Tahun baru 2023 merupakan permulaan terbaik buat Fillea Health and Beauty Sdn Bhd (Fillea Health and Beauty) kerana baharu sahaja mengenggam anugerah di NONA Superwoman Award 2022 di mana jenama tersebut membawa pulang trofi pengiktirafan NONA Best Slimming Supplement Award.
Menurut pengasasnya, Mas Haryati Baharudin, ia merupakan pengiktirafan yang menjadi kenangan manis buat dirinya yang baharu empat tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Malah anugerah tersebut juga turut menjadi pemangkin untuk dirinya berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan jenama serta menghasilkan lebih banyak produk yang bermutu tinggi.
Fillea Health and Beauty ditubuhkan pada tahun 2019. Pada peringkat awal penubuhannya, ia lebih memfokuskan kepada produk ‘supplement’ yang membantu individu mengawal berat badan sekali gus memiliki tubuh badan langsing.
Ads
Tahun ini, Fillea Health and Beauty Sdn Bhd (Fillea Health and Beauty) melancarkan produk terbaharu iaitu Fillea Hot Charming Cream yang telah berada di pasaran sejak penghujung tahun lalu.
“Setelah melalui beberapa peringkat research & development, akhirnya Fillea Health and Beauty mengeluarkan produk terbaharunya pada penghujung tahun lalu. Produk keempat ini merupakan krim yang membantu membakar lemak dengan lebih mudah,” ujar Mas Haryati atau lebih mesra disapa Massieww.
Ads
Selain produk terbaharu itu, Fillea Health and Beauty turut mempunyai produk lain seperti Fillea Tablet, Fillea Bodyfit dan Fillea Bodycurve.
Menyedari kepentingan pemasaran dan promosi jenama, pasangan suami isteri, Tuan Muhammad Faizal Mohd Zazali dan Mas Haryati Baharudin turut mempergiatkan promosi produk keluaran syarikatnya di pelbagai medium digital dan sebagainya untuk memastikan jenama Fillea Health and Beauty mudah diingati dan dikenali oleh masyarakat.
“Melangkah ke tahun ke 4 dalam perniagaan, saya lebih tenang dan fokus dalam merencanakan strategi perniagaan. Banyak suka dan duka telah saya lalui dan ia sedikit sebanyak mematangkan saya dalam dunia perniagaan.
Sokongan dan dorongan dari suami, Muhammad Faizal Mohd Zazali yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Fillea juga merupakan tonggak kekuatan saya selama ini. Dia banyak membantu saya dengan memberi semangat serta dorongan bukan sahaja dari segi fizikal dan mental.
Kejayaan Fillea Health & Beauty mungkin tidak sehebat mana di mata orang lain, tetapi kejayaan tersebut adalah merupakan proses pembelajaran buat kami. Selagi ada perkembangan, itulah usaha yang perlu dipertingkatkan. InsyaAllah, akan ada hasil dan pulangannya kelak,” ujar Mas Haryati seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya hampir seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia merafakkan syukur apabila penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melahirkan seorang puteri, 19 Mac lalu.
Berkat doa, penantian dan usaha mendapatkan zuriat yang tak berhenti-henti, pasangan ini akhirnya menerima berita gembira selepas 11 tahun bersabar. Nona terkenang kata-kata Dato’ Sri Siti semalam, katanya kalau dia menunggu 11 tahun, suaminya pula menunggu 18 tahun untuk mendapatkan seorang anak perempuan!
Nona turut bertuah menerima undangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza seisi keluarga bagi meraikan majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik yang diadakan secara tertutup di kediaman mereka, malam tadi.
Selain wajah Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri, perhatian Nona malam tadi tercari-cari sosok tubuh ibunya iaitu Siti Salmah Bachik. Dari awal majlis hingga ke penghujung acara, akhirnya kesempatan ingin menyapa ibu penyanyi paling popular di Malaysia ini tercapai jua.
