Layan Ibu Persis Bidadari, FIKRY IBRAHIM Cerminan Anak Mithali Ramai Warga Maya Sebak Dan Terharu

Pelakon Fikry Ibrahim sebelum ini pernah menyatakan ibunya adalah segala-gala buatnya, dan Fikry sanggup menunda segala komitmen kerja di ibu kota demi menjaga ibu tercinta, Bibi Zaleha yang diserang angin ahmar pada tahun 2021. Menurut Fikry, dia bakal berada di Jitra untuk tempoh masa yang panjang, namun sekiranya ada tawaran kerja yang bersesuaian dia akan cuba membahagikan masa demi kelangsungan hidup.

“Saya percaya dengan rezeki Allah. Walaupun saya terpaksa tolak beberapa tawaran drama tapi saya percaya Tuhan akan gantikan dengan perkara yang lebih besar.

Dan baru-baru ini perkongsian pelakon Fikry Ibrahim menjadi perhatian apabila memuat naik video bercuti bersama ibu tersayang ke Langkawi. Menerusi video tersebut, Fikry dilihat tidak kekok dan ceria menguruskan ibunya, 74 tahun serta menyiapkan ibunya sebelum keluar bersiar-siar ke Langkawi.

Turut menarik perhatian, warga maya adalah tindakan Fikry dilihat memakaikan lipstick dan bedak pada wajah ibunya yang sedang berbaring ternyata menyentuh hati netizen.

Perkongsian Fikry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi serta memuji aktor itu yang menyantuni ibu tercinta.

Malah, rata-rata netizen turut mendoakan syurga buat Fikry kerana berbakti kepada orang tuanya dan dipermudahkan urusan dan didoakan syurga terindah buat Fikry yang sentiasa berada di sisi ibunya.

IKLAN
Share