Rezeki jutawan muda Indonesia, Raffi Ahmad dapat bawa sembilan ahli keluarga menunaikan haji furada tahun ini. Haji furada ialah menggunakan visa yang dikeluarkan oleh Arab Saudi yang menelan belanja mencecah ratusan ribu ringgit.
Raffi atau nama sebenarnya Raffi Faridz Ahmad sekeluarga dilaporkan selamat berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada 9 Jun lalu.
Selebriti yang juga usahawan berusia 37 tahun ini mempunyai banyak rangkaian perniagaan antaranya makanan, minuman, jenama pakaian dan syarikat produksi. Termasuk menerima bayaran sebagai pelakon, hos dan duta.
Dia juga pernah dinobat sebagai salah seorang artis terkaya Indonesia pada tahun 2019. Antara aset yang dimiliki figura kelahiran Bandung ini ialah beberapa kediaman mewah, koleksi kereta mewah dan perusahaan lain.
Hujung Mei lalu, Raffi mengumumkan khabar gembira mengenai jemputan haji mereka sekeluarga. Impian Raffi untuk membawa ahli keluarga mengerjakan haji akhirnya terlaksana selepas tiga kali menolak tawaran haji sebelum ini.
Ads
Berkongsi momen ketika berada di Tanah Suci, Raffi turut berpeluang mendedahkan kepada peminat mengenai amalannya sepanjang berada di sana. Malah diberi layanan istimewa.
Paling mencuri tumpuan ialah penampilan isteri tercinta iaitu Nagita Slavina yang nampak berbeza daripada kebiasaan. Sering dilihat mengenakan busana dan barangan mewah, imej sederhana Nagita bertudung litup mendapat pujian.
Bukan itu saja, dia juga kelihatan cantik semula jadi tanpa eyelash extension yang sering dipakai sebelum ini. Bahkan peminat negara jiran juga memuji wajah polos Nagita.
Ads
Menerusi perkongsian di Instagram, Raffi meluahkan rasa syukur menjadi tetamu Allah tahun ini.
“Allahu akbar. Bahagia sekali rasanya dan tidak bisa diungkapkan dengan apa pun. Alhamdulillah bisa menjadi tamu undangan Allah. Bisa berada di tempat ini lagi. Terima kasih Ya Allah.
Kami doakan semua insyaAllah disegerakan menjadi tamu Allah untuk datang ke sini. Aamiin.”
Raffi dan isteri mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Rafathar Malik Ahmad dan Rayyanza Malik Ahmad. Mereka turut dilaporkan menerima seorang anak angkat perempuan yang dikenali sebagai Lily.
Turut berangkat bersama pasangan selebriti ini ialah ibu mereka, Amy Qanita, Rieta Amalia, adik-beradik iaitu Nisya Ahmad, Syahmaz Sadiqah, Caca Tengker bersama beberapa kakitangan Rans Entertainment.
Murah rezeki Raffi Ahmad bawa sembilan ahli keluarga menunaikan haji furada tahun ini. Semoga dipermudah segala urusan dan mendapat haji mabrur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam, berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan adik perempuan kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Nursairah Tarudin. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan, Villa Busainna dan dekorasi dari Wedding Galore Sdn Bhd, perkahwinan Sairah bersama Mohd Sharidan Johari ini juga diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis terdekat.
Selain tarikan majlis yang serba indah dan meriah, telatah comel anak-anak Sairah turut menarik perhatian. Paling mencuri tumpuan adalah anak sulung Sairah yang kini berusia 7 tahun iaitu Ummi Umairah atau Umai. Anak kecil ini kian menjadi bualan ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut memuat naik gambar bersama Umai yang jelas menunjukkan kemiripan wajah mereka berdua.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Umai (hujung kanan)Siti Sairah bersama tiga orang anak termasuk Umai
Dua orang lagi anak Sairah ialah Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy. Masing-masing berumur lingkungan 6 dan 4 tahun.
Mengimbas kembali momen Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Umai, kanak-kanak perempuan ini juga pernah muncul dalam sebuah program TV bersama ibu saudaranya itu sekitar empat tahun lalu.
Malah, kalau mengikuti Instagram penyanyi nombor satu negara ini pasti anda sedar minat Umai yang gemar berdandan dan pandai menyanyi. Barangkali kerana darah seni yang mengalir dalam dirinya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Mungkinkah puteri Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bakal lahir Mac ini ada iras wajah Umai? Sama-sama kita nantikan.
Sumber foto: Instagram @ctdk, @sitisairahtarudin & @zaramizsdnbhd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung Dida Sinclair kerana bukan hanya mempunyai suami penyayang. Malah dikurniakan anak-anak yang ‘cantik’ budi pekerti dan menantu yang baik. Kemesraan dan rumah tangga bahagia Dida Sinclair di samping suami tercinta, Mohamed Sinclair wajar menjadi inspirasi.