Ramah seperti biasa, ibu Dato’ Sri Siti yang tak pernah lekang dengan senyuman turut menyatakan kesyukurannya terhadap kelahiran Siti Aafiyah. “Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi. Penantian Siti selama ni tak sia-sia,” jawabnya sambil tersenyum mesra.
Kesempatan berbual ringkas, sedikit harapan beliau sempat dirakamkan buat tatapan peminat.
Bertuah sungguh Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana sepanjang menjalani tempoh berpantang, beliau ditemani oleh ibu sendiri dan ibu mertuanya di rumah.
Meskipun mengambil pakej penjagaan selepas bersalin oleh Natalis Mother Care, namun perhatian dua ibu kesayangan beliau ini menambah semangatnya untuk menjaga anak tersayang.
Bercakap kepada media, beliau turut berkongsi pengalaman pertama melahirkan Siti Aafiyah yang baru genap tujuh hari dilahirkan.
Dalam video ni, nampak tak riak wajah ibu Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang betul-betul cemas? Rasanya semua ibu-ibu pun turut merasakan debar yang sama kalau anak perempuan bersalin, kan?
“Sebenarnya waktu bersalin tu, saya banyak kehilangan darah atas sebab-sebab kesihatan. Walau bagaimanapun situasi mencemaskan tersebut berjaya diatasi oleh pakar perubatan. Selepas 3 hari, saya dah cuba berjalan perlahan-lahan walaupun masih terasa sakitnya,” ujar beliau sambil menetapkan tempoh 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.
Cabaran setakat ini? “Of course untuk susukan Aafiyah. Bukan senang, tapi bila mengingatkan semula bagaimana ibu saya berjaya membesarkan lapan orang anaknya, saya bersemangat balik.
Saya juga banyak dibantu oleh menantu, Tya Ariffin yang sampai sekarang masih menyusukan Arif. Dialah yang rajin ingatkan saya, bangun 2 jam sekali, cara mengepam susu, beritahu makanan untuk tambah susu dan macam-macamlah!
Jujurnya hari ni pun saya dapat tidur 3 jam jer. Aafiyah ni jenis tidur siang tapi bangun malam. Eye bag saya jangan tengoklah! Tapi takpe, saya percaya kalau kita tekad nak beri susu badan, memang kena banyak berkorban. Semua ini saya buat kerana Allah.
Harapan saya semoga diberi kekuatan melalui waktu berpantang ni dengan sebaik mungkin. Saya dan suami juga kalau boleh mahukan Aafiyah hidup normal macam budak-budak lain.
Tak perlu glamor sangat walaupun saya tahu tentu susah sebab ibunya penyanyi. Apa pun jika ada perancangan untuk Aafiyah, semuanya di atas perbincangan saya dan suami dulu,” terus terang Dato’ Sri Siti yang mahu dipanggil Ibu oleh anaknya nanti.
MERIAH
Kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri antara tetamu kehormat yang sudi menyerikan acara marhaban dan bertahnik yang diadakan, selain kaum kerabat dan sahabat handai.
Kegembiraan pasangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut diraikan dengan pengumuman nama puteri kesayangan mereka, Siti Aafiyah Binti Khalid, genap tujuh hari dilahirkan.
Nama Siti Aafiyah dipilih kerana nama itu cukup indah daripada segi maknanya. “Nama ini saya dapat ketika menunaikan umrah. Saya dapati nama itu sering disebut dalam doa dan dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas yang bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.
Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Sejak dilahirkan, puteri sulung itu dipanggil ‘Fatimah Az-Zahra’, sempena nama anakanda Nabi Muhammad. Dato’ Sri Siti melahirkan bayi sulung secara pembedahan pada jam 8.17 pagi, Isnin lalu. Berita kelahiran si ‘Comel Pipi Merah’ itu disambut riang peminat yang menanti detik bersejarah itu.
Ketika ini, Siti sedang fokus menjalani tempoh berpantang sebelum dijangka kembali aktif menjelang akhir tahun ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila berada di tanah suci Mekah tiada lagi perbezaan darjat mahupun pangkat. Semua yang ada sama di sisi Allah SWT.
