Terlalu banyak fesyen di pasaran sehingga anda tidak tahu untuk membuat pilihan. Anda juga cenderung membeli pakaian yang murah dan akhirnya baju itu tidak sesuai dengan personaliti. Membazir! Tapi sebenarnya, ada di antara peraturan fesyen ini yang boleh anda abaikan.
1. Jangan gabungkan jenama mewah dan jenama biasa
Sebagai generasi millennial ataupun gen Y yang berdikari, tidak semua pakaian dan aksesori anda dari jenama mewah. Anda bebas menggayakan street style yang kini menjadi kegilaan. Jadi, tidak salah untuk menggayakan sebuah beg tangan Michael Kors dengan denim yang berharga RM10 yang dibeli di kedai bundle.
2. Hanya perempuan rendah boleh berkasut tumit tinggi
Jika inspirasi fesyen anda adalah Gigi Hadid, Kendall Jenner ataupun Karlie Kloss, abaikan terus peraturan ini. Kasut tumit tinggi bebas dipakai oleh siapa pun tidak kira ketinggian. Jadi jika anda sememangnya dikurniakan ketinggian, apa salahnya anda tonjolkan.
3. Jangan gabungkan corak bersama corak
Kedua-dua ini adalah kombinasi yang cantik jika anda pandai gayakan corak dan corak bersama. Apa salahnya corak abstrak digabungkan bersama corak abstrak juga. Hanya mereka yang berkeyakinan sahaja mampu membawa gaya ini dan anda harus cuba.
Ads
4. Wanita gempal tidak sesuai memakai skirt labuh
Bila pakai nampak lagi besar? Itu peraturan zaman pra-sejarah. Kini wanita gempal juga boleh tampil berkeyakinan dengan variasi skirt labuh dan pastinya nampak hebat seperti wanita biasa. Asalkan bentuknya sesuai mengikut bentuk badan dan pandai bermain warna, you are good to go!
5. Hanya lelaki boleh berpakaian menswear
Dunia semakin berubah dan begitu jugalah dalam fesyen. Hakikatnya, wanita juga boleh mengenakan menswear dengan cara yang tersendiri dan tampil cukup elegan. Stail androgini sangat menjadi perhatian masa kini. Wanita yang mengenakan pakaian menswear namun tetap diselitkan dengan ciri-ciri feminin.
6. Jangan memakai stoking bersama kasut terbuka di depan
Ads
Siapa lagi yang kata gaya ini ibarat orang tua? Anda juga boleh tampil bergaya dengan memakai stoking bersama kasut tumit tinggi.
7. Sequin dan metalik hanya untuk malam sahaja
Gabungkan sequin dan warna metalik bersama pakaian serba hitam anda ke pejabat hari ini. Pasti anda akan tampil kelihatan bergaya dan menawan. Kini warna metalik dan sequin bukan sahaja sesuai dipakai pada waktu malam malah turut boleh digayakan ketika waktu matahari memancar.
Ads
8. Kasut dan beg tangan haruslah warna sama
Konsep beg dan kasut perlu sama warna ini dah lama ditinggalkan. Anda boleh menggayakan apa juga warna yang berlainan pada kasut dan beg ketika keluar. Jika anda berani menggabungkan corak juga tetap tiada kesalahan.
9. Wanita petit jangan pakai dress panjang
Dunia yang bebas ini tidak pernah mengehadkan apa-apa jenis peraturan fesyen pada wanita kecil. Anda boleh memakai apa sahaja dress labuh walaupun tiada ketinggian. Bukan model sahaja dibenarkan berpakaian begini kerana anda wanita kecil juga boleh membawa gaya ini asalkan potongannya sesuai mengikut badan.
10. Jangan gabungkan denim bersama denim
Yes, peraturan fesyen dulu ada mengatakan jangan gabungkan baju denim anda bersama sepasang jeans. Kini tidak lagi. Jika anda penggemar denim, tidak salah untuk menggabungkannya ketika keluar. Pasti anda akan kelihatan cukup edgy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepul-kepul asap dari hembusan rokok, sekalipun tak kelihatan di mata kasar namun yang melekat pada rambut serta baju tetap memudaratkan. Inilah yang terpaksa ‘ditelan’ oleh wanita moden berkerjaya dalam persekitaran tempat yang dikelilingi perokok. Dalam bahaya, tidak mustahil kesihatan juga terancam gara-gara asap rokok pasif atau dikenali second-hand smoker.
