Rambut sering menjadi penanda aras kesihatan tubuh seseorang. Jika dilanda stres, rambut mudah putus, jika kurang protein dalam badan, rambut mudah gugur dan jika sedang mengalami ketidakstabilan hormon, boleh mengganggu pertumbuhan rambut baru.
Atasi masalah rambut dengan menggunakan sumber semula jadi. Minyak Argan adalah solusi tepat untuk penjagaan rambut dengan sempurna.
Minyak Argan tercetus daripada pokok Maroko yang kaya akan vitamin, mineral, dan berbagai-bagai nutrisi. Minyak Argan terhasil daripada biji atau buah Argan. Kacang Argan ini dikumpul dan kemudian dihancurkan untuk mengekstrak minyaknya. Minyak semula jadi ini bebas bahan kimia dan telah digunakan sebagai suplemen makanan, pelembap dan terutama sebagai suplemen rambut kerana kesan yang efektif.
Minyak Argan memang terkenal merawat rambut dengan berkesan kerana kaya dengan vitamin A dan E. Vitamin E yang menghasilkan trocopherol dan antioksidan dalam minyak Argan ini merangsang penghasilan sel yang diperlukan oleh folikel rambut. Bukan itu sahaja malah memelihara akar rambut dan merangsang pertumbuhan sel rambut yang baru.
Aplikasi minyak ini pada kulit kepala boleh memelihara keratin rambut kerana minyak dapat menembusi ke folikel rambut bagi meningkatkan pertumbuhan rambut baru, memelihara tekstur rambut dan menambahkan sinar pada rambut.
Menitiskan minyak Argan secara teratur pada rambut boleh membantu mengelakkan rambut daripada menghadapi masalah keguguran, kerinting, berbelah di hujung, kelemumur dan kering. minyak Argan tidak mempunyai kesan sampingan kerana bekerja sebagai suplemen yang memberikan nutrisi lengkap kepada rambut.
Ads
(a) Syampu Minyak Argan
Syampu biasa yang dipakai tidak dapat membantu mengatasi maslah seperti rambut gugur, putus dan terbelah di hujung. Sudah tiba masanya mencuba syampu yang diperkaya dengan minyak Argan. Syampu ini boleh digunakan oleh semua jenis rambut.
Apabila menggunakan syampu yang mengandungi minyak Argan, anda tidak perlu risau tentang jumlah minyak yang melekat di kulit kepala kerana jumlahnya begitu sempurna untuk kesihatan rambut.
(b) Perlindungan Rambut
Ads
Kuasa minyak Argan begitu besar buat rambut. Minyak Argan juga boleh melindungi rambut daripada sinar UV yang berbahaya agar rambut berkilau dan menambah lapisan perlindungan rambut.
Sapukan pada rambut sebelum menggunakan produk styling seperti pengering rambut dan alat pengeriting rambut agar dapat menahan panas untuk masuk ke dalam akar rambut dan mencegah gangguan kerosakan.
(c) Menggalakkan Pertumbuhan Rambut
Ads
Minyak Argan bukan sahaja membantu mengatasi rambut gugur malah boleh merangsang pertumbuhan rambut baru. Ia juga kaya dengan antioksidan, Omega-6 dan asid linoleic. Kajian menunjukkan bahawa apabila digunakan pada kulit, ia memudahkan proses keradangan dengan melembapkan kulit kepala.
(d) Menguatkan Rambut
Minyak Argan kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9. Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.
(e) Melembutkan Tekstur Rambut
Minyak Argan berupaya mencegah dan menyihatkan rambut dan sudah tentu rambut akan memiliki tekstur yang kuat dan cantik. Kandungan asid lemak dan omega 6, yang terdapat dalam minyak Argan berkuasa melembapkan rambut. Kandungan yang terdapat pada minyak Argan juga akan menjangkau bahagian keratin pada rambut sehingga membuat warna rambut lebih indah. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular di media sosial dengan imej memakai selendang ala turban selepas pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini, imej pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha nyata mencuri tumpuan ramai walaupun dirinya menafikan sudah berhijab sepenuhnya.
Jelas Daiyan atau nama penuhnyaDaiyan Trisha Mohd. Nasaruddin memaklumkan imej ‘menutup sebahagian rambut’ yang digayakan bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan selain baru pulang daripada mengerjakan umrah.
