Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali aktres kesayangan negara seberang, Laudya Cynthia Bella dari Indonesia.
Bukan sahaja sikapnya yang santun, tetapi memiliki seraut wajah yang halus dan mulus. Malah senyuman manis yang terukir di bibir membuatkan penampilan dirinya tak puas mata memandang.
Terdahulu, ketika sesi fotografi dengannya, NONA sempat bertanyakan rutin penjagaan harian kecantikan wajah Laudya Cynthia Bella atau Bella yang mempunyai pengikut di laman instagram lebih 39.6 juta ini.
Bella Akui Amat Menjaga Kecantikkan Kulit Wajah!
Menurut Bella dia memang sangat menitik beratkan soal penjagaan wajah kerana ia anugerah dari Allah.
“Biasanya kalau hari tiada shooting, memang Bella akan biarkan wajah polos tanpa mekap even tidak juga mengenakan foundation. Selalunya Bella akan memakai krim, vitamin, serum dan juga ginseng untuk muka.
“Bella juga tidak lupakan penggunaan oil ginseng pada waktu malam, mask dan sunblock setiap kali keluar rumah.
“Paling tidak dilupakan adalah minum air putih. Lagi banyak minum lagi bagus untuk kesihatan. Bella memang tidak ambil minuman teh ataupun soda,” ujarnya.
Ads
Hijab Bukan Halangan Bergaya ‘On Point’
Bagi Bella walaupun sudah berhijab, tetapi seseorang itu masih boleh bergaya ‘on point’ mengikut citarasa masing-masing.
“Bagi Bella walaupun kita berhijab tetap masih boleh stailo tetapi memenuhi ciri wanita Islam. Misalnnya Bella selesa menggayakan baju lengan panjang dipadankan dengan seluar atau skirt labuh.
“Juga menggayakan hijab yang menutup dada dan Bella juga perlahan-lahan belajar untuk memakai stoking tangan dan kaki serta baju pula tidak terlalu ketat. Bella juga lebih suka menggayakan hijab square tetapi masih beruasaha untuk cuba untuk menggayakan shawl.
Ads
“Sebenarnya Bella seorang yang sangat simple. Asalkan cantik dan berpadanan dengan gaya Bella sebagai seorang wanita Muslimah.
“Dalam hal ini Bella suka gaya baggy fashion. Bella sangat menitik beratkan soal aurat dan Bella gemar memakai yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh,” tambahnya.
Untuk rekod, selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Ads
Sejak umum bersara dari dunia seni pada Ogos tahun lalu, pasti ramai yang merindui kemunculan Laudya Cynthia Bella di kaca televisyen. Tidak kesal dengan keputusan tersebut, Bella dilihat kian rancak bina empayar dan menjadi usahawan berjaya.
Apatah lagi, jenama L by Laudya Cynthia Bella makin berkembang maju.
Diam tak diam jenama tersebut sudah pun lima tahun bertapak di pasaran Indonesia. Bermula dengan produk muslimah seperti hijab, L by Laudya Cynthia Bella turut mengeluarkan beg, kasut dan produk kecantikan sendiri.
Sekadar info, artikel ini merupakan atikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang sebelum ini pernah tular serta meraih 1 juta pengikut di Tik Tok berkongsi informasi di akaun Instagram tentang tanda-tanda serta golongan wanita paling berisiko menghidap kanser ovari. Ia disampaikan melalui dua video ringkas (Part 1 & Part 2) di reels Instagram.
Menurut Dr Samhan, kanser ovari adalah kanser keempat tertinggi di negara ini. Beliau juga memaklumkan bahawa ramai wanita Malaysia mengalami kanser ovari.
SIAPA BERISIKO KANSER OVARI?
Wanita yang tidak pernah hamil
Wanita yang tidak mempunyai ramai anak
Diet tinggi lemak dan obesiti
Wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos
Wanita yang hamil di usia lewat
Sejarah keluarga yang menghidap kanser ovari
TANDA-TANDA KANSER OVARI
Keletihan yang melampau
Sakit belakang
Kesakitan semasa berhubungan intim
Sakit di bahagian perut, pelvis, belakang atau kaki
Bengkak di bahagia perut (perut membengkak/membusung
Pendarahan faraj yang luar biasa
Namun begitu, Dr Samhan memaklumkan kanser ovari boleh diatasi dengan melakukan beberapa kaedah rawatan seperti menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser ovari.
Selain itu, Dr Samhan turut menyarankan agar pesakit sentiasa mematuhi rawatan kemoterapi dan radioterapi untuk membunuh sel-sel kanser yang aktif.
