Jika dilihat pada raut wajah yang dimiliki, pasti ramai diantara kita yang tidak dapat meneka usia yang dimiliki oleh pemilik nama penuh Sasha binti Mohd Saidin atau lebih mesra disapa sebagai Sasha Saidin ini.
Punyai raut wajah kacukkan membuatkan ramai terkejut saat mengetahui bahawa Sasha kini sudah pun berusia 46 tahun. Mana tidaknya, dalam usia menghampiri 50an kakak kepada pelakon kacak Zain Saidin ini juga amat pandai jaga badan dan penampilanya.
Ketika dihubungi Nona, Sasha yang kini menetap di Dubai menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras jelita. Dalam nada merendah diri, ibu kepada Adam Arya ini berkongsi amalan kecantikan yang diamalkanya.
Zahir Rasa Syukur Dikurnia Kesihatan & Rupa Paras Jelita
Ads
“Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.
“Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.
“Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia satu kelebihan buat saya,” dedahnya sambil ketawa.
Ini Amalan Dan Petua Yang Masih Diamalkan Sasha Hingga Kini
Ads
Ketika disoal adakah terdapat sebarang amalan-amalan atau petua kecantikkan yang diamalkanya hingga kini, ini respon yang diberikan oleh Sasha!
“Dari dulu saya pastikan muka bersih dan cuci mekap. Penat macam mana pun saya akan cuci muka dan tak masuk tidur tanpa buang mekap. Saya juga guna skrub di T-Zone dan bahagian hidung. Pakai pelembap, dan letak minyak kelapa dara untuk kesihatan rambut.
“At my age, rambut still sihat. Dari dulu sampai sekarang, saya letak minyak tersebut yang ada bau bunga jasmin sekurang-kurangnya once every two weeks. Sekarang pun saya dah mula pergi gym dulu tak pernah pergi. Pergi sebab suami aktif ke gim. Kalau tak sempat, saya pergi walk at least 5 km or more. To get the heart going and stamina.
“Sejak usia cecah 40 tahun ke atas, jujur berat badan sebenarnya dah naik. Masa remaja dulu saya bertuah sebab high metabolism walau kuat makan tapi tak naik berat. Dalam kalangan Elite pun saya yang paling kuat makan. Bila dah 40, susah nak turun berat badan.
Ads
“Sekarang semua kena sederhana. Makan kena cut down. Kalau dah berumur nak kurus macam dulu tak boleh dah. Jadi, saya akan enjoy pergi gim sambil tengok Netflix ke. Tapi tak terlalu ekstrem dan kira kalori makanan. Yang penting, moderation dan terus amal gaya hidup aktif serta sihat,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Sasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga bersama duda anak dua, Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.
Empat tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Bekas personaliti televisyen, Datin Seri Norazlina Tan Sri Awang Had memang dikenali sebagai seorang wanita yang bukan hanya cantik. Tetapi juga bijak dan mempunyai kelas tersendiri.
Pernah bergelar penyampai berita di NTV7, figura ini akhirnya melepaskan kerjaya dalam dunia penyiaran pada tahun 2006 untuk memberi tumpuan kepada keluarga.
Meskipun tidak lagi terlibat dalam industri namun nama Norazlina Awang Had masih meniti di bibir penonton. Dia kini merupakan ibu kepada tiga cahaya mata dan seorang usahawan sukses.
Norazlina Awang Had Genap Usia 50 Tahun
Menerusi perkongsian terbaharu, Datin Seri Norazlina meraikan ulang tahun ke-50 pada 22 Mac lepas. Sambutan hari lahir tahun ini lebih bermakna kerana jatuh pada 10 malam terakhir Ramadan.
Macam tak percaya jelitawan ini sudah pun mencecah usia 50 tahun. Maintain awet muda orangnya!
Kongsi isteri ahli politik ini, “Finally the Big-5 is here! Half a century and feeling fab! As they say 50 is the new fabulous tahu! This is not my first Ramadan birthday but this year is more special dan sweeter since 22/3 happens to be the last 10 days of Ramadan. MasyaAllah!
Thank you to the ‘celebration committee’ (you know who you are!) for organising a Moreh-cake-cutting-get together. Thank you for all the wishes and continuos duas everyone.
There is nothing else I could say except for alhamdulillah, alhamdulillah and alhamdulillah!”
Datin Seri Norazlina ialah pengasas Lawabana Sdn Bhd yang menguruskan perniagaan Rommaku dan The Tepen Café.
Hampir 27 Tahun Datin Seri Norazlina Awang Had Jadi Isteri Ahli Politik
Dia pernah mendapatkan pendidikan di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing dalam jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik. Kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Reka Bentuk Grafik.
Sebelum menceburkan diri dalam dunia penyiaran, Datin Seri Norazlina memulakan kariernya sebagai pereka grafik bebas dan pengarah seni di pelbagai agensi reka bentuk serta pengiklanan.
Sosok wanita hebat ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada 23 Julai 1998. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Karisma Putera, Kencana Putera dan Kaseh Puteri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untungnya Lure Hsu kerana dikurniakan wajah awet muda! Kalau tengok rupa paras personaliti Taiwan ini pasti ramai yang menyangka dia baru berusia 20an. Hakikatnya, pereka hiasan dalaman dan blogger fesyen ini bakal mencecah umur 48 tahun!
