Besarnya lembu! Jutawan Indonesia yang juga pasangan suami isteri, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina menarik perhatian peminat sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini. Mana tidaknya, mereka dikhabarkan membeli sebanyak 20 ekor lembu untuk ibadah korban dan yang menjadi bualan ramai kerana saiz lembu sangat besar!
Memetik laporan portal Tribun News, Raffi membeli dua daripada lembu korban tersebut atas nama dua pembantunya iaitu Merry dan Sensen. Manakala seekor lagi disumbangkan ke masjid. Difahamkan pembelian lembu korban itu dilakukan di Cangkringan, Yogyakarta.
Ujar Raffi dalam saluran YouTube Rans Entertainment, “Kami cari lembu. Saya beli tiga buat Merry, Sensen, satu lagi disumbangkan buat masjid. Saya sudah janji di kampungnya Merry.”
Salah seekor lembu yang diberi nama Onto Seno mempunyai berat sehingga 1.3 tan dan berusia empat tahun.
Tidak hanya membuat ibadah korban 20 ekor lembu, selebriti dan usahawan berjaya itu juga menyumbangkan 10 ekor kambing tahun ini. Kesemua lembu dan kambing tersebut diagihkan ke beberapa tempat termasuk di Bandung, Tebet, Lebak Bulus dan Andara.
View this post on Instagram
Kekayaan Raffi Ahmad nyata bukan perkara baharu bagi peminat di sana. Selebriti kelahiran Bandung, Indonesia ini mempunyai banyak rangkaian perniagaan sendiri antaranya makanan, minuman, jenama pakaian, syarikat produksi dan sebagainya. Itu tidak termasuk bayaran sebagai pelakon, hos dan duta.
Raffi Ahmad juga pernah dinobat sebagai salah seorang artis terkaya Indonesia pada tahun 2019. Kekayaan yang dimiliki Raffi termasuk beberapa kediaman mewah, apartment, koleksi kereta sport mewah dan perusahaan lain.
Raffi dan isteri mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang dua orang anak iaitu Rafathar Malik Ahmad dan Rayyanza Malik Ahmad.