“Setelah 37 tahun berniaga, kini cabarannya adalah melatih dan menurunkan legasi kepada generasi kedua, anak-anak dan kakitangan saya.” Harapan Iron Lady itu, sampai sekarang masih basah di ingatan Nona.
Terbayang keramahan Datuk Wira Dr. Maznah Hamid menyapa setiap orang yang mendekati dirinya. Sambil tersenyum, wanita kelahiran Jerlun, Kedah itu pasti memuji apa saja yang terlintas serta menarik perhatian mata.
Aura positif beliau bagaikan magnet yang ‘menarik’ ramai orang, khasnya golongan usahawan wanita yang menjadikan dirinya sebagai idola.
Ads
Sayangnya hari ini, senyuman itu lesu. Sepotong mesej ringkas daripada anak sulung beliau, Datin Nur Sharmila membuatkan awan yang sedia mendung, bertambah lara.
Dear, sorry to disturb you. My mom had 2 blockages on her valves, this morning she went through open heart operation from 8.30am till 2pm. Operation was ok at first.. after she was transffered to ICU suddenly she had severe internal bleeding. They had to turn the ICU room into operating theatre and open her heart back to find the source of bleeding and to stop the bleeding.
The 2nd procedure just finished but she is still in danger zone. Doctors are leaving her chest open at the moment (maybe for 24 to 48hrs) since the bleeding has not stopped – and just in case they have to open back her chest. She is still in critical condition. Appreciate if you can help doa for her. Thanks.
Ads
Allahu, terkejutnya bila dimaklumkan beliau kini berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam.
Menurut sumber, Datuk Wira Dr. Maznah sebenarnya sudah tiga minggu berada di Institut Jantung Negara (IJN) mengikut scheduled surgery yang sepatutnya.
Namun selepas pembedahan pertama yang mengambil masa hampir enam jam itu selesai, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce tersebut terpaksa dikejarkan ke ICU kerana tiba-tiba berlaku pendarahan dalaman.
Pasukan perubatan terpaksa melakukan pembedahan kedua bagi menghentikan pendarahan dalaman itu. Buat masa ini, beliau dilaporkan masih lagi dalam keadaan kritikal.
Sama-samalah kita doakan semoga kesihatan Datuk Wira Dr. Maznah kembali pulih seperti sedia kala. Syafakillah.Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat melawat dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuantan.
Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Hadir sama Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Sabariah Saidan, Ketua Polis Pahang Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Dato’ Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin.
Tiga PPS tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan Beserah, Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung dan Sekolah Kebangsaan Pelindung, Kuantan.
Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir. Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban yang ditanggung.
Seramai 226 orang daripada 50 keluarga telah dipindahkan di PPS SK Beserah, 201 orang daripada 50 keluarga di PPS SMK Pelindung dan 65 orang daripada 15 keluarga di PPS SK Pelindung.
Seri Paduka Baginda turut berkenan bertitah kepada semua rakyat khususnya penduduk Pantai Timur supaya berwaspada dan sentiasa memastikan keselamatan anak-anak terutamanya ketika musim tengkujuh.
Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar mangsa banjir yang ditempatkan di semua PPS bersabar dan menasihati mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan di PPS.
Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.
Sumber: Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mahukan perjalanan karier yang stabil dan terjamin dengan pelbagai manfaat seperti pencen dan lain-lain. Jika dahulu kita dimomokkan dengan anggapan berkhidmat di institusi kerajaan lebih selamat, kini tidak lagi. Zaman sudah berubah, begitu juga persepsi masyarakat masa kini di mana sesiapa saja boleh berjaya asalkan konsisten dalam usaha diiringi doa dan tawakal. Begitulah jua dengan personaliti muda yang NONA cukup kagumi ini. Berkhidmat selama 7 tahun di Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai pegawai farmasi, akhirya Miss Adibah akur dengan takdir yang tertulis untuknya.