Pernah menjadi bualan di laman maya kerana memiliki raut wajah muda 20 tahun daripada usia sebenar, Lure Hsu dilahirkan pada 15 Ogos 1975 di Taipei. Dia juga mempunyai dua adik-beradik perempuan iaitu Fayfay, sosialit Taiwan berusia 49 tahun dan Sharon yang juga model berumur 41 tahun.
Kalau bergambar bersama, memang ketiga-tiganya kelihatan seperti gadis remaja.
Kredit Instagram @lurehsuKredit Instagram @lurehsuKredit Instagram @lurehsu
Menerusi temu ramah bersama sebuah majalah Taiwan, Lure mendedahkan salah satu petua yang diamalkan untuk kelihatan sihat dan cantik ialah dengan minum air secukupnya.
Dia percaya amalan minum air kosong yang cukup dan diperlukan oleh badan setiap hari mampu memberi kesegaran kepada tubuh. Sekaligus membantutkan proses penuaan.
Amalan ini dipraktikkan Lure dan adik-beradik perempuannya sejak sekian lama dan ia ternyata berkesan.
Kredit Instagram @lurehsuKredit Instagram @lurehsuKredit Instagram @lurehsuKredit Instagram @lurehsu
Selain minum air kosong, Lure sangat menitikberatkan pemakaian krim pelembap dan pelindung matahari setiap kali sebelum keluar rumah dan tidak membiarkan kulitnya terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama.
Bagi Lure, di samping menjaga kulit dari luaran dia juga mengamalkan pengambilan supplement seperti Vitamin C dan kolagen. Lure turut memberitahu dia memulakan harinya dengan minum black coffee tanpa gula setiap hari.
Kredit Instagram @lurehsuKredit Instagram @lurehsuKredit Instagram @lurehsu
Bersandarkan kecantikan asli dan awet muda yang dimilikinya, kebanyakan media menggelarkan wanita ini sebagai ‘goddess with a frozen age’. Difahamkan sebelum Lure menjadi pereka hiasan dalaman, dia turut pernah menceburi bidang peragaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ratu Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari American University of Cairo pada tahun 1991 yang
pernah berkhidmat di sektor perbankan dan teknologi sebelum berkahwin dengan anak lelaki sulung Raja Jordan, King Hussein iaitu Putera Abdullah Al Hussein pada 10 Jun 1993.
Hasil perkahwinan selama hampir 30 tahun, Queen Rania dan Putera Abdullah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Putera Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem.
Sebagai Ratu Diraja Jordan, Queen Rania dikenali di seluruh dunia bukan saja kerana kecantikan yang dimiliki bahkan jiwa penyayang beliau membela nasib golongan kurang
bernasib baik terutamanya kanak-kanak dan wanita di Jordan.
Selain itu, beliau juga dilihat sangat komited merapatkan jurang perbezaan kaum dan budaya di peringkat antarabangsa.
Tumpuan utama Queen Rania adalah pendidikan dan beliau percaya setiap kanak-kanak Jordan sama ada lelaki mahupun perempuan perlu diberikan hak pembelajaran sepenuhnya mengikut peredaran masa kini.
Demi memastikan ia bukan sekadar cakap kosong, Queen Rania mewujudkan pelbagai inisiatif antaranya menerusi Jordan Education Initiative, Queen Rania Teachers Academy, Madrasati (atau bermaksud sekolah) dan Edraak yang bermaksud kesedaran.
Tidak cukup dengan itu, Queen Rania juga terlibat dengan United Nations Foundation dan World Economic Forum serta menjadi individu penting dalam UNICEF dan dilantik UN sebagai Panel Kehormat yang berperanan meningkatkan taraf kehidupan penduduk dunia menjelang tahun 2030.
Paling mengagumkan, kerana naluri keibuan yang menebal dalam diri Queen Rania berpeluang menghasilkan beberapa buku kanak-kanak yang berkisar pengalaman beliau
sewaktu kecil. Antara naskhah istimewa karya Queen Rania adalah The Sandwich Swap, Eternal Beauty, Maha of the Mountains dan The King’s Gift.
Memang terinspirasi dengan semangat dan jiwa besar Ratu Jordan ini. Malah, personaliti Queen Rania turut menjadi perhatian penggemar fesyen lantaran gaya dan cita rasa
menawan yang ditampilkan Queen Rania tatkala berada di khalayak. Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau tidak ubah seperti supermodel yang cantik berjalan di karpet merah. Cukup memukau!
Disebabkan kecantikan, usaha murni dan peribadi menarik yang dimiliki, Queen Rania turut diberi julukan sebagai antara Personaliti Diraja Tercantik Di Dunia menerusi portal Heart.co.uk. Sebaris dengan kenamaan diraja terkenal seperti mendiang Lady Diana.
Setiap kali muncul bertemu rakyat dan menghadiri majlis rasmi, kelibat Queen Rania pasti mencuri tumpuan. Apa sahaja busana yang dipakai nampak terletak kemas di tubuh langsingnya.
Kredit foto: Instagram Queen Rania
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.