11 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Apatah lagi, dengan jarak usia mereka yang sangat jauh iaitu beza 12 tahun bukan halangan untuk mengecap kebahagiaan bersama.
Ketika sah bergelar suami isteri, Norman Hakim berusia 35 tahun manakala Memey Suhaiza berusia 23 tahun. Sudah pasti banyak fasa susah senang, jatuh bangun telah dilalui bersama sebelum masing-masing mencapai fasa kematangan sebagai suami isteri.
Untuk info, Memey dan Norman bernikah pada 24 September 2011 di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey, manakala yang kedua bagi Norman.
MAKIN BAHAGIA, ROMANTIK! Sejak dulu sampai sekarang suka sangat tengok Memey dan Norman. Makin sweet dan bahagia! Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata yang sangat comel serta bijak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Memetik kata-kata Memey di Instagram yang dikongsi pada 24 September 2022, ketika genapnya usia perkahwinan mereka yang ke-11 tahun Memey meluahkan rasa syukur dan berharap agar Allah SWT terus menyatukan hati mereka bersama rasa cinta dan kasih.
“Alhamdulillah.. Syukur banyak-banyak. Semoga Allah terus satukan hati bersama dengan rasa cinta dan kasih.”
Pada hari yang sama, Norman turut berkongsi kata-kata bermakna buat isteri tersayangnya itu di Instagram:
Ads
“Terima kasih Ya Khaliq untuk ‘pelayaran bahtera’ rumahtangga kami untuk tahun yang ke-11, tahun Masihi pada hari ini.
“Alhamdulillah syukur untuk limpahan rahmat dan kasih sayang Mu Ya Rahim. Permudahkanlah urusan ibadah, zakat, jariah dan rezeki kami dalam mengejar Jannatul Firdausi Mu. Hijabkanlah kami di dalam lindungan dan rahmat Mu Ya Muhaymin.
“Terima kasih makmumku, isteriku untuk segala pengorbanan dan kesetiaan. Ampun maaf di atas khilaf sepanjang memimpin dan membimbingmu dalam perjalanan menuju ke pengakhiran yang abadi.
“Ku mohon bantuan kerajaan Mu Ya Malik Ul Mulk di dalam menyusuri perjalanan duniawi yang penuh dengan muslihat ini.
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahan-Kuperasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipeliharadengan pengawasan-Ku” – Surah Taha ayat 39
KEKAL ISTIQAMAH & JADI YANG LEBIH BAIK
Ads
“Salah satu cara untuk kita sayang diri kita adalah dengan MENGHARGAI diri kita sendiri. Berterima kasih juga dengan diri sendiri kerana menjadi kuat,menjadi orang terbaik yang kita inginkan, menjadi orang bahagia yang kita mahukan, menjadi orang yang terus berjuang. Adakalanya perlu bekorban menjadi orang yang sabar walau kadang kita tak mampu. Menjadi orang yang ingin terus belajar tentang banyak perkara.
“Itulah KITA… Diri KITA.
“Wahai pemilik jiwa, terima kasih untuk segalanya. Semoga kita sama-sama terus kuat dan istiqamah menjadi manusia yang lebih baik dari sehari ke sehari.”
Semoga Memey dan Norman kekal bahagia bersama sampai syurga. Semoga Memey juga sukses sebagai seorang usahawan selebriti. Begitu juga Norman, kekal sukses dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
Untuk info, menerusi perkahwinan terdahulu antara Norman dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Kredit Foto: Instagram Memey Suhaiza & Norman Hakim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama dua orang penyanyi popular berasal daripada Indonesia iaitu Datuk Rossa dan Anggun sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Masing-masing mempunyai peminat yang tersendiri dan bakat luar biasa sebagai seorang penyanyi. Malahan, Anggun sendiri mengembangkan kerjayanya sehingga ke peringkat international apabila menjadi juri tetap untuk sebuah program popular antarabangsa Asia’s Got Talent.
