
Ilhan Omar seorang wanita Islam berjiwa berani dan tegas! Kelantangannya mengkritik pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump lebih-lebih lagi sejak tercetusnya pergolakan di Iran meraih perhatian dunia.
Dalam hantaran Ilhan di platform X miliknya baru-baru ini, anggota kongres Amerika Syarikat ini melabelkan tindakan Trump ke atas negara Iran sebagai ‘Kejahatan Yang Memuakkan’ dan menuntut agar dia didakwa atau dipecat. Perkongsian Ilhan Omar itu meraih hampir 16 ribu tanda suka.
Ilhan Omar Lakar Sejarah

Menelusuri latar belakang Ilhan, dahulunya dia seorang pelarian namun kini berjaya menyandang tugas anggota kongres mewakili Parti Demokrat. Sekaligus muncul sebagai parti pembangkang kerajaan Republikan diketuai Donald Trump.
Ilhan mencipta dalam persidangan kongres ke-116 pada November 2018 apabila menjadi wanita pertama Islam menjawat tugas sebagai anggota kongres selepas menerima undi tertinggi menentang calon Republikan dalam pemilihan daerah Minnesota.
Turut melakar kejayaan sama ialah Rashida Tlaib yang juga wanita Islam dan mendapat tempat dalam kongres negara kuasa besar tersebut.
Kisah kejayaan Ilhan tidak datang bergolek kerana realitinya, dia sekeluarga pernah ditempatkan di kem pelarian di Kenya sebelum dibawa masuk sebagai pelarian di Amerika Syarikat. Waktu itu, dia dilapor baru berusia 14 tahun dan berketurunan Somalia.
View this post on Instagram

Malah bapa Ilhan pernah mendedahkan, “23 tahun lalu kami sekeluarga tiba di lapangan terbang Washington sebagai pelarian di negara ini selepas berjaya meninggalkan kem pelarian di Kenya. Kami percaya dan berpegang kepada keterbukaan Amerika bahawa prosperity for all and hope for a better tomorrow.
Bagaikan dalam mimpi! Kini saya kembali di lapangan terbang yang sama bersama anak perempuan saya, Ilhan sebelum dia mengangkat sumpah sebagai wanita Islam Somali-American pertama. Pasti anda dapat membayangkan betapa bangganya saya atas kejayaan Ilhan.
Ia merupakan satu penghormatan buat kami kerana akhirnya Ilhan menjadi salah seorang ‘suara’ demokrasi. Walaupun datuk Ilhan tidak dapat menyaksikan momen bermakna ini tapi kami membawa semangatnya dan Ilhan akan mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran milik datuk beliau.”
Keluarga Ilhan Omar
Berkongsi pengalaman pahit manis bersama bapa tersayang sepanjang perjalanan untuk menjadi ahli politik, Ilhan bagaimana pun terpaksa menerima ketentuan takdir apabila bapanya, Nor Omar Mohamed kembali ke rahmatullah pada 16 Jun 2020.

Figura politik Amerika Syarikat ini berusia 44 tahun dan merupakan ibu kepada tiga orang anak iaitu Isra Hirsi, Adnan dan Ilwad.
Pada awal Mac 2020, Ilhan Omar dilaporkan berkahwin buat kali ketiga dengan seorang jejaka Amerika yang juga merupakan perunding politiknya, Tim Mynett.
Selain mengangkat suara dan membela nasib golongan yang ditindas, Ilhan turut menyatakan pendirian tegasnya yang tidak menyokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