Pengalaman kali pertama menunaikan umrah pada Mac 2019 telah membawa perubahan besar dalam kehidupan jurutera wanita, Surina Mohd Zain. Ia juga mengajar Surina menjadi seorang yang redha dengan takdir Allah SWT.
Lebih membahagiakan Surina apabila niatnya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sebelum usia 40 tahun termakbul.
“Setiap kali selesai solat saya sering berdoa semoga suatu hari nanti saya dapat ke tanah suci sebelum usia 40 tahun. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan apabila pada Mac 2019 saya berpeluang menunaikan umrah untuk pertama kalinya pada usia 39 tahun.
Sejak dulu saya memang dah berniat, sebelum umur 40 tahun mesti ada turning points ke arah kebaikan termasuk tujuan hidup. Objektif hidup saya ialah berjaya di dunia dan akhirat.
Saya ke tanah suci pada 20-30 Mac 2019 diuruskan oleh agensi pelancongan berdaftar, Qalesya Travel & Services Sdn Bhd.
PENGALAMAN PERTAMA
Memandangkan ini pengalaman pertama saya, segala persiapan dilakukan sebaik mungkin. Sewaktu menjejakkan kaki ke tanah suci perasaan saya berlainan sekali, tidak seperti beberapa trip yang pernah saya pergi sebelum ini. Ia cukup membahagiakan dan menenangkan jiwa. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Saya berpeluang menunaikan solat di Hijir Ismail selama 30 minit. Saya juga dapat mencium Hajarul Aswad dengan pertolongan 2 wanita dari Indonesia termasuk menjejakkan kaki ke Raudah. Saya dapat bersolat dan berdoa dengan selesa. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan atas izin-Nya.
Cuma saya tidak berkesempatan untuk melakukan tawaf wida’ kerana tiba-tiba datang haid. Selepas makan ubat, haid berhenti dan saya dapat meneruskan ibadah semula di Madinah.”
PERISTIWA MENAKJUBKAN
“Peristiwa ini terjadi ketika saya berniat hendak membawa kerusi wakaf masjid ke hotel atas sebab tertentu. Nak dijadikan cerita ketika saya hendak mengambilnya di masjid, kerusi itu dah tiada di tempatnya. Lantas saya berniat untuk mencarinya semula esok selepas Subuh. Saya kembali ke hotel.
Namun apa yang berlaku amat menakjubkan. Pulang saja dari menunaikan solat isyak di masjid saya terkejut apabila melihat kerusi itu ada di depan pintu bilik hotel. Subhanallah!”
TERUS ISTIQAMAH
“Pengalaman ke tanah suci telah menjadikan saya seorang yang lebih redha dengan takdir Allah SWT. Saya percaya kita mesti berbuat baik dalam apa jua perkara mahupun keadaan demi mendapatkan ganjaran kebaikan dari Allah SWT. Semuanya kerana Dia.
Bagi saya segala yang dilakukan mahupuan kejayaan adalah untuk dunia dan akhirat. Ia perlu selari dan berpandukan ajaran serta undang-undang Islam. Secara tak langsung saya dapat menjaga penampilan dan kelakuan dengan baik.
Impian saya selepas ini ialah untuk menunaikan ibadah haji pula. Never say good bye to Kaabah and Mecca. I will come back. Rindu sangat!”
Kredit Foto: Instagram Surina Mohd Zain
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehidupan pasangan selebriti romantis ini memang sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Tidak hanya menjadi sumber inspirasi dalam mendidik anak-anak, malah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos lambang suami isteri contoh kerana sikap mereka yang saling menghormati antara satu sama lain.
Tanggal 10.10. 2022 yang lalu genap 12 tahun Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos melayari bahtera rumahtangga.
Rumahtangga mereka diserikan dengan kehadiran enam orang cahaya mata iaitu Bella, Tasha, Adam, Noah, Eusoff dan Emelia yang sering menjadi tatapan di laman Instagram milik Dr Sheikh mahupun Dr Halina.
