Serba klasik, laksana berbuka puasa di istana, ayuh nikmati hidangan warisan diraja di JPteres Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Menjelang Ramadan tahun ini, para tetamu berpeluang menikmati kesenian tradisi kulinari diraja Malaysia dengan Sajian Istana di JPteres, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Nikmati pelbagai pilihan hidangan diraja yang disusun rapi oleh barisan chef yang berbakat melalui masakan istana yang mewah dan menyelerakan.
Dengan latar dekorasi yang elegan dan berinspirasikan istana diraja, pengalaman berbuka puasa ini akan disertai oleh alunan muzik Gamelan yang mempesonakan serta aktiviti cabutan bertuah pada setiap hari.
SAJIAN ISTANA
Menariknya, tema bufet Ramadan pada tahun ini diilhamkan daripada masakan warisan diraja Malaysia iaitu khazanah kulinari yang berharga seperti hidangan traditional, kaedah dan cara masakan yang diwarisi turun-temurun.
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Masakan istana yang tersohor ini mencerminkan pengaruh budaya, sejarah dari negeri-negeri di Malaysia yang sering menampilkan resepi yang unik, di mana ia menggunakan bahan-bahan yang jarang ditemui, serta rasa enak yang dahulunya hanya dapat dinikmati oleh golongan diraja dan bangsawan.
Melangkah masuk ke JPteres, para tetamu akan disambut oleh dua hulubalang yang lengkap berpakaian tradisional Melayu klasik, menciptakan suasana dan pengalaman seperti menjejakkan kaki ke dalam istana.
Ads
Memang best dan sedap-sedap juadahnya, jom tengok sendiri pengalaman Nona bertamu ke sana baru-baru ini…
Dekorasi di sekitar JPteres, sama ada di bahagian dalam ataupun luar, memancarkan suasana yang mewah. Para tetamu boleh menikmati juadah berbuka puasa yang memikat rasa seperti Urap Kangkung Pucuk Paku, Urap Pegaga Ikan Rebus, Popiah Basah, Rojak dan pelbagai jenis acar.
Bufet Ramadan diteruskan dengan hidangan dari bahagian Charcoal Grilled, termasuk Kepak Ayam Bakar, Sate, Otak Otak, Sata Ikan, Udang Bakar Percik, Ketam, Kerang Bakar dan banyak lagi.
Bahagian Specialty JPteres dan Hidangan Lokal pula menyajikan hidangan ikonik yang wajib ada pada bulan Ramadan seperti Bubur Lambuk, Kambing Bakar, Gearbox Soup, Murtabak Kambing, Ambur Mutton Briyani, Lemang dan Rendang.
Bagi melengkapkan pengalaman berbuka puasa, pelbagai hidangan pencuci mulut moden dan klasik turut disediakan bagi memberikan pengalaman gastonomi yang benar-benar tidak dapat dilupakan.
Chef de Cuisine JPteres, Chef Ayub Hassan berkata, “Pada bulan Ramadan ini kami membawakan hidangan klasik yang diilhamkan oleh tradisi kulinari warisan diraja Malaysia, yang kaya dengan rasa unik. Para tetamu berpeluang menikmati hidangan Istimewa seperti Pesamah Daging, Opor Ayam Kacang, Ketupat Sotong dan banyak lagi.”
Antara juadah istimewa dalam Sajian Istana ialah Pesamah Daging yang empuk dan aromatik, sesuai dinikmati bersama nasi minyak atau roti, serta Ketupat Sotong, juadah istimewa dari Pantai Timur dimana sotong yang disumbat dengan pulut dan dimasak dalam kuah santan yang pekat.
Para tetamu juga boleh menikmati Opor Ayam Kacang, hidangan tradisi diraja yang diilhamkan oleh Tengku Ampuan Pahang, serta Udang Galah Sambal Lado, hidangan udang galah dalam sambal pedas gaya Minang. Menu buffet Ramadan ini turut menyajikan Botok-Botok, hidangan yang popular dari negeri Johor yang, serta Nasi Ayam Claypot.
Pada bulan Ramadan ini, Grand Hyatt Kuala Lumpur menjemput anda untuk berbuka puasa sambil menikmati juadah tradisi kulinari diraja bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila emel ke restaurant.kuagh@hyatt.com atau hubungi JPteres di 012-6219869 / 03-22039188.
