Bidang perniagaan sememangnya menjamin sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Baru-baru ini, Kyut Skin, sebuah jenama penjagaan kulit tempatan milik Fabulove Sisters Empire baru-baru ini meraikan majlis pelancaran produk keluarannya dan seiring dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin yang terletak di Ampang. Antara produk keluaran Kyut Skin termasuklah Stik Pelindung Matahari, Oli Face Cleansing Sheet, Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser.
Ia telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya antaranya termasuklah Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk produk stick pelindung matahari. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023 yang lalu.
Menyedari persepsi masyarakat mengenai kebanjiran produk ‘timbang kilo’ di pasaran, Fabulove Sisters Empire mengambil inisiatif tersendiri mengeluarkan produk berasaskan bahan organik dengan bantuan teknologi kecantikan dari Korea.
Ads
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Menyedari kesedaran di kalangan wanita Malaysia mengenai kepentingan penjagaan kulit untuk kekal cantik dan sihat untuk jangka masa panjang, syarikat tersebut komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan bermanfaat.
“ Kunjungan ke Korea Selatan untuk menjalin kerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih telah dilakukan demi memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi. Kami komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan memberi manfaat untuk para pengguna,” ujar Fathini.
Tidak hanya mahu menumpukan perhatian kepada bidang penjagaan kulit, jelas Jelas Fathini yang turut popular dengan panggilan Nini Comei, Kyut Skin merupakan langkah pertama mereka dalam dunia perniagaan sebelum Fabulove Sisters Empire meneroka peluang bidang perniagaan lain pula.
Ads
Sebagai langkah permulaan, Kyut Skin membuka ruang pameran eksklusif Kyut Skin yang terletak di Ampang telah dirasmikan baru-baru ini. Ia merupakan langkah awal jenama tersebut untuk mewujudkan lebih banyak cabang perniagaan lain antaranya termasuklah Kyut Cafe dan Kyut Villa di Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Kyut Skin ditubuhkan bukan sahaja untuk memenuhi ruang pasaran di negara kita tetapi misi kami adalah untuk membuka lebih banyak peluang menjana ekonomi dalam masyarakat.
Ketua Pegawai Operasi Fabulove Sisters Empire, Nur Fathin Zulaikha, berkata, Kyut Skin memberikan penekanan penuh terhadap formulasi produk yang dihasilkan. Melalui kolaborasi bersama pasukan ahli kimia yang berdedikasi dan pakar-pakar terlatih, Kyut Skin memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tinggi.
Ads
Selain perancangan perniagaan tersebut, jenama ini juga mensasarkan penjualan produk pada tahun ini bakal mencapai sasaran RM3 juta.
“Kami sasarkan mengeluarkan lapan jenis produk, di mana empat lagi produk akan dipasarkan pada tahun hadapan.“Untuk sasaran jualan empat produk yang ada, kami menjangkakan angka RM3 juta pada tahun ini dengan pelbagai bentuk promosi, penambahan ejen berdaftar dan antara produk ini juga telah mula dipasarkan di beberapa buah farmasi. Bermakna semua produk dijangka akan sold out pada hujung tahun,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diamond Dotz, jenama seni faset berlian terulung berasal dari Australia kini membuka gedung konsep pertamanya di dunia bertempat di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Seni faset berlian atau lebih dikenali sebagai lukisan berlian merujuk peda aproses menenangkan menggunakan berlian yang diperbuat daripada permata resin kecil pada kain pelekat yang telah dicetak.
Menurut pengasasnya, Lisa Lee berkata syarikat itu menyasarkan memperkenalkan seni kraf tersebut kepada generasi muda untuk membantu mereka menjauhi gajet kerana kraf tersebut berfungsi sebagai terapeutik dan baik untuk kesihatan mental.
“Zaman sekarang,bukan sahaja kanak-kanak yang terlalu ibses dengan gajet tetapi orang dewasa juga. Jadi kraf seperti ini memainkan peranan yang besar dalammengurangkan kebergantungan terhadap gajet, menghilangkan tekanan dan sebagainya,” katanya ketika majlis pelancaran baru-baru ini.
Sementara itu, Diamond Dotz merancang untuk melebarkan sayapnya ke pasaran ASEAN pada tahun hadapan.
“Diamond Dotz merancang untuk bertapak di beberapa negara ASEAN kerana kami menerima banyak permintaan terutamanya dari Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina,”katanya.
Menurutnya, jenama itu juga berhasrat untuk mencipta lebih banyak produk untuk memberi variasi kepada para pelanggannya dengan menggabungkan idea rekaan atau motif dari Arab dan Malaysia.
Tambahnya lagi, jenama Diamond Dotz merupakan kraf paling popular di dunia dan terjual di 37 negara termasuk benua Amerika dan Eropah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sweetnya pasangan selebriti ini! Walau mampu menikmati hidangan mewah di restoran mahupun hotel ternama namun Siti Elizad memilih kejutan yang lebih sentimental dengan menyediakan sendiri hidangan istimewa sempena meraikan ulang tahun perkahwinan baru-baru ini.
