Baru terima menantu, semalam diceraikan. Ikatan rumah tangga penyanyi terkenal pada era 1980-an dan 1990-an, Datuk Amir Amzah Salleh atau dikenali sebagai ND Lala yang terbina selama 34 tahun dengan isteri, Datin Fauziah Sarman akhirnya terlerai.
Berita duka itu dikongsikan Fauziah menerusi hantaran di laman Instagramnya. Ibu kepada penyanyi Shila Amzah dan Syada Amzah itu mendedahkan ND Lala telah melafazkan cerai kali pertama pada 2 Ogos lalu manakala kali kedua pada 8 Ogos.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-NYA dan kekuatan kasih sayang ALLAH, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.
“Alhamdullilah, ALLAH telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-ALLAH,” tulisnya.
Ibu kepada empat cahaya mata itu menjelaskan pendedahan status berkenaan untuk mengelakkan sebarang fitnah.
Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
Dalam pada itu, Fauziah memohon warganet mendoakan agar dirinya kuat untuk meneruskan kehidupan. “Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun2 hidup dalam penipuan.”
Ads
Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an yang dikhabarkan bernikah lagi bersama wanita muda.
Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung berkaitan isu terbabit.
Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah berkahwin pada tahun 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Dan baru-baru ini, Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang sabtu lepas.
Ads
NONA mendoakan semoga keluarga ini diberikan kekuatan menempug dugaan ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuala Lumpur dulu dan sekarang, amat jauh bezanya.
Penghuni Kuala Lumpur tentu teruja dengan suasana malam di sekitar Sungai Klang, sejak lokasi di tengah ibu kota ini disiram cahaya berwarna biru dengan iringan muzik dan pancutan air.
Dalam lawatan Nona di kawasan pertembungan dua sungai utama di Kuala Lumpur tersebut, atmosfera yang dihiasi kolam biru bersimfoni, iaitu pembinaan air pancut berlatarbelakangkan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad berserta sinaran lampu LED dan alunan muzik terasa cukup menakjubkan.
Projek ini adalah tarikan baharu di kawasan pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Klang menerusi Projek Kolam Biru yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kolam Biru adalah pelengkap kepada Projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life atau RoL) iaitu pengindahan sungai di kawasan Presint 7, yang dikelilingi monumen bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Pasar Seni.
Menerusi Projek Kolam Biru, pancaran lampu berwarna biru dipasang pada tebing Sungai Klang manakala pancuran air pula seolah-olah keluar daripada lampu terbabit.
Sebanyak 2056 lampu LED dipasang di sepanjang 263 meter Sungai Gombak serta 245 meter Sungai Klang yang terbabit dalam perlaksanaan Projek Kolam Biru itu.
Manakala sebanyak 1,047 nozel yang mampu memancutkan air sehingga 15 meter serta 1,551 nozel kabus turut diletakkan di sepanjang tebing sungai berkenaan menggunakan tiga sumber air.
So sempena cuti panjang ni, warga kota yang tak ke mana-mana mungkin boleh singgah ke lokasi ini untuk menikmati pemandangan menarik.
Bangga jadi anak Malaysia. Selamat Hari Kemerdekaan Ke-60, Nonarians!Norzalina Mohd Alias
Kredit: Foto EKOVEST
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya sudah diketahui umum seorang yang cukup merendah diri, mudah didekati dan sangat dihormati. Sikap dan keperibadian baginda sememangnya menjadi perhatian rakyat.
Malah baru-baru ini, tindakan Tengku Hassanal ketika di Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam ke-40 mencuri perhatian warga maya.
Ketika Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam ke-40, secara tidak sengaja seorang penerima iaitu Leftenan Muda Sarah Monika Mohd Roni Sow Abdullah kelihatan gagal menyambut skrol yang diserahkan Tengku Hassanal.
Siapa menyangka, reaksi spontan Tengku Hassanal yang tunduk dan mengambil sendiri skrol yang jatuh membuat ramai pihak kagum. Dalam pada itu, Sarah Monika berkata dia mengakui bersalah tidak dapat mengambil sendiri skrol berkenaan dan terpaksa mengikut protokol majlis.
“Saya sangat gementar naik ke pentas ketika itu sehingga orang terdekat pun menyedarinya. Bagaimanapun, saya gagahkan diri juga naik dan lain pula jadinya apabila skrol diserahkan Tengku Hassanal terlepas daripada genggaman tangan saya.”
Meninjau di ruangan komen rata-rata kagum melihat cara baginda yang sangat merendah diri.
Sumber: Majalah KELUARGA | Kredit foto: Instagram (@this.7)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali menatap berita buang bayi seperti sampah, dilempar ke dalam sungai dan diratah ulat daging, hati Nona bagai dihiris-hiris. Betapa tergamaknya mereka… Ya Tuhan!
Tak dapat digambarkan betapa sakitnya hati ini apabila mendapat tahu tentang penemuan bayi yang dibuang. Bagi si pelakunya, nyawa anak seakan tidak berharga sedangkan dalam waktu yang sama, banyak pasangan lain yang mengharapkan tangisan seorang anak.
Menyedari seorang bayi diselamatkan bermakna sebuah kehidupan terjamin, Yayasan OrphanCare bangkit dengan inisiatif membantu komuniti yang terdesak mencari jalan keluar.
Penubuhan Baby Hatch, suatu masa dulu pernah diselar kerana dianggap menggalakkan maksiat. Namun lama-kelamaan, masyarakat mula membuka mata akan betapa pentingnya pusat ini untuk melindungi dan membela nasib bayi tak berdosa.
Lokasi Baru
Mengumumkan perubahan lokasi baru pusat OrphanCare dari Kampung Tunku ke Bukit Gasing, Petaling Jaya, ruang Baby Hatch di sini menjanjikan pelbagai kemudahan kondusif seperti ruang pendingin hawa, bantal dan tilam bayi, pencahayaan, kamera litar tertutup serta sensor pengesan berat bayi. Terdapat juga penggera khas untuk memaklumkan penjaga apabila seseorang bayi dimasukkan ke dalamnya.
“Kami sedar bahawa kaedah ini hanya sebahagian solusi untuk membendung gejala pembuangan bayi yang menular. Pihak OrphanCare akan terus memberi ceramah tentang kesihatan reproduktif kepada para pelajar dan ibu bapa di seluruh Malaysia serta menekankan tentang pentingnya memikul tanggungjawab terhadap salah laku mereka,” ujar Pengerusi Yayasan OrphanCare, Tan Sri Faizah Tahir.
Dengan perubahan lokasi yang lebih strategik dan selesa ini, diharapkan agar lebih banyak nyawa bayi dapat diselamatkan dan diserahkan kepada keluarga angkat yang penyayang.
Sehingga kini, sebanyak 272 bayi telah diselamatkan dengan 172 daripadanya telah diserahkan kepada ibu bapa angkat. Bakinya sebanyak 100 telah dikembalikan kepada ibu kandung masing-masing melalui sesi kaunseling, dimana pihak OrphanCare berusaha menekankan pentingnya hubungan ibu-anak.
Lokasi Yayasan OrphanCare kini terletak di 54, Jalan 5/60 Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor. Ia juga beroperasi di dua buah lokasi lagi di Sungai Petani, Kedah dan Johor Bahru. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.