Tarikh: 3–30 Mac2025
Tempat: JPteres, Ground Floor – Grand Hyatt Kuala Lumpur
Masa: 6:30 PM–10:30 PM
Harga Istimewa (3-7 & 28-30 Mac)
Dewasa: MYR 198 nett | Kanak-kanak: MYR 124 nett *First-come, first served seating (indoor dan outdoor)
Harga Biasa (8.27 Mac 2025)
– Indoor Seating: Dewasa – MYR 248 nett | Kanak-kanak – MYR 124 nett
– Outdoor Seating: Dewasa – MYR 228 nett | Kanak-kanak – MYR 124 nett* *Kanak-kanak berusia 7-12 tahun
Group Booking
– Indoor Seating: MYR 228 nett per adult
– Outdoor Seating: MYR 208 nett per adult * Tempahan minimum 10 dewasa
Ruang Private Diraja
– JP1: Pembelian minimum MYR 2,500 untuk 10 tetamu
– JP2: Pembelian minimum MYR 2,000 untuk 8 tetamu
Diilhamkan oleh Prof Datuk Wira Dr Azizan Osman, kini beliau membuka pintu untuk para usahawan bangkit dan ubah mindset dengan program Transformasi360.
Beban kewangan yang semakin berat, terutamanya selepas musim perayaan, kini menjadi salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh ramai individu. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tekanan kewangan semakin menjadi keresahan emosi serta menjejaskan banyak pihak khususnya usahawan.
Inilah masanya untuk kita mula membuat perubahan besar dalam hidup. Transformasi ini bukan sekadar untuk mengatasi masalah kewangan, tetapi juga untuk mencari keseimbangan dan kestabilan dalam kehidupan.
Menurut Mentor Usahawan yang juga penerima Nona Men’s Business Mentor Award 2021, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, usaha menyusun semula hala tuju dan mengubah keadaan adalah langkah pertama untuk mengurangkan beban yang ditanggung.
“Ramai orang menyangka mereka perlu tunggu ‘masa sesuai’ untuk berubah namun hakikatnya, masa sesuai tidak akan datang kecuali mereka yang ciptakan,” ujar Pengasas dan Presiden RichWorks Academy tersebut.
“Jika anda sedang melalui semua ini sekarang, ketahuilah anda tidak keseorangan. Kami terima banyak mesej daripada usahawan mahupun mereka bekerja yang berdepan pelbagai cabaran.
Rasa penat mencuba tetapi tetap gagal, mungkin bukan usaha mereka yang salah, tetapi hala tuju dan cara fikir yang belum betul.”
Kini Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman membuka pintu untuk para usahawan bangkit dan ubah mindset dengan program Transformasi360.
“Transformasi360 hadir untuk membantu membetulkan asas ini dari dalam. Ramai orang ada ilmu, ada kemahiran, tapi gagal kerana tidak menguasai sikap dan cara berfikir yang betul. Tanpa sikap positif, tindakan akan salah. Tanpa disiplin dan kejelasan, kejayaan hanya akan jadi angan-angan,” kongsinya.
Transformasi360 merupakan versi ditambah baik daripada program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Nak Ubah Hidup bakal diadakan pada 10 hingga 12 Mei depan .
Tambah beliau, peserta akan dibimbing untuk membina keyakinan dalaman, mengurus emosi, memecahkan kepercayaan lama yang membataskan diri, dan menggantikan ia dengan mindset baru yang lebih kuat, realistik dan membina.
“Teknologi AI juga digunakan dalam Transformasi360 yang akan membantu peserta mengenal pasti kekuatan dan potensi diri mereka secara lebih mendalam.
Ramai tidak sedar bahawa mereka sebenarnya memiliki kelebihan tersendiri, tetapi tidak pernah tahu cara untuk manfaatkan sepenuhnya,” jelasnya.
Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman memberitahu, mereka yang bakal hadir dapat menyelami diri sendiri, mengkaji semula arah hidup dan mempersiapkan diri dengan pelan tindakan yang jelas untuk masa depan.
“Nasihat saya, jangan tunggu sehingga hidup memaksa anda berubah. Bertindak sebelum semuanya terlambat. Masa depan anda tidak ditentukan oleh semalam, tetapi oleh keputusan yang anda buat hari ini.
Sama ada anda usahawan yang hilang arah, individu yang sedang bergelut dengan kewangan, atau seseorang yang mahu keluar daripada tekanan hidup, Transformasi360 adalah pintunya,” akhiri Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, anda dijemput layari www.transformasi360.com sekarang.
Dua tahun diuji pandemik, sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya membawa makna tersendiri. Selain dapat kembali berkumpul dan bermaaf-maafan, tentu ramai yang ingin tampil menawan menyambut tetamu yang datang. Cara Che Puan Juliana Evans ini sesuai dijadikan inspirasi.
