Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah Sari Yanti ketika lewat pertemuan kami mengadakan sesi penggambaran dahulu. Selepas mengikat ikatan perkahwinan bersama pelawak terkenal, Jep Sepahtu. Kehidupan selebriti kelahiran Negeri Sembilan ini umpama sudah lengkap dengan kelahiran anak perempuannya, baru-baru ini. Pasangan bahagia ini menyambut kelahiran bayi perempuan bernama Dariya Inara pada 26 April lalu.

IKLAN

“Tiada apa yang mampu saya ucapkan saat melihat tubuh kecil ini diletakkan di pangkuan saat kelahiran Dariya Inara tiga bulan lalu, melainkan rasa syukur atas anugerah tidak terhingga ini. Bohong kalau saya katakan tidak teruja dengan kehadiran Dariya walaupun ini merupakan pengalaman ketiga saya melalui proses kelahiran. Namun, Jep adalah orang yang paling teruja dengan kehadiran Dariya kerana ini merupakan pengalaman pertamanya.

 

 

Jika diimbau pengalaman lalu menjaga anak perempuan agak berbeza dengan anak lelaki. Anak perempuan lebih lembut dan manja. Kalau menangis pun tidak kuat berbanding dengan anak lelaki. Tapi yang paling ketara anak lelaki lebih kuat menyusu berbanding anak perempuan yang cepat kenyang,” bicara Sari memulakan bicara lewat pertemuan kami.

Keterujaan Sari mungkin tidak ketara berbanding dengan suaminya Jep yang begitu teruja dengan kehadiran anaknya itu. “Memang benar, Jep adalah insan yang paling teruja ketika saya mula disahkan mengandung dahulu apatah lagi saat menanti kelahiran Dariya. Melihatkan keterujaan itu saya dengan suka rela memberi laluan kepada Jep ketika pemilihan nama anak. Dariya Inara adalah 100 peratus nama pilihan daripada Jep. Kalau saya yang memilih nama tentu ada ‘Al’ seperti nama kedua-dua abang Dariya iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al-Haq,” tutur Sari tersenyum sambil mengelus lembut kepala Dariya dalam pangkuannya.

 

“Walaupun Baharu Tiga Bulan Memang Dah Nampak Dariya Anak Abah” Sari Yanti

IKLAN

 

“Jep memang banyak bertanya tentang itu dan ini serta banyak mencari info tentang cara membesarkan anak-anak. Saya juga tidak kisah dan memberi sepenuh kepercayaan dan kebebasan kepada Jep untuk menentukan mana yang baik dan mana yang tidak. Sebagai bapa tentu Jep tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Dariya juga kelihatan begitu manja dengan abahnya. Walaupun baharu berusia tiga bulan memang dah nampak sangat Dariya ini anak abah. Bila kita agah-agah Dariya, dia macam faham kalau kita sebut abah. Jep juga kelihatan ringan tulang membantu menguruskan Dariya jika tidak terikat dengan tuntutan kerja. Tetapi, Jep beruntung tidak perlu bangun malam kerana Dariya minum susu ibu secara eksklusif. Saya cuba juga mengajar Dariya minum susu ibu secara dalam botol tetapi dia sering menolak susu dalam botol. Hendak atau tak saya yang terpaksa menyusukan Dariya jika dia dahaga,” ulas Sari tentang suami kesayangannya itu.

IKLAN

“Walaupun Baharu Tiga Bulan Memang Dah Nampak Dariya Anak Abah” Sari Yanti

foto: Instagram @sariyanti

Tambah Sari yang pernah berlakon  dalam filem aksi perlumbaan kereta Impak Maksima ini, kedua-dua anak-anaknya juga turut teruja dengan kehadiran Dariya. Setiap kali pulang ke rumahnya, mereka akan mencari adiknya dahulu. Jika terdengar Dariya menangis mereka orang yang paling sibuk nak memujuk adik mereka.

“Walaupun Baharu Tiga Bulan Memang Dah Nampak Dariya Anak Abah” Sari Yanti

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI