
Makin ligat berlakon dan cecah usia 25 tahun, Mia Sara kini ikut jejak langkah bapanya, Dato’ Afdlin Shauki.
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, nama Mia Sara Shauki mula jadi perhatian peminat seni tanah air dan dijangka bakal menjadi pelapis pelakon wanita berbakat besar di Malaysia.
Memiliki darah campuran Melayu, Sabahan dan Greek, Mia merupakan anak sulung Dato’ Afdlin Shauki dengan bekas isteri, Maria Christina Orow. Selain Mia, pasangan ini dikurniakan dua lagi anak iaitu Anais dan Ileana Matin.
Dilahirkan pada 12 Oktober 1999, kemunculan gadis jelita ini ‘bukan kosong’ kerana beliau pernah melanjutkan pengajian Diploma Kursus Lakonan di Royal Central School of Speech and Drama, University of London secara online.
Pendidikan sentiasa menjadi keutamaan ibu bapa Mia sejak kecil. “Mendalami ilmu seni adalah asas menjadi seorang pelakon yang baik. Ilmu yang dipelajari bukan saja tentang berada di depan kamera bahkan tentang seluruh proses pembikinannya,” kongsi Mia.
Memulakan kerjaya lakonan melalui filem Buli (2004), Mia Sara kini terlibat dengan pelbagai karya seni seperti iklan komersial, teater, drama dan filem secara profesional. Seorang yang cantik dan terpelajar, beliau juga berkebolehan menulis skrip, menyunting dan menyanyi.
Mengakui lebih seronok berlakon teater, Mia kini tampil membawa watak Aina dalam siri drama, Thariq Ridzuwan: His Treasure. Sebelum ini Mia pernah berkongsi bahawa bapanya pernah menyuarakan hasrat agar anak-anaknya tidak terjun dalam dunia seni.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/cicit-p-ramlee-ghazia-gurnawan-cecah-22-tahun-mahir-petik-gitar-mahu-sambung-ijazah/
This website uses cookies.