Amboi, penuh semeja hidangan Marks & Spencer! Selain juadah lemang dan rendang, ada juga coklat, kek, kurma dan biskut lazat. Sampaikan si kecil pun suka, tengoklah bukan main seronok puteri comel Che Puan Juliana tu.
Himpunan Marks & Spencer sempena Ramadan dan Syawal juga jadi pilihan Che Puan Juliana seisi keluarga. Banyak helaian sopan dan versatil menepati jiwa elegan ibu anak satu itu untuk digayakan dari pagi sampai ke petang.
Sebagai seorang aktres dan personaliti TV berusia 32 tahun, Che Puan Juliana perlu sentiasa bersiap sepanjang masa. Itulah sebabnya helaian Marks & Spencer menjadi pilihan beliau, termasuklah untuk suami dan anak tersayang.
INSPIRASI FESYEN
Inspirasi 1
Inspirasi 2
Sesuai dengan statusnya sebagai ibu dan isteri kerabat diraja, gaya elegan Che Puan Juliana Evans selalu meraih perhatian.
Semak inspirasi fesyen beliau dalam helaian Marks & Spencer yang menawan!
INSPIRASI 1
Padanan top dan skirt sedondon dalam motif flora menyerlahkan gaya feminin
Tampil segak dalam kemeja polos
Gaun comel dengan motif rama-rama untuk si kecil
INSPIRASI 2
Rona jingga menyerlahkan pesona perayaan yang penuh keseronokan
Sopan dan sesuai dikenakan pada bulan Ramadan, koleksi ini sudah boleh didapati di seluruh gedung Marks & Spencer di Malaysia dan secara online. Klik (di sini) untuk pembelian.
Helaian Marks & Spencer Ramadan 2022 direka berasaskan fabrik yang selesa dan ringan, namun diolah kembali dalam potongan lebih labuh dan sopan. Garapan rona-rona tanah dari palet neutral dan coral juga menyerlahkan gaya wanita moden dari seawal Subuh hingga menjelang iftar.
Berbeza dengan koleksi Raya, helaian dalam palet rona segar seperti bulu merak dan kilau metalik pula menghidupkan mood perayaan. Cukup elegan dan mengundang perhatian! Ada juga koleksi khas untuk si kecil melaram sempena Hari Raya nanti.
PROMOSI AIDILFITRI
Untuk semua pembelian pakaian dan barangan rumah Marks & Spencer,
anda jimat RM50 dengan setiap perbelanjaan RM350; serta jimat RM100 dengan setiap perbelanjaan RM600
HIDANGAN TETAMU
Aduh, terpikat selera dibuatnya. Kalau berkunjung ke gedung Marks & Spencer, ada bermacam lagi pilihan makanan dan kudapan lazat untuk dipilih. Rambang mata tau!
Selain sesuai dijadikan hidangan untuk tetamu di rumah, pelbagai pilihan makanan di Marks & Spencer juga boleh dijadikan hadiah.
Jadi sebagai tanda ingatan dan kasih sayang, hadiahkan ibu bapa, adik-beradik mahupun kenalan tersayang anda dengan hamper raya Marks & Spencer.
Terdapat banyak seleksi hamper raya premium untuk dipilih. Tiap satunya dihias cantik, memang cukup manis dijadikan buah tangan untuk Hari Raya nanti. Harga hamper raya bermula dari RM169 dan ke atas.
ANTARA HAMPER RAYA MARKS & SPENCER
Dalam hamper ni ada bermacam pilihan makanan lazat. Antara kesukaan Majalah Nona adalah coklat susu Belgian, Dutch Shortcake, aneka biskut, kismis, teh uncang, jus, gula-gula dan sebagainya.
Berbaloi, kan?
Jadi apa tunggu lagi. Boleh pesan secara online atau datang ke kedai pop-up Ramadan di Bangsar Village 1 dan IOI City Mall. Senangnya!
Dapatkan lebih banyak maklumat promosi di Facebook dan Instagram Marks & Spencer. Layari Facebook @marksandspencermalaysia dan Instagram @marksandspencer_my.
Meriahnya raya dengan Marks & Spencer!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cosway kini memasuki fasa paling penting dalam sejarahnya. Di bawah kepimpinan CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif serba boleh, Chryseis Tan, jenama ini sedang melalui transformasi besar-besaran yang memodenkan identiti sambil mengekalkan nilai teras yang telah membina kepercayaan selama lebih 46 tahun. Ia bukan sekadar perubahan rupa, tetapi penjenamaan semula yang merangkumi strategi, budaya dan hala tuju jangka panjang.
