Pelakon Fikry Ibrahim sebelum ini pernah menyatakan ibunya adalah segala-gala buatnya, dan Fikry sanggup menunda segala komitmen kerja di ibu kota demi menjaga ibu tercinta, Bibi Zaleha yang diserang angin ahmar pada tahun 2021. Menurut Fikry, dia bakal berada di Jitra untuk tempoh masa yang panjang, namun sekiranya ada tawaran kerja yang bersesuaian dia akan cuba membahagikan masa demi kelangsungan hidup.
“Saya percaya dengan rezeki Allah. Walaupun saya terpaksa tolak beberapa tawaran drama tapi saya percaya Tuhan akan gantikan dengan perkara yang lebih besar.
Dan baru-baru ini perkongsian pelakon Fikry Ibrahim menjadi perhatian apabila memuat naik video bercuti bersama ibu tersayang ke Langkawi. Menerusi video tersebut, Fikry dilihat tidak kekok dan ceria menguruskan ibunya, 74 tahun serta menyiapkan ibunya sebelum keluar bersiar-siar ke Langkawi.
Ads
Turut menarik perhatian, warga maya adalah tindakan Fikry dilihat memakaikan lipstick dan bedak pada wajah ibunya yang sedang berbaring ternyata menyentuh hati netizen.
Ads
Perkongsian Fikry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi serta memuji aktor itu yang menyantuni ibu tercinta.
Malah, rata-rata netizen turut mendoakan syurga buat Fikry kerana berbakti kepada orang tuanya dan dipermudahkan urusan dan didoakan syurga terindah buat Fikry yang sentiasa berada di sisi ibunya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Wong Mew Choo pastinya wanita paling bertuah dan bahagia ketika ini. Mana tidaknya, 7 tahun bergelar isteri Datuk Lee Chong Wei dan setelah mempunyai dua orang anak… barulah hari ini beliau dapat menikmati bulan madu seperti pasangan suami isteri lain. Satu tempoh cukup panjang tu! Sabarnya cinta hati Datuk Chong Wei ni, tak semua isteri mampu buat macam Datin Mew Choo. Kalau ada yang berhati baik seperti beliau, memang patut isteri macam ini dihargai.
Itulah sebenarnya hakikat yang harus Datin Mew Choo tempuh bila berkahwin dengan jaguh badminton nombor satu negara. Orang nampak yang manis saja tapi tidak tahu kesulitan yang pernah mereka lalui. Dek kerana mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia, Datuk Chong Wei sanggup menunda percutian bulan madu dengan isteri. Bukan setahun dua… tapi dah tujuh tahun lamanya!
Mengimbas kembali pengakuan Datuk Chong Wei mengenai perkara itu sekitar Jun lalu, “Sebab utama bersara adalah kerana saya perlu banyak berehat. Lagi satu, saya ada ‘hutang’ dengan isteri sebab selama berkahwin pada tahun 2012… kami belum sempat honeymoon lagi. Saya ‘hutang’ dia sudah lama, rasanya dekat tujuh tahun.
Dan seperti semua sedia maklum, lepas balik dari tournament saya selalu terikat dengan bermacam-macam latihan dan tournament lain. Nak bercuti pun tak boleh lama sebab dalam sukan badminton, kami kena sentiasa berlatih dan jadual yang sangat padat.
Sebab itu jugalah saya tak ada masa hendak bawa isteri pergi honeymoon mahupun bercuti. Saya rasa ini adalah masa terbaik untuk saya berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersamanya.
Memandangkan anak pun dah dua orang… jadi lepas ini saya akan ada banyak masa untuk bawa mereka pergi bercuti,” ujarnya sambil tertawa.
Lepas bersara, tumpuan dan masa saya akan lebih kepada keluarga, ibu saya, isteri dan anak-anak. Tapi yang paling utama, nak bawa isteri pergi honeymoon dulu.”
Nampaknya, jaguh badminton kebanggaan negara ini betul-betul dah tunaikan janji. Difahamkan pasangan atlet terkenal tersebut kini sedang berada di Maldives sejak selamat tiba di pulau indah berkenaan pada 7 September lepas.
Berkongsi foto percutian romantik bersama isteri tercinta… Datuk Chong Wei meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang wanita yang begitu memahami. “In my life, I thought no one loves me more than myself. However, when I saw how she broke down when I was diagnosed with cancer, I knew I’m blessed that I have someone who loves me more than myself.
