Setiap wanita sedar tentang kepentingan penampilan diri lebih-lebih lagi apabila bekerja di sektor korporat. Tugas yang banyak berjumpa dengan pelanggan atau tokoh korporat menjadikan penampilan sangat penting untuk meningkatkan keyakinan diri dan menjaga reputasi syarikat. Salah satu cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menyertai kursus.
September lalu, Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA) Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Unit Latihan Ibu Pejabat JKDM telah menganjurkan ‘Bengkel Pemantapan Imej Korporat Bersama Majalah Nona’ bertempat di Putra Lounge, Aras 3 Selatan, Ibu Pejabat JKDM, Presint 2 Putrajaya. Peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai kanan kastam seramai 60 orang.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam mengenal pasti imej yang bersesuaian dengan majlis atau situasi. Selain itu, peserta juga dapat memahami kelebihan imej diri untuk diserasikan dengan budaya kerja dan organisasi serta dapat mengamalkan gaya keterampilan profesional yang disenangi ramai. Para pegawai juga dapat memenuhi keperluan untuk berhubung dengan orang lain dengan lebih efisien.
Antara slot yang telah diadakan adalah ceramah mengenai ‘Etika Membina Perhubungan Profesional’ yang telah disampaikan oleh Editor Majalah Nona iaitu Kiffy Razak. Slot ‘Tutorial Hijab’ telah diajar oleh Bee Ramza manakala ilmu menata rias telah disampaikan oleh jurusolek artis terkenal iaitu Ayang Kamell dengan kerjasama Avon yang menaja peralatan alat solek untuk para peserta. Hamizatul Maizan Mohamed
Temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan tahun lalu mencipta memori tersendiri. Ini selepas temasya berkenaan turut menyaksikan Malaysia tidak ketinggalan menyertai dan merupakan penyertaan sulung negara kita dalam temasya sukan tersebut.
Menariknya acara sukan terbesar dunia ini adalah kelibat salah seorang atlet wanita sukan luncur ais. Berbicara tentang sukan ini, pastinya pakaian yang digayakan oleh peserta akan mengikut potongan bentuk badan dan dihiasi perhiasan manik-manik yang cantik untuk menarik perhatian tatkala melakukan aksi luncur di atas ais. Namun begitu, kemunculan seorang peserta luncur ais dari United Arab Emirates (UAE), Zahra Lari yang mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat mencipta kelainan tersendiri. Gadis berusia 22 tahun itu merupakan hijabi pertama yang bertanding di peringkat antarabangsa dalam sukan luncur ais.
Menampilkan imej bertudung dengan skirt labuh dan berseluar longgar, aksi Zahra sememangnya memukau kerana ketangkasannya. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Zahra mampu mencabar para peserta yang turut bertanding dalam sukan unik ini.
Sejarah penglibatan awal Zahra bermula apabila minatnya menonton filem Disney bertajuk ‘Ice Princess’ ketika berusia 12 tahun. Dari situ Zahra mula memasang impian untuk menyertai aktiviti luncur ais. Dilahirkan di negara yang tidak mempunyai musim sejuk tidak mematahkan semangatnya untuk dirinya berjaya mencapai impiannya itu.
Malah, pujian wajar diberikan untuknya apabila dia sanggup melakukan apa sahaja dan komited dalam usaha memantapkan kemahirannya meskipun perlu bangun seawal jam 4.30 pagi untuk berlatih sebelum pergi ke sekolah.
Antara rintangan yang perlu dihadapi oleh Zahra termasuklah halangan dari bapanya. Berasal dari negara Islam yang bersifat konservatif, bapa Zahra sememangnya tidak bersetuju apabila dia melahirkan hasrat untuk bertanding. Menganggap ia bertentangan dengan budaya dan tradisi mereka, keputusan bapanya itu sedikit sebanyak menghalang kebolehannya pada usia remaja.
Disinilah ibu Zahra memainkan peranan untuk memujuk suaminya itu memberi keizinan untuk Zahra menyertai sukan tersebut. Salah satu keraguan yang disuarakan oleh bapanya termasuklah kostum yang menjolok mata untuk aktiviti sukan luncur ais ini.
Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah selepas bapanya melihat Zahra dapat beraksi dengan begitu baik sekali. Lebih meyakinkan apabila Zahra menggayakan kostum yang tidak terlalu menjolok mata! Kini, Zahra telah mempunyai penyokong tegar iaitu bapanya sendiri!
Cita-cita gadis berusia 22 tahun ini adalah untuk terpilih mewakili UAE pada Sukan Olimpik Musim Sejuk. Di sebalik pandangan negatif masyarakat terhadap penglibatan wanita berhijab dalam sukan ini, Zahra membuktikan dirinya mampu mengatasi segala halangan.