Dengan visi yang diperbaharui serta pendekatan yang lebih futuristik, Cosway kini bergerak sebagai sebuah jenama gaya hidup moden yang responsif terhadap perubahan pengguna, teknologi dan budaya.
Fasa baharu ini bukan sahaja menyuntik identiti lebih segar tetapi turut memperkukuh fokus komuniti dan komitmen terhadap pembangunan usahawan generasi masa depan.
Ibu dua anak yang juga isteri kepada SM Faliq SM Nasimuddin ini membawa perspektif yang lebih progresif dan kontemporari. Misinya jelas, ingin menghidupkan kembali Cosway, memperkukuh ekosistem insan-insan di sebalik jenama ini dan memastikan Cosway terus relevan bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global.
Keupayaan Chryseis Tan sebagai usahawan wanita moden tidak perlu disangkal. Pernah diangkat sebagai penerima Nona Corporate Award 2024, satu persatu pencapaian wanita ini dalam memacu ekonomi menjadi buah mulut masyarakat.
Justeru, transformasi yang dibuat untuk Cosway pastinya lebih moden dan berimpak, relevan dengan pasaran masa kini.
Evolusi ini juga digerakkan melalui inovasi, kolaborasi strategik dan solusi digital yang menjadi tulang belakang perniagaan Cosway. Antara yang terbaharu, kolaborasi Cosway dan Majalah Nona sempena acara Fashionably Modest Asia 2025 di Pavilion Damansara Heights, 18 November lalu.
Barisan tetamu dan sosialit fesyen membawa pulang goodies Cosway berinspirasikan matcha, yang tentunya menarik perhatian golongan Gen-Z!
Cosyoung merupakan antara pencapaian paling signifikan dalam transformasi jenama Cosway. Dilancarkan sebagai label gaya hidup yang lebih segar dan youthful, Cosyoung direka untuk memenuhi keperluan generasi yang menghargai ketulenan, keberkesanan dan estetika minimal yang bersih serta moden.
Cosyoung hadir dengan rangkaian produk yang memenuhi gaya hidup pengguna urban masa kini. Ia bukan sekadar sub-jenama, tetapi sebuah gerakan baharu yang menghubungkan warisan Cosway dengan generasi muda yang hidup dalam dunia yang lebih pantas, lebih digital dan lebih visual.
Nilai-Nilai Cosyoung:
Produk penjagaan kulit yang bersih, selamat dan efektif.
Suplemen kesihatan dengan formulasi moden yang mudah diambil setiap hari.
Essential lifestyle yang direka untuk pengguna on-the-go.
Reka bentuk packaging yang minimal, moden dan visual-driven.
Identiti jenama yang relevan dengan cita rasa Gen-Z dan Millennials.
Penawaran produk yang menggabungkan nilai warisan dengan tuntutan gaya hidup moden.
Cosyoung bukan hanya memperkenalkan produk baharu, tetapi memperluas definisi Cosway sebagai sebuah jenama gaya hidup yang lebih dekat dengan generasi muda. Pendekatan ini memastikan Cosway sentiasa relevan dalam landskap pengguna yang berubah setiap hari.
Memperkasa Usahawan
Sejak dulu, nadi utama Cosway ialah komuniti usahawannya. Melalui sistem MPOS atau Mobile Point of Sale, ribuan individu telah berjaya membina kerjaya yang fleksibel dan bermakna. Mereka mendapat akses kepada lebih 2,000 produk bertauliah, latihan berterusan serta peluang pembangunan yang inklusif.
Di bawah kepimpinan Chryseis Tan, rangkaian MPOS melalui fasa penambahbaikan besar. Teknologi diperkukuh, penawaran produk dipertingkatkan dan kolaborasi strategik dibentuk untuk memastikan setiap usahawan memiliki alat yang diperlukan untuk berkembang dalam dunia digital hari ini.
Ekosistem Gaya Hidup Moden
Transformasi Cosway bukan sekadar rebranding visual. Ia adalah pembentukan semula syarikat menjadi sebuah ekosistem gaya hidup moden yang lebih menyeluruh. Fokusnya kini tertumpu kepada pengalaman pelanggan berteraskan digital, inovasi produk berasaskan sains, kolaborasi global dan komitmen terhadap kelestarian serta pemerkasaan komuniti.
Dengan pelancaran Cosyoung, pengukuhan MPOS dan strategi baharu di bawah Chryseis Tan, Cosway sedang melangkah ke era yang lebih berani, progresif dan relevan untuk generasi masa kini dan masa hadapan.
Inilah Cosway yang baharu ditransformasi. Lebih moden, lebih dinamik dan lebih dekat di hati rakyat Malaysia!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.