Dalam perkembagan terbaharu, dua penyanyi hebat ini begabung suara mendedangkan lagu The Good Is Back secara eksklusif dalam sebuah majlis. Kolaborasi dua wanita ini ternyata menjadi dan mendapat pujian ramai. Datuk Rossa sendiri berasa betuah kerana dapat menyanyikan lagu yang dimuatkan dalam album Anggun berjudul 8, bersama idolanya itu.
“Lagu The Good Is Back adalah lagu duet terbaru daripada kami berdua dan inilah kali pertama saya berduet dengan penyanyi wanita solo sepanjang karier nyanyian. Saya menyanyi dengan penyanyi terbaik Indonesia dan berasa sangat beruntung!’, tulis Datuk Rossa di laman instagramnya.
Lagu nyanyian mereka berdua ini berkisahkan tentang kekuatan seorang wanita untuk melangkah keluar daripada sebuah hubungan yang buruk. Mungkin ada masanya kita tidak yakin dengan diri sendiri kerana sering sahaja mendengar kata-kata negatif daripada orang lain, tapi sebenarnya kita harus bangkit untuk kebaikan diri sendiri dahulu sebelum memikirkan orang lain.
Menariknya tentang lagu ini lagi, untuk peminat di Malaysia Anggun memilih pelakon cantik Malaysia, Nur Fazura sebagai rakan duetnya untuk menyanyikan lagu ini.
“Lagu ini untuk mengingatkan perempuan yang tidak sedar bahawa mereka dalam hubungan yang buruk dan kita harus berani meninggalkan dan melangkah jauh kehadapan untuk tinggalkan yang buruk dalam hidup dan digantikan dengan perkara yang baik”, kongsi Anggun pula di laman instagram.
Betul juga apa yang Anggun dan Datuk Rossa katakan, Jangan pernah rasa takut dan lemah hanya kerana kita seorang perempuan. Perempuan pun ada maruah sendiri untuk dijaga dan adakalanya kita akan berasa lebih baik tanpa seseorang itu. Tidak perlu takut berasa sunyi apabila meninggalkan seseorang yang tidak memberi sebarang kebaikan dalam hidup. Lagipun, untuk apa berada dalam hubungan yang tidak menjanjikan kebahagian. Jadi, untuk anda yang rasa susah sangat nak move on, boleh la dengar lagu The Good Is Back ni.
sumber: instagram Anggun & Rossa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan adik beradik yang sama-sama cantik, Zaskia Sungkar dan Shireen Sungkar bukan hanya bergelar pelakon bahkan mereka pernah menubuhkan kumpulan vokal ‘The Sisters’ yang cukup popular suatu ketika dulu.
Biarpun kini masing-masing sudah berhijrah dan mengurangkan aktiviti hiburan, kedua-duanya masih aktif di media sosial seperti Youtube dan Instagram.
Disebabkan hubungan mereka sangat rapat, Zaskia menganggap Shireen lebih daripada seorang kakak. Apabila memerlukan sokongan, Shireen sentiasa ada.
Berikut beberapa foto keakraban Zaskia dan Shireen sebagai adik beradik.
KECIL-KECIL LAGI DAH CANTIK
Ini adalah gambar lama Zaskia dan Shireen semasa mereka berusia dua tahun. Ternyata, mereka ini kecil-kecil lagi dah cantik. Anak kepada Fenny Beauty dan Mark Sungkar ini sangat rapat antara satu sama lain.
SERING KONGSI DETIK BAHAGIA
Jarak umur yang tidak terlalu jauh membuatkan adik-beradik ini sentiasa akrab.s Zaskia dan Shireen sering berkongsi detik-detik kegembiraan mereka di media sosial Instagram masing-masing.
Seperti gambar ini, mereka berdua kelihatan saling bercerita sambil menghabiskan masa bersama walaupun selepas berkahwin.
MACAM KEMBAR!