BIGGER PURPOSE
“Saya sememangnya punya minat mendalam terhadap bidang kosmetik semenjak di bangku sekolah lagi. Antara faktor penyumbang adalah pengalaman saya berhadapan dengan kulit berjerawat yang teruk. Pengalaman ini yang membuatkan saya aktif mengkaji produk kosmetik yang bersesuaian dengan masalah kulit dan akhirnya mendorong saya meneroka bidang kosmetik ini,” ujar Miss Adibah atau nama penuhnya Adibah Binti Mazlan membuka bicara.
Membuat keputusan sama ada kekal dengan kerjaya sekarang mahupun memburu impian demi minatnya dalam bidang kosmetik diakui cukup sukar bagi dirinya. “Saya menghabiskan masa selama 14 tahun untuk membina kerjaya saya sebagai seorang farmasi bermula dengan dua tahun Asasi Sains, empat tahun Sarjana Muda Farmasi, setahun sebagai Provisional Registered Pharmacist dan lima tahun berkhidmat sebagai ahli farmasi berdaftar. Terlalu banyak pengorbanan dan keringat telah di curahkan sepanjang perjalanan ini. Tambahan pula, menjadi seorang pegawai farmasi yang bekerja di fasiliti kesihatan adalah kerjaya idaman ibubapa saya untuk saya.”
Namun siapa dia untuk melawan takdir yang tertulis untuknya. Jelas Miss Adibah, “Saya percaya saya mempunyai “Bigger Purpose” di dalam kehidupan ini. Saya melihat skop yang lebih meluas bagaimana saya boleh melebarkan manfaat dan kelebihan saya sebagai seorang ahli farmasi. Saya percaya boleh membantu lebih ramai orang di luar sana dengan kepakaran saya ini.
Sebagai seorang ahli farmasi, saya tahu cara untuk membina formulasi kosmetik yang berkesan, selamat dan berkualiti. Bayangkan berapa ramai orang di luar sana yang sudah lama mempunyai masalah kulit tanpa menjumpai jalan penyelesaian melalui produk yang betul, maka dari situ bermulalah tanggungjawab saya untuk membantu mereka.
Menariknya, kepakaran dan ilmu pengetahuan saya sebagai ahli farmasi tidak terhad kepada pelanggan atau pesakit yang hanya berjumpa saya di dalam hospital, klinik atau pun farmasi sahaja. Mereka juga boleh mendapatkan manfaat-manfaat ini melalui produk-produk jenama The Raw. yang saya usahakan, sekaligus skop kepakaran saya akan lebih meluas,” jelas Miss Adibah yang merupakan pemegang Sarjana Dalam Pentadbiran & Perniagaan dari University of Wales Trinity Saint David, United Kingdom. Selain itu, Adibah juga turut menamatkan pengajian Foundation Study of Medical di Centre for Foundation Studies, International Islamic University of Malaysia (IIUM), PJ Campus serta memiliki Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari IIUM.
TERCIPTANYA SATU LEGASI
Apa agaknya keistimewaan produk anda berbanding produk sedia ada, soal penulis? “Inspirasi mengusahakan produk ini bermula pada tahun 2019 selepas saya mendapati pasaran kosmetik tempatan di Malaysia mempunyai jurang yang sangat besar dari segi keselamatan dan kualiti produk. Pada ketika itu, terlalu banyak produk kosmetik yang mempunyai racun berjadual dan juga produk timbang kilo yang membahayakan keselamatan kulit pengguna. Hal ini membuatkan pelanggan hilang keyakinan terhadap produk kosmetik buatan Malaysia.
Saya nampak peluang yang amat besar di mana pasaran ketika itu memerlukan seorang pakar yang berintegriti di dalam bidang kosmetik untuk mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan kulit yang selamat dan menjernihkan kembali imej produk kosmetik tempatan.
Keistimewaan produk The Raw. adalah dari segi kekuatan formulasinya. Setiap formulasi di dalam produk The Raw. diformulasikan khas oleh saya sendiri yang merupakan seorang ahli farmasi yang berdaftar. Keistimewaan ahli farmasi adalah kami pakar di dalam bahan aktif dan juga sistem badan manusia.