Menurut kajian, perokok pasif adalah mereka yang secara tidak sengaja dipaksa menyedut asap rokok yang dihembuskan oleh perokok.
Walaupun seseorang wanita itu tidak merokok tetapi beliau terdedah kepada asap yang dihembus keluar daripada mulut rakan perokok di pejabat dan tempat-tempat awam yang dikunjungi.
Tak adil, bayangkanlah kelompok perokok pasif sebenarnya terdedah kepada ancaman asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif. Ketika bekerja dan dikelilingi perokok aktif, kesihatan kita masih boleh terancam kerana rokok yang dinyalakan akan melepaskan asap rokok yang mengandungi lebih 7000 bahan kimia, dan kira-kira 250 daripadanya dikenal pasti berbahaya termasuk mengandungi hydrogen cyanide, karbon monoksida dan ammonia.
TAR seringkali disalah erti sebagai bahan yang digunakan dalam pembuatan jalan raya tetapi TAR yang dibincangkan sebenarnya adalah sisa-sisa zarah yang terkandung dalam asap rokok.
Apabila nikotin dan wap air dikeluarkan dari asap rokok, yang tertinggal adalah TAR dan TAR ini boleh melekat kepada perabot, beg, baju mahupun kulit kita. Walaupun rokok telah dipadam, bahan kimia toksiknya tetap boleh menjejaskan kesihatan orang yang berhampiran.
Berdasarkan penyelidikan, sebanyak 4 daripada 10 orang di Malaysia yang bekerja di dalam bangunan terdedah kepada asap rokok basi yang turut akan memberi kesan negatif terhadap perokok pasif.
PENYELESAIAN BEBAS ASAP
Bagaimana boleh majikan serta para perokok menangani masalah merokok ini di tempat kerjaya? Pada mereka yang merokok, berhenti merokok merupakan cara yang terbaik untuk masalah ini, namun bukan kesemua orang boleh berhenti ataupun mahu berhenti.
Oleh itu, majikan boleh mengambil dan mempertimbangkan langkah untuk memelihara kesihatan para pekerja terutamanya golongan wanita dan mereka yang tidak merokok.
(1) Majikan menganjurkan ceramah kesihatan berkaitan dengan pengurangan bahaya tembakau (Tobacco Harm Reduction)
Kempen Tobacco Harm Awareness merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya rokok dan kesan buruknya terhadap kesihatan.
Tujuannya adalah untuk memberikan informasi kepada masyarakat tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok dan mendorong perubahan perilaku untuk mengurangkan atau menghentikan penggunaan tembakau.
Antara yang boleh dilakukan adalah memberi pendidikan kesihatan, umpamanya menyediakan maklumat yang jelas dan mudah difahami tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok. Majikan juga boleh menawarkan program bantuan untuk berhenti merokok seperti sesi kaunseling, aplikasi berhenti merokok atau kelompok sokongan.
(2) Mengadakan minggu bebas asap rokok dan menggalakkan gaya hidup aktif
Dengan mewujudkan persekitaran bebas asap rokok di tempat kerja, majikan dapat mengurangkan bahaya terhadap dedahan bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Apabila udara persekitaran bersih dan segar, barulah kesihatan terjamin serta mengurangkan risiko berkaitan asap rokok.
Dengan menggalakkan perokok untuk berubah kepada penggunaan produk alternatif bebas asap seperti Heated Tobacco Product (HTP) yang mampu mengurangkan kemudaratan kesihatan sebanyak 95% berbanding menghisap rokok tradisional.
HTP merupakan produk yang hanya memanaskan tembakau dan tidak membakar, oleh itu ia tidak melepaskan asap rokok yang merupakan punca utama penyakit berkaitan rokok.