Seperti adik beradik, ada persamaan antara Zaskia dan Shireen. Kedua-dua selebriti ini kelihatan begitu cantik dan anggun berhijab. Malah wajah mereka kelihatan sangat mirip seperti kembar.
BAHAGIA DENGAN PASANGAN
Walaupun mempunyai kehidupan keluarga masing-masing, ia tidak menjadikan Zaskia dan Shireen berjauhan. Sebaliknya, hubungan mereka menjadi semakin rapat.
SENTIASA ADA & SALING MENYOKONG
Zaskia dan Shireen terkenal sebagai selebriti yang sentiasa menjaga hubungan dengan baik.
Kedua-duanya sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain. Mereka sama-sama menggalakkan antara satu sama lain untuk belajar agama.
BERSAHABAT DENGAN LAUDYA CYNTIA BELLA
Zaskia dan Shireen juga bersahabat baik dengan selebriti jelita, Laudya Cynthia Bella.
Mereka sering muncul bersama sehingga ramai yang mengatakan mereka bertiga seperti adik beradik, sama-sama cantik.
Kredit Foto:Instagram Shireen Sungkar & Zaskia Sungkar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi wanita usahawan yang berjaya bukan suatu perkara mudah lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga. Namun, siapa kata ada anak yang kecil, wanita tidak boleh menguruskan perniagaan.
Kelebihan menguruskan perniagaan sendiri adalah melihat anak membesar di depan mata. Namun, dalam pada sibuk merencana langkah pemasaran tiba-tiba baru teringat anak-anak masih kecil dan perlukan penjagaan daripada kita sebagai ibu.
Foto: Instagram @mila_jirin
Siapa kata ada anak kecil tak boleh berjaya. Usahawan berjaya dan bertaraf jutawan, Mila Jirin telah berjaya membuktikan bahawa anak-anak bukan alasan untuk wanita terus kekal maju. Tip yang telah disediakan oleh Mila Jirin buat ibu-ibu yang sibuk uruskan perniagaan sambil menjaga anak kecil.
1. TIME TABLE Part ni, kita kena tengok pola masa anak kita, jam berapa anak kita tidur, jam berapa aktif bermain. Dari situ kita boleh plan time table kerja kita. Time table saya bermula lepas Subuh, memang tu perfect time untuk saya sebab Arif lena diulit mimpi.
2. TO-DO LIST
Penting untuk buat to-do list supaya segala apa yang perlu kita siapkan, kita dapat siapkan. Macam saya, setiap malam before tidur, saya akan semak pending To-Do List dan setkan new to-do list di telefon bimbit saya
3. ALTERNATE MASA REHAT DENGAN PASANGAN
Bincang dengan pasangan untuk alternate off day masing-masing. Masa-masa macam ni kita kena ambil peluang untuk uruskan hal-hal yang penting atau yang memerlukan untuk kita keluar meeting dan sebagainya
4. SET TEAM PENGGERAK
Nak berjaya tak boleh nak jadi ONE-MAN SHOW semua benda kita nak buat, memang akan collapse. Sebaiknya, boleh hire team based on project/outsource untuk diversify the task, lebih efficient.
5. REHAT SECUKUPNYA
Ibu-ibu yang sibuk uruskan anak dan perniagaan terkadang tak dapat rehat secukupnya. Bekerja mengikut kemampuan kita, jangan paksa diri sehingga kesihatan pulak terjejas. Kena selalu ingatkan diri, kena setkan alarm pada diri untuk berehat. Berehat bukan hanya tidur, tetapi bermain main dengan anak pun rehat juga, merehatkan minda dan hilangkan tekanan. Betul tak mommy?
“Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mommy yang sibuk berniaga sambil uruskan anak. Moga dengan perancangan masa yang betul dapat kita bahagikan masa sebaiknya agar kita tidak terlepas momen-momen penting melihat pembesaran anak kita sambil kita memperkembangkan perniagaan kita,” kata Mila Jirin.
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.