Ujar selebriti berusia 29 tahun itu lagi, dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila tiba waktunya nanti.
Enggan menjanjikan apa-apa dalam masa terdekat kerana takut gagal jika berubah dalam keadaan tergesa-gesa, Daiyan Trisha akui setiap individu mengharungi ujian yang berbeza untuk ke arah kebaikan. Walau bagaimanapun, Daiyan menetapkan matlamat baru dalam dirinya untuk menjadi yang lebih baik.
“Saya mohon orang ramai doakan supaya saya terus istiqamah. Ia agak berbeza pada setiap individu. Perjalanan hidup saya nak jadi seorang muslimah yang sempurna pun jauh lagi,” jelas pelakon siri tv High Council itu.
Menyentuh hal perniagaan yang diusahakan oleh pelantun lagu ‘Penat’ itu, dia memaklumkan bahawa ini merupakan salah satu inisiatif untuk dirinya istiqamah. Malah Daiyan juga memaklumkan akan cuba untuk tidak mengambil peragaan jenama antarabangsa yang terlalu seksi.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya Janna Nick di majlis perkahwinannya baru-baru ini. Diam-diam, selamat bernikah dan bergelar isteri kepada pelakon kacak, Dini Schatzmann. Sama cantik dan sama padan pasangan mempelai!
Ternyata naik seri wajah pelantun lagu Gatal tersebut saat diijab kabul. Apatah lagi, Janna Nick tampil anggun bertudung litup. Sejuk mata memandang. Lebih-lebih lagi dengan solekan trendy ‘glass skin’.
Walau ramai yang biasa melihat Janna dengan solekan tebal ketika berlakon dan mengacara, tetapi mekap aktres ini pada hari persandingan tetap memukau perhatian dan kelihatan berbeza.
Tidak keterlaluan dalam solekan namun pesona pengantin ini cukup terserlah. Nampak natural beauty dan macam tak bermekap!
Rupa-rupanya, solekan Janna pada 10 Jun lalu ditata rias makeup artist (MUA) ternama antarabangsa iaitu Babara Beer! Jurusolek Thailand berkenaan memang terkenal dengan teknik solekan berkonsepkan ‘glass skin’!
Malah Babara juga pernah menyolek puteri diraja Johor iaitu Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah.
Babara dalam pada itu turut memuat naik tutorial mekap Janna ketika upacara ijab kabul dan bersanding. Hasilnya, level international!
Teruja dan gembira dengan sentuhan magis Babara, Janna menzahirkan ucapan terima kasih kepada MUA popular berkenaan.
“Thank you so much for your touch Babara. Truly amazing. I’m beyond than happy to have you on my big day. Till next time.”
Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, sah bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner.
Ramai mungkin tidak sedar yang mereka alah terhadap pewangi. Disebabkan fakta ini, maka semakin banyak jenama terkenal yang mengeluarkan produk tanpa pewangi kerana sesetengahnya sensitif pada kulit.
Pakar dermatologi kosmetik mengatakan bahawa punca utama alahan pada kulit adalah kerana PRODUK KOSMETIK ITU SENDIRI.
Bayangkan lebih 5,000 sebatian pewangi sintetik digunakan di dalam industri kecantikan dan kebanyakannya adalah BAHAN AKTIF yang bertujuan mengawal pigmentasi dan minyak wajah.
Disebabkan itu anda digalakkan untuk menukar produk penjagaan kulit yang tidak berasaskan pewangi bagi mengatasi keradangan.
Tiada Fungsi
Pewangi biasanya dicampur ke dalam produk kecantikan untuk menutup bau semula jadi yang kurang menyenangkan.
Walaupun ia memberi kepuasan kepada deria bau, tapi sebenarnya pewangi tersebut langsung tidak berfungsi.
Pewangi boleh menyebabkan keradangan kulit, alahan, gatal-gatal dan bengkak pada wajah.
Langkah Mengatasi
Periksa label dan senarai bahan yang digunakan.
Walaupun produk tidak berbau, tapi ia masih mungkin mengandungi pewangi jika terdapat perkataan ‘parfum’ dalam senarai.
Pewangi yang organik belum tentu baik untuk kulit. Lebih elakkan produk yang mengandunginya.
Sebelum memilih sesuatu produk penjagaan kulit, lebih baik bertanya kepada pakar bagi mendapatkan keserasian dan mengelakkan masalah kulit sensitif. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.