Mana tidaknya, walau usia perkahwinan menjangkau hampir lima dekad namun kedua-duanya masih romantis dan saling menghargai.
Dida Sinclair Wanita Bertuah
Dida atau nama sebenarnya Khadijah Abdul Rahman selamat bergelar isteri kepada jejaka kacak Inggeris, Mohamed Anthony John Sinclair pada 7 Oktober 1976. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah Sinclair dan Adam Sinclair.
Anak sulung, Allahyarham Ashraf berkahwin dengan Bunga Citra Lestari dan dikurniakan seorang anak, Noah Sinclair. Aishah pula isteri kepada Sheikh Abdul Shahnaz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth.
Manakala Adam Sinclair berkahwin dengan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai pada tahun 2018.
Ketiga-tiga anak kesayangan terlibat dalam industri seni. Apa tidaknya, darah seni mengalir deras dalam diri Dida yang cukup meminati seni lukisan khususnya melibatkan keindahan botani.
Bakat Lukis Dida Sinclair
Selain menjual hasil karya lukisannya, Dida juga merupakan pengasas Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA). Difahamkan ibu berjiwa cekal ini menyambut ulang tahun kelahiran ke-73 pada 8 Februari lalu.
Melihat penampilan dan gaya hidupnya pasti ramai yang tidak menyangka wanita berjiwa kreatif ini sudah pun meniti usia 70an. Apatah lagi kini Dida mengamalkan gaya hidup sihat sejak pertengahan tahun lalu apabila dia disahkan menghidap diabetes pada tahun 2020.
Mengikuti Metabolic Health Programme, dia berjaya menurunkan empat kilogram selepas hanya tujuh minggu menjalani program berkenaan.
Suami tercinta atau mesra disapa Pak Mat turut mengusahakan perniagaan produk makanan sendiri iaitu Pak Mat’s Homemade Preserves. Sehingga kini produk tersebut mempunyai tiga variasi perisa, Pineapple & Ginger Jam, Orange Marmalade dan Grapefruit Marmalade.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alangkah indahnya pengalaman menyambut Ramadan di bumi anbiya. Paling seronok bila melihat suasana berbuka puasa mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir baru-baru ini.
Bayangkan majlis berbuka yang dihadiri seluruh kampung, tikar dibentang di depan rumah, panjangnya jika disambung-sambung boleh mencecah 1km. Penduduk yang hadir pula mencapai 30,000 orang!
Itulah pengalaman manis yang tak bisa didapati di Malaysia. Tradisi berbuka puasa sebegini sememangnya pemandangan biasa di Timur Tengah, antaranya di Masjid Nabawi, Madinah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.
Dianjurkan pada 9 April 2022 atau bersamaan 10 Ramadan 1443H di daerah Al-Zanaqata, Luxor di Mesir, semua penduduk menikmati hidangan yang sama iaitu roti Arab, nasi Arab, daging rebus, ayam bakar, kuah mulkhiah dan jus anggur.
“Alhamdulillah kami mewakili mahasiswa Al-Azhar dan sukarelawan di Mesir telah dijemput berbuka puasa oleh pensyarah. Majlis ini merupakan antara majlis iftar terpanjang di Timur Mesir.”
Lebih membanggakan, kesemua mahasiswa dan mahasiswi iaitu seramai 9 orang dari Malaysia serta 2 orang dari Indonesia merupakan penuntut Jurusan Syari’ah Islamiah, Jurusan Bahasa Arab, Jurusan Usuluddin, Jurusan Dakwah Islamiah dan Jurusan Dirasat Islamiah.
Menurut salah seorang pelajar iaitu Ustazah Halimah Mesir, jemputan itu disampaikan melalui Syeikh Ahmad Murtadho untuk berbuka puasa bersama beliau dan masyarakat di kampungnya.
“MasyaAllah. 14 jam perjalanan dari Cairo – Luxor bukan sekadar untuk memenuhi jemputan, tapi kami juga menyampaikan amanah kalian yang berkongsi rezeki dalam projek Iftar Ramadan.” Ustazah Halimah
Selain berbuka puasa, turut dianjurkan beberapa aktiviti sepeti majlis selawat dan tazkirah bersama para masyaikh Universiti Al-Azhar.
Upacara penyerahan simbolik edaran wakaf Quran, Mesir melalui wakil MyFundaction Timur Tengah dan Afrika juga diadakan. Sesungguhnya pengalaman pelajar Malaysia yang turut menjadi sukarelawan NGO ini begitu berharga dan tidak boleh dijual-beli, tersemat di ingatan sebagai kenangan paling abadi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan model jelita dari Indonesia, Aryani Fitriana antara figura umum yang mengambil keputusan untuk bertudung dan menutup aurat sepenuhnya.Di sebalik penghijrahan itu, rupa-rupanya...