
Sejak kebelakangan ini, platform perniagaan produk muslim semakin berkembang pesat dengan menghasilkan pelbagai produk untuk kegunaan harian muslim di seluruh dunia. Antara platform perniagaan produk muslim yang semakin dikenali ialah Markaz Tijaari yang diasaskan oleh Neelofa dan Ustaz Haris Ismail.
Misi Markaz Tijaari adalah untuk membimbing 100,000 usahawan menjelang 2024 dengan permulaan sebagai dropship sahaja.

Sempena program “Love, Let’s Launching” yang diadakan minggu lalu, usahawan yang berdaftar dibawah Markaz Tijaari telah dibimbing oleh AILYQAIRY tentang cara bisnes online dengan betul hingga bergelar jutawan walaupun hanya bermula sebagai dropship.
Ilmu adalah antara elemen penting yang diterapkan dalam Markaz Tijaari, bermula dari peringkat beginner, dropship diajar tentang asas bisnes seperti Magic Number, Formula Pecah Telur dan Perbezaan Dropship dan Affiliate yang ditawarkan dalam Markaz Tijaari.

Melihat kepada perkembangan bisnes online yang semakin rancak di platform TikTok, siri kelas berkaitan TikTok dan TikTok Shop turut diajar kepada para dropship. Lebih istimewa, Neelofa dan Ustaz Haris turut berkongsi momen membuat sesi ‘ unboxing’ produk terbaharu Markaz Tijaari untuk diguna pakai oleh lebih 100 dropship yang terpilih menghadiri majlis eksklusif tersebut.
Markaz Tijaari sendiri telah mengumpul jualan sebanyak RM4,711,539 pada tahun 2021 dan pada tahun 2022 (sehingga Julai) sebanyak RM2,637,218. Jumlah jualan ini akan meningkat mendadak dengan adanya pelancaran produk terbaharu iaitu Set Umrah dan Pakej Umrah Markaz Tijaari.

Produk Markaz Tijaari telah dipasarkan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Majlis pelancaran produk terbaharu telah disempurnakan oleh Ustaz Haris dan Neelofa dalam majlis yang sederhana tetapi meriah.

Sejak awal penubuhan Markaz Tijaari, banyak produk yang telah dilancarkan antaranya Buku Kaya Jiwa, Jubah NunHa, Kurta NunHa, Baju Melayu NunHa, Minuman Botani, Facemask NunHa dan banyak lagi produk lain. Dan kali ini Markaz Tijaari mengetengahkan konsep umrah dengan penghasilan produk keperluan asas jemaah wanita dan pakej umrah bersama syarikat travel yang dilantik.

Untuk pakej umrah Markaz Tijaari, penerbangan pertama dijadualkan pada 11 November 2022 ini bersama 160 orang jemaah dan diiringi oleh Ustaz Haris sendiri. Terdapat 3 pakej yang ditawarkan untuk Umrah Bersama Markaz Tijaari ini iaitu bermula RM9,990 sehingga RM10,990.
Untuk perancangan akan datang, Markaz Tijaari akan mengeluarkan lebih banyak produk baru dan pakej pakej yang menarik untuk semua rakyat Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!









Menurut laporan media, seawal Januari 2021 seramai 90% daripada rakyat Malaysia memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam semasa penularan Covid-19, meningkat daripada 55% pada lewat Februari 2020. Ini mencerminkan keprihatinan dan kesedaran rakyat Malaysia untuk menjaga keselamatan sejajar seruan kerajaan agar kita mengawal pergerakan dan menggalakkan rakyat Malaysia agar terus memakai pelitup muka di samping menjaga penjarakan sosial.
Diberi nama “Nature Collection, (Koleksi Alam), siri pelitup muka baharu ini berilhamkan Alam Semula Jadi dengan membawakan tiga pilihan – ‘New Wave (Gelombang Baharu)’, ‘For Evergreen (Malar Hijau)’ dan ‘Blossome (Mekar)’. Reka bentuk pelitup ini mendapat inspirasi daripada tema lautan, kehijauan hutan dan keindahan bunga, untuk membolehkan rakyat Malaysia kekal selamat sambil terus bergaya dalam suasana pandemik Covid-19 dan selepas itu jika perlu.
“Kami teruja untuk membawakan rangkaian baharu “pelitup muka yang selesa secara semula jadi” selepas menjalankan kajian pengguna selama berbulan-bulan untuk memahami keperluan pasaran. Orang ramai bukan sahaja mahu memakai pelitup muka yang bermutu tinggi tetapi juga yang selesa dan bergaya – sebaik-baiknya yang mencerminkan personaliti mereka, dan dipakai dalam semua keadaan, sama ada di luar, semasa bekerja, di acara sosial dll. Pelitup muka seharusnya membuatkan si pemakai rasa selesa dan yakin. Pelitup muka Koleksi Alam menampilkan corak keragaman warna tanah dan estetika serba anggun yang menjanjikan keselesaan dan gaya tersendiri, menampilkan tenaga semula jadi dan keceriaan pemakainya.”
Walaupun pasaran kini dipenuhi dengan pelitup muka 3 lapis murah yang dihasilkan dengan kaedah pembuatan dan kualiti yang boleh diragui, Callie menawarkan ciri unik sebagai jenama pelitup muka gred pembedahan 4 lapis bergaya yang direka untuk keselesaan pemakaian maksimum.
Keunikan pelitup muka Callie terletak pada estetika dan reka bentuk terperinci. Lapisan dalam secara khususnya, dicipta dengan bahan tidak bertenun ikatan pintal polipropilena teramat lembut, yang membezakan pelitup muka Callie daripada yang lain. Diperbuat daripada bahan hipoalergenik, dan direka khas untuk menyerap lembapan dan meningkatkan keupayaan bernafas bagi mengelakkan kerengsaan, dengan bahan yang lembut dan selamat kepada kulit halus untuk mengurangkan lecetan dan kesan terhadap kulit semasa pemakaian.