Regim kecantikan banyak langkahnya sampai penat dibuatnya. Sebab ramai yang over do sehingga kulit jadi ‘sakit’. Inilah penyebabnya.
Produk
Pencuci wajah yang betul menanggalkan kotoran dan solekan, bukannya minyak semula jadi yang ada pada kulit atau sel-sel sihat. Pastikan produk yang hanya memberi kebaikan pada kulit dengan melihat kandungannya. Organik lebih bagus!
Over do
Mencuci wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika terlebih, pasti menimbulkan iritasi dan memaksa kulit mengeluarkan lebih banyak minyak. Jika anda tak bersolekan atau berpeluh sepanjang hari, tidak perlu pencuci wajah pada waktu malam dan cuba bersihkan wajah hanya dengan air suam. Beri masa untuk kulit berehat.
Salah suhu
Mitos: Air panas membuka pori dan air sejuk menutupnya kembali. Realitinya, pori tidak mempunyai otot untuk terbuka dan tertutup. Air panas terasa baik untuk kulit tetapi ia sebenarnya mengganggu kulit semula jadi anda, minyak perlindungan dan membawa kepada over-drying atau over production sebum. Air suam paling terbaik!
Penggelupasan terlalu banyak
Ads
Penggelupasan baik untuk membuang sel kulit mati tetapi kesederhanaan adalah kata kunci. Skrub muka hanya sesuai digunakan dua kali seminggu agar kulit anda tidak kasar dan terasa pedih. Gunakan tangan dan elakkan tuala kerana ia lebih kasar dan menyakitkan kulit wajah.
Cuci bersih
Apabila anda tidak membersihkan wajah dengan betul, sabun yang tertinggal itu akan menjadi sisa dan menutup pori serta mengeringkan kulit. Cuci sempurna walaupun anda garisan rahang, garisan rambut dan hidung kerana ia biasanya menjadi spot terlepas pandang.
Kandungan iritasi
Berjanjilah pada kulit anda untuk tidak menggunakan produk mengandungi bahan-bahan penyebab iritasi seperti pewangi, pewarna dan bahan preservatif seperti paraben. Sentiasa baca label kandungan sebelum membeli produk penjagaan kulit.
Tuala muka
Ads
Tekap, jangan gosok. Benar, menggosok tuala pada muka terasa sedap tetapi ia umpama menarik kulit dan meletakkan kulit wajah anda pada tahap elastik. Pilih tuala muka yang lembut dan sesuai untuk wajah. Paling penting, jangan berkongsi tuala muka walaupun kulit muka orang itu tidak bermasalah.
Lembapan berpanjangan
Untuk melembutkan kulit dan membiarkan kulit wajah terus lembap dan berseri, sapu pelembap wajah sebaik sahaja anda menbersih wajah. Begitu juga dengan sapuan serum dan produk rawatan kulit lain. Biarkan kulit anda benar-benar kering agar serum dan losyen pelembap tadi boleh menyerap sempurna.
Pelaburan jangka panjang
Semakin meningkat usia, kulit wajah semakin sukar dibelai. Penjagaan lebih rapi perlu agar ia sentiasa terpelihara. Cari produk dengan kandungan ringkas, semula jadi dan kekal merawat wajah berbanding produk berjenama, mahal tetapi meninggalkan kesan sampingan.
Ads
Takut minyak
Ramai mengelak dari menyapu minyak pada wajah kerana telah lama disogokkan dengan pendapat;wajah berminyak akan menambahkan lagi minyak pada wajah. Kajian menunjukkan minyak yang betul boleh membersihkan pori wajah dan menjadikan ia lebih lembap dan terpelihara serta mengelakkan kulit wajah dari kering dan kusam.
.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik, gorgeous dan style! Anzalna Nasir sememangnya seorang wanita yang bukan saja memiliki raut wajah sempurna bahkan mempunyai cita rasa fesyen yang sedap mata memandang. Apa saja yang tersarung di tubuhnya nampak cantik terletak!
Walaupun ketika menikmati percutian.. Anzalna bijak menentukan gaya agar tidak kelihatan keterlaluan. Pendek kata, from head to toe menarik.
Mempunyai 3 juta followers di Instagram, Anzalna antara selebriti yang gemar berkongsi aktiviti harian bersama peminat. Baik ketika bercuti, menghadiri majlis pelancaran atau bersantai, penampilan isteri Hanif Zaki ini memang jadi perhatian. Lebih-lebih lagi sejak bergelar ibu kepada Mohamad Eidrees.
Yang pasti pujian harus diberikan kepada Anzalna sebab tetap mementingkan penampilan diri walau sudah ada anak. Di samping susuk tubuh yang kekal ramping dan kulit wajah mulus, Anzalna berani tampil dengan gaya fesyen berbeza-beza. Ditambah pula rambut hitam mengurai dan susuk tubuh langsing, hot mummy ini tidak ubah seperti supermodel!
Buat ibu-ibu di luar sana yang suka berfesyen macam Anzalna, berikut beberapa gaya inspirasi ibu Eidrees yang boleh anda tiru!
Selain berbakat dalam fesyen, finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini juga sebenarnya pandai melukis. Memang terpegun tengok karya seni Anzalna. Lebih bermakna, setiap hasil jualan lukisan diagihkan untuk tujuan kebajikan. Sebelum Eidrees lahir, Anzalna turut mengabadikan karya lukisan istimewanya khas untuk diletakkan di kamar anak sulung.
Disifatkan seorang wanita yang prihatin dengan nasib insan serba kekurangan, Anzalna turut memanfaatkan media sosial miliknya untuk membuat lebih banyak kebajikan. Terbaru, aktres ini meluahkan hasrat membantu kaum ibu yang ditimpa kesukaran membesarkan bayi mereka.
