‘Lahir-Lahir Je, Dia Terus Hisap Jari!’ SARI YANTI Dedah Kelahiran Dariya Inara

“Bila lahir, dia keluar je doktor letak dia atas dada saya.. dia terus hisap jari. So cute! I still remember, ” kongsi Sari Yanti tatkala ditanya momen paling tidak dapat dilupakannya sejak melahirkan Dariya Inara. Meskipun tidak menyaksikan situasi comel itu namun dari gaya penyampaian dan reaksi Sari Yanti, sesiapa pun pasti dapat membayangkan aksi comel anak perempuan aktres cantik dan Jep Sepahtu ini saat dia dilahirkan pada 26 April lepas.

Sambil mengakui kehamilan yang dilaluinya berbeza daripada dua kehamilan sebelumnya, anak kelahiran Negeri Sembilan ini nyata seorang wanita yang tabah. “Basically,

ketiga-tiga kehamilan berbeza sebab setiap baby lain. Macam pertama kali pregnant dulu, banyak kali muntah-muntah yang sangat teruk. Yang kedua tak, siap boleh pergi shooting ke Spain.. ke mana-mana jugalah. Yang nombor tiga ni lagilah lain sebab baby girl. Asyik pening kepala, most of the time asyik terbaring je tak boleh buat kerja banyak.
Bersama dua anak lelakinya

 

Kredit foto: Instagram Sari Yanti

Bohong kalau saya katakan tidak teruja dengan kehadiran Dariya walaupun ini merupakan pengalaman ketiga saya melalui proses kelahiran. Namun, Jep adalah orang yang paling teruja dengan kehadiran Dariya kerana ia adalah pengalaman pertamanya,” terang Sari Yanti yang sah bergelar isteri kepada pelawak terkenal itu pada 25 Februari 2017.

Baca artikel berkaitan  “Walaupun Baharu Tiga BUlan Memang Dah Nampak Dariya Anak Abah” Sari Yanti

Setiap insan diuji dengan bermacam-macam dugaan dan Sari Yanti turut tidak terlepas ditimpa ujian hidup. Lebih memeritkan, dugaan itu terpaksa dilalui ketika dia baru mendirikan rumah tangga bersama Jep. Tanpa berselindung mendedahkan keadaan sebenar dirinya, ibu kepada tiga anak ini melontar bicara. “Ketika baru kahwin dahulu saya terpaksa dimasukkan ke hospital sebab mengandung luar rahim atau ectopic. Waktu ini kira macam Sari bunting pelamin.

 

Kandungan tu kecil lagi tapi membesar dalam tiub fallopian sehingga menyebabkan ia pecah. Saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian. Kandungan pun kecil lagi ketika itu dan keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan.”

Baca artikel berkaitan Walaupun Tanpa 1 Tiub Fallopian, Sari Yanti Terkejut MAMPU HAMIL Lagi! Dah Rezeki Namanya, Kan?

Kredit foto: Instagram Sari Yanti

Ditemui ketika sesi fotografi di kediamannya, penulis sempat bertanyakan tentang gaya dan fesyen kegemaran suri hati Jep ini. Ternyata, Sari Yanti seorang yang cukup ringkas.. baik dari segi fesyen mahupun peribadi diri. “Saya sebenarnya jarang mengenakan lipstick

berwarna merah menyala sebab kurang gemar. Kalau keluar rumah pun, saya selesa tak pakai mekap yang tebal-tebal. Bab pakai tudung, memadai dengan hanya selempang kiri kanan atau lilit saja.”

“Apa lagi yang Sari inginkan dalam hidup?” celah penulis. “Saya takda benda yang inginkan, I’m not brand conscious.. I demand nothing more. I always be grateful for what I have. Alhamdulillah.”

 

 

IKLAN
Share