Sakitnya hati bila mendengar berita mengenai seorang pelakon kacak Malaysia yang berkahwin kali kedua. Sudahlah kahwin kali kedua, berkahwin di negara jiran pula!

Aduhai, hancur hati seorang wanita bergelar isteri. Sejak isu pelakon itu, timbullah satu demi satu cerita mengenai suami yang berkahwin lebih dari seorang. Sehinggalah pada satu hari, saya sendiri mendengar pengalaman yang dialami oleh sahabat baik saya, Maria.

Ads

Pada usia 40-an, kebanyakan wanita sudah mula malas mencari teman hidup. Pada mereka, lebih baik tumpukan pada kerjaya dan keluarga yang sedia ada.

Namun, bagi teman saya yang seorang ni, dia lebih bersemangat untuk mendirikan rumah tangga kerana jiwanya terasa kosong. Dia memerlukan kasih sayang seorang lelaki bergelar suami.

Cemburu melihat teman lain yang sudah mempunyai anak, memiliki seorang suami dan bahagia. Itu yang dilihat bahagia, tidak kurang juga yang masuk ke mulut buaya!

Kesungguhan Maria untuk mencari pasangan ni bermula dengan pendaftaran di laman sosial. Letak gambar profil yang cun sikit, ramailah yang datang menegur. Begitulah yang dilakukan Maria.

Ramai juga yang menegur tetapi jejaka seorang ni yang dapat mengambil hati Maria. Dua hari berkenalan melalui laman sosial, mereka mula bertukar-tukar nombor telefon. Setiap malam dari jam 10 malam hingga lima pagi dok bergayut sakan! Entah apa yang diborakkan sampai naik lemas jugalah kalau saya sendiri yang mengalaminya.

Dalam seminggu perkenalan, wajah Maria ceria, amat ceria! Dan Maria juga terbuka hati untuk menceritakan sedikit sebanyak perihal jejaka bertuah itu.

“Walaupun tak handsome, tapi dia baik!” Itu kata-kata pembukaan Maria.

“Azhar seorang lelaki yang lemah lembut tutur bahasa, tidak pernah marah dan pandai mengambil hati. dia panggil I sayang!”

Amboi, belum apa-apa dah bersayang-sayang? Lelaki sekarang… pandai sungguh menyemai kasih. Lama juga mereka berkawan sehinggalah pada suatu hari tergerak hati untuk menyelidik perihal lelaki misteri ini.

Daripada cerita Maria, dalam seminggu tiga hari lelaki ini akan mendiamkan diri. Tidak ada SMS mahupun panggilan telefon. Maria tenang saja tapi saya pula yang terlebih curious. “There’s something fishy going on here,” bisik hati saya.

Ads

Status Bertukar

Melalui laman Facebook, saya jejak jejaka ‘bertuah’ ini. Wanita yang dianggap sebagai adik angkat lelaki ini menjadi sumber maklumat. Saya cuba menghantar private message pada Rosmah, adik angkat Azhar.

Salam puan, maaf mengganggu. Saya nak tumpang tanya. Puan kenal Azhar kan? Katanya Puan adik angkat dia. Bukan apa, sahabat saya sedang mengenali hati budi Azhar, dan sekiranya hubungan mereka menjadi, saya bersyukur sangat. Cuma saya nak tahu, apa status dia? Saja la nak tau, bimbang kalau sahabat saya mengganggu kebahagiaan wanita lain.

Hampir seminggu private message itu tidak dibalas. Kali kedua, saya beri ayat pedas sikit.

Salam Puan. Senyap saja tanpa sebarang berita. Maaf mengganggu. Cuma saya harap Puan dapat membantu saya. Kita kan sesama perempuan. Puan tolong saya, mana tahu satu hari nanti Puan akan minta pertolongan dari orang lain pula. Cuba bayangkan bagaimana kalau Puan berada di tempat saya. Memohon bantuan dari seorang kaum Hawa tetapi tidak diendahkan. Bumi kan bulat, hidup kita pun berputar mengikut peredaran bumi.

Dipendekkan cerita, lewat petang pesanan tersebut dibalas. Agak kasar tetapi menjawab teka-teki yang bersarang dalam kepala.

Ads

Salam. Saya tak tahu kenapa Azhar memetik nama saya. Dan saya tak tahu kenapa saya perlu masuk campur hal ini. Saya rasa rimas kerana diganggu dengan masalah orang lain. Kawan awak tu nak sangat ke dengan Azhar? Dah tak ada orang lain ke? Saya ni bukan ahli keluarga dia pun tapi saya dah jadi seperti kaunter pertanyaan pula! Saya tak tahulah dia tu suami orang atau duda. Yang pasti dia sudah berkahwin dan isterinya ada di kampung.

Lebih kronik, dia pernah meminjam duit saya untuk bayar hutang ah long. Untuk pengetahuan, Azhar berhutang hampir RM100,000 dengan ah long. Dia kini mengganggur dan tinggal di kampung. Dia memang ada masalah attitude. Selalu MIA, datang lambat dan macam-macam masalah disiplin. So, kawan awak tu boleh fikir la sama ada layak atau tak Azhar bergelar suami!

Aduh! Pedihnya membaca ayat-ayat ‘sakti’ ini. Ayat pedas tu satu hal, yang lebih menyakitkan apabila mengetahui mengenai latar belakang Azhar. Dasar lelaki hidung belang! Tanpa berlengah, saya terus sampaikan hot news ini kepada Maria.

“Ya, I tau mengenai hutang tu. Cuma Azhar kata dia duda dengan seorang anak. I tahu dia dah berhenti kerja dan I tahu dia ada masalah disiplin. Tapi, I sayangkan dia. I rindukan dia,”

Bagaikan mendengar khabar kematian, hati saya umpama berhenti berdegup. Rupanya Maria tahu siapa Azhar sebenarnya. Azhar juga pernah beratus kali tidak mengendahkan Maria sehingga Maria mengambil MC tiga hari kerana migrain yang teruk.

Masakan tidak, menangis sehingga lupa makan, abaikan kerja dan yang jahilnya lupa menunaikan solat! Baru seminggu kenal, Maria seperti ‘terikat’ dengan Azhar. Langsung tidak boleh melupakan Azhar.

Nasib Maria pun sudah tidak menentu. Sering kali dia dipanggil majikan kerana urusan kerja yang terbengkalai. Ada satu perkara lagi masih bermain di fikiran saya yang pernah diceritakan Maria satu ketika dulu.

Bagaimana Maria sanggup dan rela berkongsi makanan dan minuman dengan lelaki yang baru dikenalinya selama dua hari sedangkan dia seorang wanita yang sangat pembersih dan berhati-hati dalam perhubungan? Entahlah Maria… KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI