
Sudah agak lama tidak mendengar khabar pelakon jelita, Laudya Cynthia Bella sejak berpisah dengan suaminya Engku Emran pada Januari 2020. Usai perceraian, Bella sempat terpalit gossip mengatakan dirinya telah melangsungkan pernikahan melalui proses ta’aruf dengan seorang jejak Arab yang menetap di Dubai. Enggan terus membiarkan spekulasi itu terus bertebaran, Laudya menyangkal dakwaan tersebut dan mengesahkan berita tersebut sebagai palsu.

Kini, wanita ini kembali dengan buah tangan terbaharu melalui filem Buya Hamka yang bakal menemui penonton di Indonesia Aidilfitri ini. Buya Hamka arahan sutradara terkenal, Fajar Bustomi bakal ditayangkan pada 20 April ini.
Dikhabarkan filem ini merupakan filem termahal terbitan Indonesia yang menelan kos sebanyak AS$3 juta (sekitar RM12 juta). Dua rumah produksi gergasi Indonesia bergabung sebagai penerbit iaitu Star Vision dan Falcon Pictures di mana perkara ini jarang-jarang berlaku dalam industri perfileman di Indonesia.

Filem yang dibintangi oleh Vino G Bastian dan Laudya Cynthia Bella ini merupakan sebuah filem filem biopik yang mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan sejak idea asalnya diusulkan pada tahun 2014. Pada tahun 2019 filem ini mula menjalani penggambaran selama enam bulan.
Filem biopik tersebut dikhabarkan bakal menjadi naskhah terakhir lakonan Laudya Cynthia Bella di layar perak memandangkan aktress cantik itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan lantaran ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan yang diusahakan iaitu perniagaan tudung dan makanan yang diusahakannya. Malah Bella turut mempunyai rangkaian kosmetiknya dikenali sebagai L Beauty yang dilancarkan sekitar Februari lalu.


“Takdir Allah berubah begitu cepat tanpa kita mengetahui tentangnya. Kita tidak mengatur apa-apa tapi semuanya berubah,” ujarnya yang ditemui media pada pelancaran filem tersebut, baru-baru ini.
Bekas isteri kepada ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin ini tidak terlalu memikirkan perkara yang belum pasti, sebaliknya menikmati saja apa yang harus dijalani.

“Pada saya waktu sangat mahal. Jadi sayang sangat kalau kita memikirkan apa yang jauh di depan. Fikir saja dulu yang ada di depan mata,” ujarnya.
Laudya memegang watak sebagai Siti Rahim dalam filem biografi Buya Hamka yang bakal ditayangkan pada 19 April ini di seluruh pawagam di Indonesia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!






Tidak hairanlah pemimpin berusia 28 tahun ini seorang yang berjiwa rakyat kerana acuan didikan ibu bapanya yang sangat baik. Memperjuangkan suara anak muda serta golongan terpinggir dan tidak berkemampuan menjadi perjuangan utama bekas Menteri Belia dan Sukan ini.
Sering berkongsi kisah dan aktiviti bersama keluarga, membuktikan Syed Saddiq sentiasa mengutamakan ibu bapa dalam segala hal kerana mereka inilah yang telah banyak berkorban dalam perjuangan politiknya.
“Ibu saya seorang pesara guru, ayah pula buat banyak kerja. Tetapi ibu turut menjadi sumber kekuatan keluarga kami. Saya masih ingat semasa negara dilanda kegawatan ekonomi, ayah tiada kerja. Tetapi ibu tidak pernah mengeluh.
Ibu berusaha mencari jalan untuk memulihkan semula keluarga ke posisi yang lebih baik. Ibu seorang yang tidak mudah mengalah, tidak mudah untuk kibarkan bendera putih walau apa pun rintangan.
Kami bukanlah datang dari keluarga yang berkemampuan atau dikenali ramai. Salah satu pengorbanan ibu yang masih segar dalam ingatan saya ialah pernah satu ketika, ibu ambil bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk adakan temu janji dengan salah seorang pegawai Mara.
Bila dah dapat, ibu call berkali-kali tapi tak dapat-dapat. Bukan main susah lagi tapi ibu call sampai dapat. Menyangkakan ibu tinggal di Kuala Lumpur, pegawai meminta ibu datang ke pejabat Mara keesokan paginya.
Selepas itu keputusan peperiksaan abang teramat baik sampailah dapat biasiswa-biasiswa yang bagus. Tetapi itu bermula kerana cinta dan kasih seorang ibu yang tak pernah kenal erti penat lelah. Saya belajar itu daripada ibu.
NONA turut kagum dengan semangat kental ibu kepada empat anak ini kerana tabah mengharungi ujian sebagai seorang pejuang kanser payudara. Semoga beliau terus kuat mendepani hari-hari mendatang. Kecekalannya berjuang menentang kanser payudara pastinya memberi inspirasi kepada seluruh wanita.






