Versace  merupakan sebuah jenama ikonik yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Kematian mengejut Gianni Versace akibat dibunuh pada tahun 1997 menjadikan rumah fesyen ini sedikit goyah. Namun ia diselamatkan oleh adiknya iaitu Donatella Versace yang berusaha sedaya upaya menjaga nama rumah fesyen popular ini.

IKLAN

Ketika persembahan koleksi spring 2018 jenama ini, Donatella mencipta sebuah fenomena apabila menampilkan finale bersama lima model kesayangan mendiang abangnya iaitu Naomi Campbell, Helena Christensen, Carla Bruni, Cindy Crawford dan Claudia Schiffer. It was the talk of the entire fashion week.

Kuasa Supermodel Untuk Kempen Versace. Naomi Campbell, Christy Turlington, Kaia Gerber, Gisele Bundchen dan Gigi Hadid.

Dari persembahan fesyen ini hanya Naomi sahaja yang membintangi kempen terbaru spring 2018 jenama ini dan antara model senior lain yang terlibat seperti Gisele Bundchen,Christy Turlington, Natalia Vadianova, Irina Shayk dan Raquel Zimmerman. Melengkapkan senarai ini adalah model instafamous seperti Gigi Hadid, Cara Taylor, Grace Elizabeth dan bintang fesyen muda terbaru Kaia Gerber yang berusia 16 tahun.

IKLAN
Kuasa Supermodel Untuk Kempen Versace. Naomi Campbell, Christy Turlington, Kaia Gerber, Gisele Bundchen dan Gigi Hadid.
Penataan Gaya Berhijab Versace Untuk Christy Turlington Ini Dilihat Sebagai Satu Langkah Bijak Memberi Penghormatan Kepada Cara Pemakaian Wanita Yang Lebih Meluas.

Kempen fesyen yang dibidik oleh jurufoto terkenal Seven Meisel ini menampilkan rekaan busana yang diselarikan dengan corak-corak ikonik Versace rekaan mendiang Gianni.

IKLAN

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI