Lebih Dari Sebatas Mahkota, Bekas Ratu Cantik Rusia & Ukraine Berjuang Untuk Negara!

Rusia dan Ukraine, dua negara yang kini sedang bergolak hebat merupakan negara yang paling sering melahirkan ratu cantik dunia dan supermodel terkemuka. Mila Kunis, Milla Jovovich dan atlet tenis, Maria Sharapova antara nama-nama jelitawan popular kelahiran dua negara tersebut.

Susulan krisis ketegangan yang melanda di wilayah bergolak Rusia-Ukraine, perhatian dunia tertumpu pada nasib rakyat yang menjadi mangsa, golongan warga emas, kaum wanita dan kanak-kanak.

Ini termasuklah golongan ratu cantik yang pernah menawan dunia dengan kejelitaan serta kelebihan diri mereka yang mempesona. Apa terjadi pada misi keamanan dunia yang selalu dilaungkan?

 

MISS UKRAINE 2015, ANASTASIIA LENNA

Kebangkitan wanita Ukraine seperti bekas Miss Ukraine Anastasiia Lenna, 31, membuktikan jiwa patriotik mereka yang sebenar, sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara.

 

 

 

 

 

Meskipun bertugas sebagai pengurus perhubungan awam di Turki, namun bekas Miss Ukraine 2015 itu sanggup kembali ke negaranya sebagai tentera sukarelawan.

 

 

MISS UNIVERSE 2002, OKSANA FEDEROVA

Sementara itu, bekas Miss Universe 2002 dari Rusia, Oksana Federova, 44, pula lantang memberi kenyataan yang memihak pendirian negaranya. Melalui hantaran di media sosial, beliau menyatakan bahawa rakyat Rusia tidak mempunyai pilihan selain menyokong keputusan pemimpin mereka, Vladimir Putin.

 

 

 

 

Beliau turut menegaskan bahawa krisis yang berlaku adalah demi menyelamatkan rakyat Rusia. Kenyataan model dan pengacara televisyen itu walau bagaimanapun ditentang oleh warga Rusia sendiri yang menyokong perdamaian.

 

Jika biasanya peserta-peserta pertandingan ratu cantik di seluruh negara menyahut mesej keamanan dunia, nampaknya kali ini mereka sendiri yang berbelah-bahagi.

Apa pun yang berlaku, sudah masanya krisis Rusia-Ukraine ditamatkan segera. Sama-sama kita mendoakan jalan perdamaian terbaik buat dua negara berjiran itu.

IKLAN
Share