I told myself not to give up and now, literally, my heart beats only because of her. If not for her, I would have lost the motivation to fight on. Everyday now with the most beautiful lady in my life is counted as a blessing in life.
Saya bersyukur kerana mempunyai Mew Choo sebagai rakan sekolah, rakan sepasukan, teman sejiwa, seterusnya menjadi isteri saya dan paling penting, rakan seperjuangan hidup saya. Saya berharap dapat menjalankan tugas sebagai suami dan bapa, mengukirkan senyuman atas mukanya setiap hari selamanya.”
Datuk Lee Chong Wei yang dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Datin Wong Mew Choo yang juga bekas pemain badminton negara pada tanggal 10 November 2012. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Kingston Lee dan Terence Lee… masing-masing berusia 6 tahun and 4 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang masih belum ‘move on’ dengan persembahan Naim Daniel yang menyanyi secara terbalik ketika di Anugerah Juara Lagu 37 yang berlangsung bulan lalu. Mendendangkan karya Mainan secara tergantung nyata mengundang pelbagai reaksi.
Walaupun tidak membawa pulang sebarang anugerah, namun rezeki Naim Daniel tetap ada apabila persembahan luar kotaknya itu mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records.
Persembahan memukau itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton malah diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai artis pertama yang membuat persembahan secara terbalik.
Naim yang juga pelakon drama bersiri, Projek: High Council berkata, pengiktirafan itu merupakan satu pembukaan yang baik buat dirinya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini.
“Hilang dalam kegembiraan sekarang sebenarnya. Satu pembukaan yang baik buat saya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini. Terima kasih di atas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal sehingga ke hari ini.
“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni dan ia takkan berhenti di sini, selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan,” katanya menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya pada Rabu.
Pada masa sama, Naim turut menyeru kepada semua anak seni untuk terus berani mencuba apa saja untuk kekal relevan dalam industri.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesti ramai rakyat Malaysia yang dah ‘terpacak’ depan TV pukul 6 petang tadi, kan? Semuanya semata-mata tak mahu terlepas menyaksikan Perkahwinan Diraja Duke and Duchess Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle. Selain hendak tengok upacara perkahwinan yang gilang-gemilang tersebut, pastinya busana perkahwinan yang dipakai Megan menjadi tumpuan utama.
Memilih Custom Givenchy Haute Couture berwarna putih bersih, puteri diraja ini kelihatan cukup elegan dan klasik. Ditambah pula veil rona senada yang dipakai bersama mahkota Queen Mary’s Diamond Bandeau sebagai pelengkap gaya perkahwinannya petang tadi. Difahamkan, busana yang digayakan Meghan Markle hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller. Memang minimalis namun tetap menawan hati ribuan rakyat Britain yang hadir menyaksikan ‘wedding of the year’ itu.
Mengikat ikrar sehidup semati di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor sekitar pukul 7.30 malam waktu Malaysia, pewaris takhta British iaitu Putera Charles mengiringi Markle selepas bapanya terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan. Manakala pengantin lelaki yang juga anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles, Putera Harry pula diapit abang kandungnya, Putera William.
Usai melafaz ikrar suci di gereja berkenaan, pasangan ini kemudian diarak menaiki kereta kuda melalui semua jalan di Windsor. Dianggarkan 600 tetamu hadir untuk menyaksikan upacara bersejarah ini. Malah, beberapa selebriti terkenal juga diundang menjadi tetamu. Antaranya Oprah Winfrey, Priyanka Chopra, David dan Victoria Beckham, George Clooney serta isterinya, Amal Clooney.
Lebih menarik, 2, 640 orang awam dipilih untuk menyaksikan majlis itu dengan lebih dekat dari luar halaman Istana Windsor. Apa yang pasti, 19 Mei 2018 menjadi hari yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Diangkat sebagai ‘wedding of the year’, ikatan cinta pasangan ini mencipta sejarah tersendiri dalam kalangan keluarga diraja British selain menjadi salah satu acara terbesar pada tahun ini.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan sekadar cantik, Joheirry Mola merupakan guru, wartawan dan aktivis pendidikan. Pada usia 24 tahun, beliau mencipta sejarah apabila dinobatkan Miss World 2026.