Dalam perkongsian video di media sosial, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin teruja menyajikan sajian untuk suami tercinta, Shamsul Baharin.
Dari membeli bahan-bahan hingga proses memasak, semuanya dikongsikan Elizad kepada peminat di platform Instagram.
Malah, detik suami kesayangan tiba di rumah ketika hujan lebat sambil disajikan masakan figura cantik ini sememangnya menyentuh hati peminat. Terserlah betapa kasih dan sayangnya insan ini terhadap pasangan.
Elizad yang juga pelakon, pengacara dan bekas penyampai radio SINAR FM ini menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan pada 11 Januari lepas.
Ujarnya, “11 Januari. Selamat Ulang Tahun yang ke-9 sayang. Masih berdua, masih bercinta. Doakan kami ya.
Ya Allah Ya Tuhanku, satukanlah hati kami, perbaikilah hubungan antara kami, tunjukkanlah kami jalan keselamatan, kebahagiaan. Dan selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Kami reda dengan ujianMu.”
Dalam temu bual Nona bersama Elizad sebelum ini, dia yang berusia 39 tahun mendedahkan merancang untuk menjalani proses IVF untuk menimang cahaya mata.
Kecekalan Siti Elizad menjalani rawatan kesuburan sebanyak dua kali dan berjuang untuk hamil meraih perhatian khalayak. Termasuklah Duli Yang Maha Mulia, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pihak Pelancongan Arab Saudi baru-baru ini menganjurkan roadshow bersama 22 rakan kongsi termasuk DMC, pengusaha hotel, syarikat umrah serta persatuan pelancongan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Ia bagi mengumumkan pelancaran Nusuk (nusuk.sa) platform digital bersepadu umrah baharu yang mengalu-alukan jemaah dari seluruh dunia merasai pengalaman umrah.
Nusuk merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh pihak pelancongan Arab Saudi dengan kerjasama Vision 2030 Pilgrim Experience Program. Turut hadir Menteri Haji dan Umrah, Tuan Yang Terutama Dr Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah.
Nusuk bakal memperluaskan rangkaian pilihan dan meningkatkan pengalaman umat Islam yang melawat Arab Saudi. Ia juga membolehkan prosedur ketibaan yang lebih mudah untuk pelawat menunaikan umrah.
Menurut Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, “Kami berharap dapat menyediakan pengalaman tempahan yang lancar, dengan pilihan perjalanan yang diperluas seterusnya membawa mereka ke sebuah kembara rohani merentasi tarikan yang berbeza antara Mekah dan Madinah.”
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah pihak pelancongan Arab Saudi serta Pengarah Urusan Nusuk, Fahd Hamidaddin menjelaskan: –
“Kami komited untuk menjadikan Arab Saudi mudah diakses oleh pelawat. Untuk jemaah haji kami melancarkan platform digital Nusuk yang direka untuk jemaah haji dan pelawat merancang perjalanan mereka.
“Jemaah haji dari Malaysia boleh memohon e-visa di platform Nusuk dan boleh menempah pakej istimewa ke Mekah, Madinah dan seterusnya. Kami juga bekerjasama dengan rakan kongsi bagi menggalakkan jemaah haji meneroka negara kita yang indah dari pelbagai aspek melalui program Umrah+ kami.
“Ini memberi peluang perniagaan baharu untuk rakan kongsi yang ingin menawarkan pengalaman di Arab Saudi.”
Kongsi Alhasan Aldabbagh, Presiden Nusuk-APAC: –
“Platform Nusuk versi Bahasa Melayu ini mempamerkan ketangkasan kami untuk bertindak balas terhadap keperluan pasaran. Kami berharap dapat mengalu-alukan lebih ramai pelancong dari Malaysia.”
Malaysia sudah pun menjadi pasaran sumber pelancongan utama untuk Saudi yang sedang mengeratkan hubungan dengan rakan kongsi dan komited untuk melabur dan bekerjasama rapat dengan pemain tempatan. Tahun lepas, Saudi mengalu-alukan 312,000 pelawat Malaysia dan tahun ini sasarannya adalah untuk menggandakan bilangan pelawat.
Bagi mencapai matlamat, pihak pelancongan Arab Saudi mengumumkan dua inisiatif utama iaitu pakej Umrah+ dan Visa Persinggahan.
Visa Persinggahan yang diumumkan baru-baru ini terbuka kepada semua pengembara, perniagaan dan keagamaan yang terbang di SAUDIA dan flynas. Pengembara boleh melakukan persinggahan di Arab Saudi sehingga 96 jam dan menikmati penginapan hotel percuma satu malam. Ini menjadikan Arab Saudi destinasi sempurna untuk rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah, UK dan AS.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.