Jadi, kepakaran kami ini membolehkan kami membina formulasi yang berkesan menepati keperluan kesihatan kulit anda,” ujar Miss Adibah yang mengidolakan Brandon Truaxe, pakar dalam komputer sains dan juga seorang ahli perniagaan kosmetik.
Mengakui banyak cabaran yang perlu ditempuhi sebelum terlahirnya The Raw. seperti modal perniagaan yang terhad, persaingan serta cabaran ekonomi yang tidak menentu, Miss Adibah yang gemarkan aktiviti membaca, melancong dan bersenam mengakui visinya cukup jelas mengenai produknya.
“Saya melihat The Raw. akan menguasai pasaran kosmetik tempatan pada tempoh 10 tahun akan datang. Setiap isi rumah di Malaysia bakal memiliki sekurang-kurangnya 1 produk The Raw. dari rambut hingga ke hujung kaki. Disamping itu, saya juga melihat kami sudah bersedia untuk ke Initial Public Offering (IPO) di Bursa Saham Malaysia. Saya amat yakin!
The Raw. menjanjikan anda keberkesanan, keselamatan dan kualiti produk yang tinggi setara dengan antarabangsa pada harga mampu mililk. Kami merupakan syarikat yang berintegriti yang sangat komited untuk membuat perubahan dinamik di dalam misi menaik tarafkan imej produk kosmetik tempatan.
Apa pula kata-kata akhir Miss Adibah untuk wanita-wanita di luar sana agar untuk terus mengejar impian? “Seorang wanita berhak mempunyai impian dan kekuatan untuk mengubah kehidupan. Saya sudah buktikan kepada semua dengan pencapaian yang saya capai setakat ini. Jangan takut untuk ambil risiko.
Now, mars is the limit. Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Nasihat saya yang pertama, cari BIG WHYs anda, dan senaraikan kenapa ia penting untuk anda. Perkara ini akan membuat anda kekal bertenaga dan ghairah untuk capai impian anda. Anda boleh mendapati produk-produk The Raw. di AEON Wellness seluruh Malaysia, laman e-dagang seperti TikTok Shop, Shopee, Lazada, Zalora, Hermo, AirAsia Beauty, Beauty Insider dan lebih dari 30 pengedar sah kami seluruh negara.
Untuk informasi lanjut serta pembelian produk The Raw. anda boleh layari laman media sosial di bawah.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai, manisnya dia! Tambah-tambah lagi bila pakai baju kurung cotton. Dah macam pelajar sekolah.
Tak mahu ketinggalan menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia hari ini, penampilan Sharifah Amani di salah sebuah pusat mengundi di Damansara pagi tadi nyata mencuri tumpuan ramai. Bukan hanya membuatkan para pengundi di sana menoleh beberapa kali, malah netizen di media sosial juga memberikan komen-komen ‘comel’ tentang gaya aktres berbakat besar tersebut.
“Syukur Alhamdulillah. For a better future for us all InsyaAllah. Voting is important. Not just for me or my family but for all that consider themselves Rakyat. Congratulations to all of you that did whatever you could to go out and vote.
This is how we prove our love to our beloved country. Syabas rakyat Malaysia. Semoga kami semua diizinkan masa depan yang lebih baik. Mudah-mudahan Allah setuju.”
Dalam pada itu, Amani turut berkongsi beberapa foto sepanjang sesi mengundi pagi tadi bersama bapa dan ibunda tercinta, Fatimah Abu Bakar dan kakaknya, Sharifah Aleya. Gadis berkulit cerah ini juga sempat memuat naik gambar nenda tersayang yang kini berusia 84 tahun dan masih taat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
Satu keluarga sporting!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Filem Khadam tampil dengan kisah seram penuh emosi mengenai seorang ibu yang terpaksa berdepan warisan saka keluarga. Ketahui jalan cerita, barisan pelakon dan keunikan naskhah ini.