Menyedari ruang persekitaran bekerja mengambil 1/3 masa kehidupan kita, penting untuk memastikan ia selesa serta selamat untuk semua pekerja termasuklah golongan bukan perokok, tidak kira lelaki mahupun wanita.
Bertukarlah kepada gaya hidup yang lebih sihat demi kebaikan semua pihak. Dunia tanpa asap rokok bukan saja menyegarkan, malah tanda prihatin kita terhadap kesihatan diri serta orang tersayang!
Pernah terasa mata asyik berkelip-kelip, kabur dan pedih? Paling tak tahan, bola mata rasa kesat dan berpasir. Jika ada, maknanya dah sampai masa untuk pakai ubat penitis mata yang sesuai supaya lembapan mata yang hilang dapat dikembalikan.
Zaman ini ada banyak penyebab masalah kekeringan mata. Antaranya kesan terlalu lama menatap buku, skrin komputer atau telefon pintar. Ia juga mungkin disebabkan pemakaian contact lens, iritasi, keletihan atau penyakit tertentu yang menyebabkan air mata semula jadi gagal memberi lembapan yang sebaiknya.
Semakin digosok, semakin sakit. Masalah kekeringan mata kerap dialami individu seawal 25 tahun ke atas khususnya wanita. Ia ditandai dengan gejala mata pedih atau panas, terasa seperti berpasir, air mata berlebihan, banyak mengeluarkan tahi mata, gatal dan kelopak mata berat.
Apabila menghidapi masalah kekeringan mata, salah satu cara terbaik untuk mengubatinya adalah dengan memakai ubat penitis mata. Cecair penitis mata biasanya didatangkan dalam kepekatan berbeza, ada yang pekat seperti jeli dan ada juga yang cair.
Dah cuba pelbagai penitis mata tapi mata tetap kering? Sebenarnya tidak semua penitis mata mampu menyelesaikan masalah ini. Anda mungkin perlukan solusi yang lebih efektif dan menyeluruh seperti Rohto Advanced Dry Aid terbaharu.
3 CARA ATASI MATA KERING
Rohto Advanced Dry Aid dirumus dengan teknologi TearShield dari Jepun yang berfungsi secara unik untuk mengekalkan lembapan pada lapisan permukaan mata. Seperti fungsi air mata semula jadi, lapisan ini mampu mencegah geseran dan penyejatan air mata.
Ia juga berfungsi sebagai bahan pelincir dan melegakan 8 simptom mata kering iaitu kekeringan, rasa sakit, gatal, iritasi, kesat, menyengat, letih dan kabur, selain memberi kelegaan sehingga 12 jam.
Rohto Advanced Dry Aid bertindak pantas untuk mengatasi masalah mata kering, memberikan keselesaan dengan lembapan berpanjangan malah selamat digunakan kerana diperbuat daripada air tulen mengikut standard Japanese Pharmacopoeia.
CARA PENGGUNAAN
Rohto Advanced Dry Aid didatangkan dalam botol jernih, langsing dan transparen bagi mempamerkan ketulenan dalam setiap titisan. Hanya picitkan nozel ke bola mata agar permukaannya kembali segar dan jelas!
Bayangkan bola mata yang segar tanpa keletihan serta pandangan yang lebih jelas. Barulah cergas dan bersemangat menyelesaikan tugas-tugas harian. Memang setiap wanita patut simpan Rohto Advanced Dry Aid ni dalam beg tangan sebagai penyelamat mata!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ogos lalu, ikon Youtuber, Asyalliee Ahmad pernah mengumumkan di media sosial kisah dukanya keguguran namun keajaiban dari Allah, kandungan Asya kini sedang membesar dengan baik. Rezeki Asya Semakin luas apabila produk supplemen Hello Peach Please mendapat pengiktirafan daripada majalah kecantikan Singapura.