Malah Zahra turut membantu negaranya untuk muncul sebagai negara Arab pertama menyertai Kesatuan Luncur Ais Antarabangsa (ISU) sekali pun rantau negaranya tiada salji dan ais.
Dengan mengenakan pakaian sopan dan seluar lebih tebal menutup aurat terutamanya kedua-dua belah kaki, aksi luncur ais Zahra begitu memukau apatah lagi tudung kepala yang dipakainya paling menarik perhatian dan muncul peluncur ais pertama bertanding dengan pendekatan itu pada Piala Eropah di Canazei, Itali pada 2012. Bagaimanapun, hakim menolak satu markah disebabkan perlanggaran peraturan pakaian digunakan.
Isu tudung kepala yang dipakai oleh Zahra turut mencetus kontroversi memandangkan tidak pernah ada mana-mana peserta yang mengenakannya dan faktor keselamatan penggunaan penutup kepala itu turut diperdebatkan agar ia selamat untuk digunakan di atas ais.
Bagi memastikan kostum tersebut boleh diterima di peringkat antarabangsa, Zahra turut berkempen untuk perubahan peraturan dan ketika Trofi Nebelhorn di Jerman, pegawai diberitahu agar tidak menganggap penutup kepala bertentangan dengan sut luncur ais.
“Sasaran saya melebihi mewakili UAE pada Sukan Olimpik musim sejuk. Saya mahu bertanding pada saingan Kejohanan Luncur Ais Empat Benua dan Kejohanan Dunia. Pertandingan ini adalah sasaran utama saya sekarang.”
Sumber:Klick.my/independent.co.uk
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjunjung kasih, pesona DYMM Tengku Permaisuri Selangor yang berangkat meraikan sambutan Hari Ibu PEKAWANIS 2025 menawan rakyat jelata.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menyerikan Majlis Sambutan Hari Ibu PEKAWANIS 2025 Peringkat Negeri Selangor cukup mencerminkan keprihatinan dan kasih sayang Baginda terhadap para wanita dan ibu di negeri ini.
Menjunjung kasih, pesona DYMM Tengku Permaisuri Selangor yang berangkat meraikan sambutan Hari Ibu PEKAWANIS 2025 menawan rakyat jelata.
Majlis penuh bermakna itu telah berlangsung dalam suasana penuh adat dan santun di Kediaman Rasmi YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada Sabtu, 31 Mei lalu. Keberangkatan Baginda telah disambut mesra oleh Yang Di-Pertua PEKAWANIS, Datin Seri Masdiana Muhamad; Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Liliyana Haryanti; Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor, Datin Syarmila Yahaya; Pengerusi BAKAT 11 Briged Infantri Malaysia, Datin Rosmira Ramlee, ahli-ahli PEKAWANIS dan PUSPANITA Negeri Selangor serta tetamu jemputan.
Acara kemuncak majlis menyaksikan Baginda berkenan menyaksikan program Bicarawanis bertajuk ‘Wanita Biasa Jiwa Luar Biasa: Cerita Seorang Ibu’ yang disampaikan oleh tokoh tersohor, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan moderator oleh Yana Samsudin.
Sesi bicarawanis tersebut mengangkat kisah ketabahan dan pengorbanan insan bergelar ibu dalam membesarkan anak-anak, sekaligus menyuntik inspirasi kepada para hadirin.
Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh pelajar-pelajar dari Rumah Puteri Arafiah, Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 dan Tadika Permata Ehsan PKPS yang menyampaikan persembahan berunsurkan kasih sayang serta nilai murni kekeluargaan.
Dalam suasana penuh mesra dan kasih, Baginda turut berkenan memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan Hari Ibu PEKAWANIS. Suasana bertambah istimewa apabila Baginda diraikan dengan kejutan kek sempena ulang tahun kelahiran Baginda yang turut diraikan bersama para tetamu dengan penuh kasih dan hormat.
Majlis ini jelas mencerminkan keindahan budaya serta penghargaan mendalam kepada peranan wanita dan ibu dalam masyarakat Selangor yang terus menjadi tunjang keharmonian dan pembangunan negeri.
Tiada angin tiada ribut, rupanya pelakon jelita Intan Najuwa hari melangsungkan perkahwinan dan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon tersebut selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, kira-kira jam 6.45 petang sebentar tadi.
Menerusi kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Intan Najuwa dilihat anggun menyarung persalinan Fizi Woo dan solekannya menerima sentuhan Alha Alfa.
Tahun 2026 pastinya menjadi detik yang tidak mungkin dilupakan Syida Melvin. Menginjak usia 30 tahun pada 11 Ogos lalu, sambutan hari lahir adik kepada aktres Syatilla Melvin ini sudah tentu berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.