Setiap kali muncul posting daripada Dato’Dr Sheikh Muszaphar atau Datin Dr Halina, ia penuh kata-kata motivasi dan ilmu untuk dikongsikan bersama. Malah posting Dr Sheikh Muszaphar sering menjadi inspirasi terutamanya bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai dan bagaimana pasangan suami isteri ini mendidik anak-anak mereka.
Lebih membanggakan, anak-anak pasangan ini tidak dididik dengan kemewahan yang melampau tetapi diberi didikan sosial skills dan pelajaran sebaik mungkin. Malah mereka juga menjadi pelajar terbaik di sekolah mereka!
Untuk kali ini, dedikasi ucapan sempena sambutan ulangtahun perkahwinan mereka pula mencuri perhatian umum. Seperti pasangan suami isteri yang lain, meraikan ulang tahun perkahwinan sememangnya mencipta memori yang indah apatah lagi apabila sudah lama mendirikan rumahtangga.
Momen istimewa ini wajar diraikan untuk mengenang kembali saat indah bergelar suami isteri serta meluangkan masa berdua-duaan.
Pasangan ini mengambil kesempatan menikmati hidangan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Kali ini, momen tersebut diraikan berdua tanpa ditemani oleh anak-anak tersayang.
Dr Halina juga memuat naik sekeping foto mereka bersama dan ucapannya juga istimewa sempena meraikan ulang tahun perkahwinan ke 12 ini.
10.10.07 10.10.10 Alhamdulillah – Its been a blessed 12 years of marriage How time passes Our love is getting stronger Our respect to each other Our understanding Our Compromises & Sacrifices Give & Take Building each other’s strength Have been our pillars from the start .
The kids are growing Juggling work with Family has never been easy Bella , Tasha , Adam , Noah , Eusoff & Emelia They been a handful We try to play our role As best as possibly could Raising them to become the best Instilling them with good values Respecting and helping others in need To become great Ummah Dunia & Akhirah …
Both of us understand what needs to be done Same goal Same mission Things which we discussed and agreed upon Even before Bella was born The path is crystal clear But time has been our greatest challenge To be there for our kids At all times .. No matter how busy we are One needs to be there .. Sending , Picking , Classes , Activities , Showering , Bedtime … One of us just need to make sacrifices ..
But so far so good We manage somehow After all these years 12 years with 6 kids A challenge it has been But never once regretted If I could change the time The choice would have been the same
Alhamdulillah .. Bersyukur Sangat Love As Always
Diam tak diam, sudah 12 tahun pasangan ini melayari bahtera rumahtangga. Dikurniakan dengan enam orang cahaya mata, Bella, Tasha, Adam, Noah, Eusoff dan Emelia, pasangan romantis ini seringkali menjadi perhatian kerana bukan sahaja cara didikan mereka terhadap anak-anak tetapi sikap mereka berdua yang saling hormat-menghormati.
12 years and 6 children later, here we are..
First two year of marriage, we were like other couples. We fight, we argue.. because we are just humans. I have learned to choose my battle wisely. Winning every argument at the expense of his feeling is not actually winning. I have learned that love is made of trust, surrender and forgiveness.
When we first got married, he asked me to understand his dreams. He wanted to inspire the young generations to dream big. He needed me to be strong, next to him. Until today, 15 years later after he became the first Malaysian to land in ISS, I still see the fire in his eyes. I’m so proud of him.
Happy 15th space anniversary to my dear husband..
and 12 years of being married to you has been awesome!! Thank you for tolerating me hehehe.. I love you, S!
To growing old together, here and afterlife.. X
Untuk rekod, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengikat pertunangan dengan Dr Halina Mohd Yunos di Hotel Allson Kelana pada 1 Januari 2010. Tanggal 10.10.10, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MasyaAllah terpikat dengan keanggunan ibu kepada Fathia Latiff. Tidak hairanlah aktres ini memiliki raut wajah cantik menawan. Mewarisi kejelitaan ratu hati kesayangan rupanya. Meskipun sudah berusia namun rupa paras ibu Fathia iaitu Badriyah Hassan tetap memikat pandangan.