Lalui Proses R&D Yang Panjang, MAS HARYATI Kini Berbangga Dengan Produk Terbaharu Fillea Health & Beauty

Tahun baru 2023 merupakan permulaan terbaik buat Fillea Health and Beauty Sdn Bhd (Fillea Health and Beauty) kerana baharu sahaja mengenggam anugerah di NONA Superwoman Award 2022 di mana jenama tersebut membawa pulang trofi pengiktirafan NONA Best Slimming Supplement Award.

Menurut pengasasnya, Mas Haryati Baharudin, ia merupakan pengiktirafan yang menjadi kenangan manis buat dirinya yang baharu empat tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Malah anugerah tersebut juga turut menjadi pemangkin untuk dirinya berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan jenama serta menghasilkan lebih banyak produk yang bermutu tinggi.

Fillea Health and Beauty ditubuhkan pada tahun 2019. Pada peringkat awal penubuhannya,  ia lebih memfokuskan kepada produk ‘supplement’ yang membantu individu mengawal berat badan sekali gus memiliki tubuh badan langsing.

Tahun ini,  Fillea Health and Beauty Sdn Bhd (Fillea Health and Beauty)  melancarkan produk terbaharu iaitu  Fillea Hot Charming Cream yang telah berada di pasaran sejak penghujung tahun lalu.

“Setelah melalui beberapa peringkat research & development, akhirnya Fillea Health and Beauty mengeluarkan produk terbaharunya pada penghujung tahun lalu. Produk keempat ini merupakan krim yang membantu membakar lemak dengan lebih mudah,” ujar Mas Haryati atau lebih mesra disapa Massieww.

Selain produk terbaharu itu, Fillea Health and Beauty turut mempunyai produk lain seperti Fillea Tablet, Fillea Bodyfit dan Fillea Bodycurve.

Menyedari kepentingan pemasaran dan promosi jenama, pasangan suami isteri, Tuan Muhammad Faizal Mohd Zazali dan Mas Haryati Baharudin turut mempergiatkan promosi produk keluaran syarikatnya di pelbagai medium digital dan sebagainya untuk memastikan jenama Fillea Health and Beauty mudah diingati dan dikenali oleh masyarakat.

“Melangkah ke tahun ke 4 dalam perniagaan, saya lebih tenang dan fokus dalam merencanakan strategi perniagaan. Banyak suka dan duka telah saya lalui dan ia sedikit sebanyak mematangkan saya dalam dunia perniagaan.

Sokongan dan dorongan dari suami, Muhammad Faizal Mohd Zazali yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Fillea juga merupakan tonggak kekuatan saya selama ini. Dia banyak membantu saya dengan memberi semangat serta dorongan bukan sahaja dari segi fizikal dan mental.

Kejayaan Fillea  Health &  Beauty mungkin tidak sehebat mana di mata orang lain, tetapi kejayaan tersebut adalah merupakan proses pembelajaran buat kami. Selagi ada perkembangan, itulah usaha yang perlu dipertingkatkan. InsyaAllah, akan ada hasil dan pulangannya kelak,” ujar Mas Haryati seraya mengakhiri perbualan.

 

 

IKLAN
Share