Semakin menjadi-jadi perniagaan ikon Youtuber ni. Kejayaan dan rezeki diterimanya bukan hanya untuk diri sendiri tetapi dikongsikan bersama ibu dan bapa mentuanya. Rasa sebak menonton video yang dikongsikan Asya di laman instagramnya tidak lama dahulu.
https://www.instagram.com/p/CBXpnavlbX8/
Peredaran zaman kadang-kala membuatkan generasi ‘lama’ seakan terkebelakang. Dari segi teknologi sudah tentulah jauh berbeza dan kini idealogi anak-anak muda juga sangat dilakar jauh dari pemikiran kita dahulu. Mereka lebih berdikari, lebih bijak mengatur kehidupan dalam mencari rezeki bukan hanya untuk diri, tetapi keluarga yang dibina.
Mengenali ikon Youtuber yang merangkul salah satu anugerah ASEAN Outstanding Business Award 2019, Asyalliee Ahmad atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba membuka luas minda penulis mengenai anak-anak muda kini.
Dikenali melalui video-video tutorial solekan serta berjaya menarik 400,000 subscribers di Youtube sehingga dia digelar Beauty & Make Up Guru, Asyalliee kini hidup selesa bersama keluarga.
Walaupun masih lagi aktif berkongsi tips-tips solekan dan penjagaan wajah, dia kini sudahpun bergelar usahawan melalui perniagaan kecantikan dan kesihatan Loveliee. Meminjam Love dan gabungan Lliee dari namanya sendiri, Asya kini sudah boleh menarik nafas lega kerana impiannya untuk menjadikan setiap wanita cantik dan lebih berkeyakinan tinggi sudah terlaksana.
“Saya memang cintakan bidang solekan. Saya sudah terbiasa bersiap cantik untuk menghadiri majlis atau untuk sekadar content di dalam Instagram. Bila dah bersolek, tentulah kita rasa diri kita cantik dan ketika itulah keyakinan kini makin melonjak.
Nak buat apa pun kita yakin, waima hanya untuk berada di rumah. Disebabkan itu, ia memberi inspirasi kepada saya untuk menjalankan perniagaan ini. Bukan hanya untuk saya, tetapi setiap wanita di dunia,” katanya penuh semangat.
HIDUP MISKIN
Perjalanan yang dilaluinya bukanlah semuanya indah. Wanita kacukan Thailand-Melayu ini pernah terjah ke dunia modelling namun itu bukan ‘jiwanya’.
“Saya mula dengan perkongsian video solekan di Youtube. Kemudian saya masuk ke dunia modelling dan baru mulakan perniagaan. Saya pernah ditipu, dijadikan kambing hitam, difitnah dan tidak dibayar dulu. Mungkin kami suami isteri tidak ada pengalaman dalam bisnis ini tambahan pula saya masih muda, mungkin itu yang menyebabkan orang mengambil kesempatan.
Waktu kecil dulu pun saya digelar budak miskin. Arwah ibu hanyalah seorang tukang masak yang sering berpindah-randah. Kalau nak tahu, saya pernah menetap di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Kedah kerana mengikut ibu. Jadi saya tak ramai kawan. Sewaktu di Kedah, arwah ibu dapat menjadi tukang masak di kedai dan diberikan sebuah hostel kecil untuk kami tiga beranak.
Di situlah kami tidur dan makan. Kawan-kawan di sekolah gelarkan saya budak miskin, budak kotor, tak mandi malah mereka jauhkan diri dari kami. Hendak ke sekolah pun terpaksa berjalan kaki sejauh 2km. Lepas ibu meninggal dunia, saya dan adik terpaksa berpisah kerana kami tinggal berasingan bersama kakak-kakak yang sudah berkahwin,” ceritanya.
PERKAHWINAN
Masih kekal cantik dan bertubuh langsing, surihati kepada Eboy Arbaain dan ibu kepada dua cahaya mata, Haider Mikhael dan Siti Helena Adrianna ini terus diuji dalam kehidupan. tidak pernah berputus asa, Asya dan suami terus bangkit mencari rezeki halal.
“Sebelum berkahwin, saya memang hidup hasil daripada review yang dibuat di Instagram. Itulah perbelanjaan untuk makan, membeli keperluan seperti barang solekan, baju dan mungkin beg tangan. Selepas berkahwin, saya masih mencari pendapatan dengan hasil review tetapi di bawah satu pengurusan. Saya menjadi duta produk dan aktiviti modelling juga. Namun, upah yang diterima sangat sedikit berbanding percentage yang diambil pihak pemgurusan.