Semoga perkongsian Dr Samhan memberi manfaat buat kita semua para wanita agar lebih peka dan menjaga kesihatan.
Untuk info, Dr Samhan baru-baru ini dinobatkan Content Category of Education, TikTok Malaysia Popular Creator 2021. Semoga Dr Samhan terus konsisten berkongsi ilmu.
Kredit Foto: Instagram Dr Samhan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usaha tangga kejayaan! Biarpun menghidap kanser kolon atau usus tahap empat sejak dua minggu lepas, ia bukan halangan buat Dr Anis Mardiana Abdullah hadir bagi mengambil skrol Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Konvokesyen ke-95 Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.
Anis Mardiana, 45, yang dikhabarkan tidak boleh berdiri dalam tempoh lama akibat daripada penyakit yang dihadapinya itu, tetap mengagahkan diri berdiri ketika menerima skrol PhD dalam bidang pengangkutan dan logistik daripada Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Penerima Anugerah Hadiah Buku Inovasi Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) itu berkata, dia enggan menggunakan kerusi roda kerana tidak mahu menyusahkan orang lain malah masih merasakan mampu berdiri walaupun dalam tempoh sekejap. “Saya tidak sangka dapat anugerah ini (dalam keadaan kesihatan tidak menentu). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar (konvoksyen).
“Semasa sambung belajar, tiada simptom teruk, ada sikit-sikit termasuk tangan menggeletar bila menulis… saya ingat stres belajar tetapi sekarang ini baru saya tahu keadaan kesihatan saya agak teruk.
Gambar: Berita Harian
“Selepas tamat belajar, saya buat pemeriksaan..doktor sahkan kanser tiroid. Saya ingat setakat itu saja tetapi keadaan kesihatan masih tidak baik, jadi dua minggu lalu selepas buat pemeriksaan, saya didiagnosis kanser kolon tahap empat,” katanya ketika ditemui selepas istiadat konvokesyen itu, hari ini.
Katanya, dia akan meneruskan rawatan dan menjalani pembedahan berkaitan penyakitnya itu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, minggu depan. Mengulas mengenai pengajiannya pula katanya, pengalaman sebagai pegawai di Kementerian Kewangan amat membantunya, begitu juga sokongan keluarga terutama suami dan anak tunggalnya.
“Kepada adik-adik yang sedang meneruskan pengajian PhD, jangan putus asa. Mungkin ramai beranggapan apabila membuat PhD ini umpama ‘lonely journey’.
“Sebenarnya adalah mudah apabila kita mencari kawan dan baik dengan penyelia kita dalam menyelesaikan tugasan,” katanya.
Sumber: Harian Metro dan Berita Al Hijrah
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bintang bola jaring yang juga kini penyampai berita sukan di Astro Arena, Fariha Razak pernah melakar sejarah buat Malaysia apabila dia bersama skuad negara berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Fariha atau nama sebenarnya, Nurfariha Abdul Razak, merupakan pemain di posisi tengah dalam skuad bola jaring negara.
Selain hebat di gelanggang, Fariha juga berbakat besar sebagai hos dan penyanyi. Menariknya lagi, Fariha pandai bermain gitar. Wow, hebatnya! Mengikat kontrak dengan sebuah syarikat label, Werkit Record, Fariha sudah pun mempunyai single berjudul Sama-Sama.
SENTIASA JAGA KECANTIKAN
Bergelar atlet semestinya Fariha sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Sebab itulah Fariha menyediakan satu ruang khas sebagai gimnasium mini di rumahnya.
Bukan saja bergelar pemain bola jaring, Fariha juga sebenarnya ahli sukan silat olahraga dan pencinta sukan lasak. Biarpun menjalani kehidupan yang aktif setiap hari tetapi Fariha juga gemar menjaga kecantikan dan menjaga penampilan.
CEMERLANG AKADEMIK
Atlet cantik yang berusia 26 tahun ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor serta Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Pada tahun 2019, graduan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor ini turut menerima Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hj Hashim pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-63. Lebih indah, saat itu Fariha menerima anugerah tersebut dari Tuanku Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Menurut Fariha, ketika itu segala usaha dan pengorbanannya terbalas walau terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun bagi mengikuti latihan menghadapi temasya Sukan SEA ke-29 pada tahun 2017. Namun segalanya berbaloi apabila pasukan mereka berjaya merangkul pingat emas dalam acara tersebut.
Semoga Fariha terus cemerlang dalam kariernya dan terlaksan segala impian.
Kredit Foto: Instagram @farihaarazak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.