri turut berpesan kepada pemilik dan bakal pemilik kediaman supaya berfikir panjang untuk membina rumah supaya tidak mendatangkan beban kewangan satu hari nanti.  

“Kesimpulannya sebelum beli rumah kena fikir juga maintenance tahunan sebab nak maintenance harga rumah bukan murah. Terima kasih Allah dengan atas rezeki apa yang ada ini. Dulu saya berimpian untuk ada rumah besar seperti mahligai istana, tapi saya tak fikir panjang berkenaan kos yang perlu ditanggung pada masa akan datang.  

Ads

Saya bukan nak merungut, tetapi sebagai pedoman dan pengajaran untuk usahawan atau anak muda di luar sana supaya tidak salah percaturan seperti saya. Masa muda memang darah berkobar-kobar nak kehidupan mewah. Perlu fikir kos luar jangka, forecast maintenance yang perlu ditanggung. 

Kos Cecah RM250K, Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Kali Pertama Cat Rumah Lepas Hampir 10 Tahun Diami Rumah Agam! Kos Cecah RM250K, Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Kali Pertama Cat Rumah Lepas Hampir 10 Tahun Diami Rumah Agam! Kos Cecah RM250K, Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Kali Pertama Cat Rumah Lepas Hampir 10 Tahun Diami Rumah Agam!

Ads

Dengar memang macam mewah, tetapi hanya yang berhadapan tahu. Besar periuk besarlah kawahnya. Tetapi saya bersyukur diberikan rezeki untuk terus menampung kos maintenance rumah saya.” 

Datuk Aliff Syukri cukup dikenali sebagai usahawan yang rajin berniaga tidak kira masa dan kreatif memasarkan produk keluarannya. Malah, Datin Seri Shahida juga aktif membantu empayar perniagaan suami terutama di media sosial. 

Tidak ketinggalan, anak-anak mereka turut mewarisi bakat berniaga bapa tersayang dan tidak kekok menjual barang.  

Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida mempunyai enam orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudhah Arshiyah dan Luqman Al Hakim.  

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Reset Usus & Reset Tenaga, Semak Tip Puasa Tanpa Drama Perut...

Reset usus dan reset tenaga menjelang Ramadan, ramai yang berazam mahu jadikan bulan puasa ini sebagai fasa detoks semula jadi.