Baru beberapa minggu usia kandungan pertama, saya difitnah meniru rekaan fesyen seorang pereka. Tidak ada sesiapa yang menegakkan kebenaran dan saya menjadi mangsa kambing hitam! Duit dalam bank hanya tinggal tak sampai RM500 untuk kami hidup. Saya terlalu stress dan emosi saya sangat terganggu ketika itu. Saya jual baju K-Pop yang saya gemari, beg-beg tangan walaupun tak berjenama hanya untuk beli makanan.
Mujur kakak-kakak dan kawan-kawan sedia membantu. Di rumah merekalah tempat kami menumpang makan. Saya sentiasa berdoa agar Allah mengubah hidup kami menjadi lebih baik dan menunjukkan kepada kami kebenaran. Kami rasa sungguh teraniaya!”ujarnya.
CABARAN DAN MATLAMAT
Di sebalik setiap kesukaran, tentunya terbit hikmah di hujung jalan. Ujian dari Allah tak pernah surut. Dalam perniagaan juga ada kalanya kuat juga dugaan dihadapi.
“Menjadi seorang influencer, susah juga untuk sentiasa nampak ‘sempurna’ di mata orang. Sedangkan saya juga sama seperti orang lain yang melakukan kesilapan. Saya sendiri masih mencari ruang untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan tetapi terpaksa hadam setiap kecaman. Jujurnya ia memang menambahkan tekanan tetapi itulah cabaran seorang influencer.
Setiap kali saya jatuh, saya anggap diri saya kalah. Untuk bangkit semula, saya letakkan dua BIG WHY iaitu untuk memberikan anak-anak saya hidup senang. Saya tak mahu mereka hidup susah seperti kami dulu. Dan, saya juga ingin memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Kesusahan dalam hidup dulu memang banyak mengajar saya mengenai hidup. Betullah kata orang, kalau asyik memandang ke langit, sesekali perlu juga menjenguk rumput di tanah.
Memilih posting yang sesuai untuk tatapan viewer setiap hari juga mencabar. Saya pentingkan feed yang bermakna serta aesthetically pleasing to the eyes kerana dalam industri ‘influencer’ ini, kita perlu berikan value dalam setiap posting untuk kekal relevan. Kalau setakat tayang gambar cantik sahaja tidak mampu untuk membuatkan kerjaya anda tahan lama,” katanya.
Pada usia 23 tahun, Asyalliee sudah memiliki beberapa buah kereta mewah dan koleksi beg berjenama. Segala kepayahan yang dihadapi sudahpun dibayar dengan kesenangan masa kini. Apakah perasaan anda?
“Ini semua pinjaman dari Allah. Saya tak boleh rasa terlalu happy atau bangga dengan kurniaan ini kerana ia hanya bersifat sementara. Saya kira, ini adalah rezeki anak-anak dan perlu digunakan sebaik mungkin. bila Allah dah berikan ilmu serta pengalaman, saya mahu kongsikan bersama orang lain. Niat saya, untuk membantu orang.
Saya kuat berangan. Macam-macam saya mahu tetapi Allah itu lebih mengetahui. Dia memberi apa yang saya perlu, bukan apa yang saya mahu. Matlamat saya adalah untuk naikkan perniagaan orang Islam dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum wanita.
InsyaAllah, tak lama lagi saya akan mengeluarkan single sulung. Dari seorang ahli perniagaan, saya juga akan mula menceburi bidang nyanyian. Doakan ini menjadi salah satu peluang untuk saya kembangkan lagi bakat dan kurniaan Allah kepada saya.” Katanya mengakhiri perbualan.
Kredit foto dan video: Instagram Asyalliee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jumaat Terakhir Rejab mengingatkan umat Islam tentang malam Israk dan Mikraj. Ketahui 3 amalan ringan yang sahih dan menenangkan jiwa, khusus buat wanita.