“Kadang kita merungut dengan harga yang semakin menaik dan kos sara hidup yang tinggi. Bayangkan gaji tinggi pun terasa bebanan hidup inikan pula gaji rendah. Membesarkan anak tidak mudah seperti disangka sebab banyak keperluan yang perlu disediakan terutama sekali waktu bayi. Sejak ada Eidrees buat Anzalna sedar macam mana lah keluarga yang hidup dalam kesempitan, tiada wang yang cukup untuk membeli keperluan anak-anak. InshaAllah Anzalna akan berjumpa dengan mereka.
Thanks to my followers yang tolong Anzalna untuk cari keluarga yang memerlukan barang bayi / keperluan ibu dan anak. Thank you Happi Kiddo tolong I juga. Siapa ada kenal lagi family yang memerlukan keperluan bayi please dm Anzalna. Mohamad Eidrees pun akan buat #GIVEAWAY barang dia di page @mohamadeidrees. Ada baju, ada mainan, ada diapers dan macam-macam lagi.
Anzalna dan Mohamad Hanif sah bergelar suami isteri pada tanggal 21 Februari 2016 setelah 10 tahun mengenali di antara satu sama lain.
Kredit foto: Instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Julia Farhana Marin selamat bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 14 Disember lalu. Selebriti cantik ini memuat naik beberapa foto sekitar majlis pernikahan mereka di laman Instagram hari ini selepas seminggu bergelar pasangan suami isteri.
Menurutnya, majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dah hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja. Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Assalamualaikum everyone,
I would like to share I am officially a wife to @drchehafiz and these are unofficial photos of our solemnization day with both sides of the family but mostly just the two of us for this announcement. We would like to apologize to everyone for the late announcement, to friends, our media friends and everyone who were not aware of our wedding because we wanted a very private gathering with only family members. Our sincerest apologies.
My husband and I would like to humbly request for everyone’s kind doas as we embark on this journey as a married couple. Thank you everybody.
Nanti bila official photos are ready we will share ☺️
Ditanya detik perkenalan mereka, Julia berkata, dia mengenali bakal suaminya yang juga duda anak satu itu menerusi ibunya.
“Ibu sudah lama kenal dan memang berkenan menjadikannya sebagai menantu. Saya pula sebenarnya, belum merancang untuk menamatkan zaman solo kerana gembira dengan kehidupan yang sibuk berlakon dan menyambung pelajaran.
“Tetapi, setelah mengenalinya, dia sebenarnya okey, selain berbudi bahasa, baik hati, matang dan senang dibawa berbincang. Bagi saya, dia calon yang sesuai untuk dijadikan suami.
“Bukan mudah untuk mendapat pasangan yang benar-benar faham kesibukan saya. Apatah lagi, saya masih dalam fasa permulaan membina kerjaya. Tetapi, apabila mengenalinya, saya bersetuju dengan pilihan ibu,” katanya memetik Utusan.
Pasangan pengantin baharu juga dikatakan sedang berbulan madu di Indonesia sebaik sahaja selesai majlis akad nikah baru-baru ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semahal mana pun sesuatu produk kecantikan mahupun kosmetik, tidak akan bermakna jika anda tidak prihatin dengan tarikh luputnya.
Tahukah anda, produk yang sudah rosak tidak akan terlihat secara nyata? Produk yang tamat tempoh sebenarnya boleh memudaratkan!
Sebaik dibuka atau digunakan, produk tersebut boleh dicemari dengan mudah oleh bakteria dan fungus yang terdapat pada kulit mahupun udara, seterusnya mengakibatkan jangkitan mata dan masalah kulit.
Produk yang mengandungi air yang tinggi seperti krim, pelembap dan maskara antara produk paling sensitif serta mudah rosak. Maka, penting untuk anda mengenal pasti kesan-kesan kerosakan produk seperti teksturnya kelihatan sudah berbeza daripada asal.
Produk tersebut mungkin bertukar warna, baunya kurang menyenangkan dan lebih teruk lagi tumbuhnya kulat secara jelas.
TANDA-TANDA PRODUK TAMAT TEMPOH
Retakan
Pembayang mata atau lipstik bukan hanya kering tetapi juga mudah retak. Tekstur dan warna turut berubah menjadi lebih gelap. Segera hentikan pemakaian lipstik jika bibir terasa pedih atau baunya berubah.
Bintik Hitam
Jika barangan kosmetik anda ditumbuhi bintik-bintik hitam atau bulu-bulu halus itu menandakan produk tersebut sudah ditumbuhi fungus atau kulat.
Bau Berubah
Produk jenis cecair seperti minyak wangi dan krim sangat sensitif terhadap sinaran matahari. Jika tidak disimpan di tempat sejuk dan gelap, kandungannya akan berkurangan. Jika baunya sudah berlainan daripada asal, menandakan ia sudah rosak.
Kurang Berkesan
Kalau bedak asas jenis cecair mengeluarkan bau yang berlainan, berubah warna, teksturnya semakin cair atau mengeras dan mengering itu menunjukkan ia tidak boleh digunakan lagi.
Mengering
Maskara dan eyeliner cecair dua jenis alat solek yang mudah mengering jika terkena udara.
MENINGKATKAN JANGKA HAYAT PRODUK
Pastikan ia ditutup rapat ketika tidak digunakan.
Simpan di tempat sejuk dan kering.
Basuh tangan terlebih dahulu sebelum memakai sebarang kosmetik agar ia tidak tercemar.
Elakkan sinaran terus matahari.
Sebaiknya tidak berkongsi kosmetik dengan orang lain.
Pastikan beg solekan sentiasa bersih dan terjaga.
Span solekan mudah tercemar jika terlalu lama digunakan dan tidak dibasuh. Tukar span setelah beberapa bulan digunakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!