Terpikat dengan aura cantik dan raut wajah penuh kelembutan milik adinda Ke bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Muhammad V, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin Aishah Putri ini. Anggun berhijab dan senyuman yang lekang terukir di bibir… keperibadian YAM Tengku Amalin Aishah Putri sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai kaum wanita di luar sana.
Jun ini, genap tujuh tahun YAM Tengku Amalin melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Hj Mohamed Bolkiah. Istimewanya pada tahun ini, rumah tangga YAM Tengku Amalin dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi diserikan dengan kehadiran cahaya mata ketiga Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri Binti YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.
YAM Tengku Amalin bersama suami
Memetik laporan yang disiarkan menerusi Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad V, YAM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri selamat dilahirkan di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada hari Rabu, 18 Jamadil Akhir 1441H bersamaan 12 Februari 2020 pada jam 10 pagi.
Ads
Mengimbas kembali detik penyatuan jiwa YAM Tengku Amalin dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, pasangan diraja Kelantan Darul Naim dan Brunei Darussalam ini selamat diijabkabulkan pada sebelah malam, hari Khamis 27 Jun 2013 di Istana Mahkota, Kubang Kerian. YAM Tengku Amalin Aishah Putri ialah satu-satunya puteri kepada DYMM Almarhum Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis.
Manakala pengantin lelaki iaitu YAM Pengiran Muda Abdul Qawi ialah anakanda saudara kepada DYMM Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. YAM Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan putera sulung dari 10 beradik kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Haji Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Almarhum Pengiran Pemancha.
Wajah terkini YAM Tengku Amalin Aishah Putri
Terdahulu, YAM Tengku Amalin Aishah Putri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dikurniakan dua orang puteri. Puteri sulung iaitu YAM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafa’ah Bolkiah Putri lahir pada 13 April 2014 di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Sementara puteri kedua, YAM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri pula Jun 2016.
Ads
Di samping dilimpahi dengan kebahagiaan berkeluarga, YAM Tengku Amalin Aishah Putri juga pernah berkhidmat dalam bidang perundangan selama beberapa tahun. Sesuai dengan kelulusannya dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada awal kariernya YAM Tengku Amalin Aishah Putri telah memulakan tugas sebagai seorang Majistret di salah sebuah mahkamah di Kota Bharu bermula dari pertengahan tahun 2006 hingga 2009.
Setelah itu, YAM Tengku bertukar ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan jawatan sebagai Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah. Dan akhir sekali memegang jawatan Timbalan Pendaftar sebelum kembali menyambung pengajian peringkat Master dalam bidang undang-undang di Universiti Melbourne, Australia.
Ads
Kini di samping menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami dan anak-anak tercinta, YAM Tengku Amalin Aishah Putri juga memiliki firma guaman sendiri yang dibuka bersama dua lagi rakan kongsi.
Sumber: Instagram Koleksi Sultan Muhammad V
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilik jenama skraf Tudung Ruffle, Hanis Arif baharu sahaja melahirkan puteri sulungnya pada 22 November tahun lalu. Bayi perempuan yang digelar Irina oleh wanita yang lebih mesra disapa Anis ini begitu comel dan menjadi kesayangan pasangan ini.
Anis juga telah berkongsi di laman Instagramnya tentang pengalaman bersalinnya dua dulan lalu. “Bila orang tanya Anis sakit tak bersalin Irina? Dulu masa baru-baru lepas bersalin, jawapan Anis sakit giloo, serik, fobia semualah. Sekarang bila orang tanya balik, dah tak ingat dah rasa sakit dia macam mana. Lupa terus padahal baru sebulan lebih. Haha.
Patut lah mommy-mommy ni tak pernah serikkan! Anis ingat bersalin ni macam movie indah bulan bintang bagai. Rupanya lain orang lain pengalaman dia. Bagi Anis sakit contraction taklah sakit mana (thanks to epidural, yeay), sakit masa nak jahit (doktor baru perasan ubat epidural habis) dengan first buang air kecil tu ya ampunnn…
Dan sebab itu jugak lah Anis tak ada gambar kenangan masa lepas deliver. Tudung semua dah terbang campak entah ke mana. Tak faham betul macam mana orang lain boleh still look good lepas bersalin,” kata Anis yang mempunyai pengikut seramai 524 ribu di laman Instagram.
Mengimbau kisah percintaan Anis bersama suaminya Muhammad Irshad Dato’ Capt. Razali ini, mereka telah dipertemukan oleh keluarga Anis. “Anis mula mengenali Irshad daripada keluarga Anis. Pada mula detik perkenalan tidak pernah terlintas sekalipun untuk mendirikan rumahtangga. Lantas selepas dia meminta nombor telefon, kami pun berkawan dan menyelami hati budi masing-masing.
Selepas kira-kira tiga bulan kami berkawan, Irshad datang ke rumah dan membawa bersama keluarganya untuk merisik lantas kami memutuskan untuk berkahwin. Menurut Irshad, dia menyukai Anis yang merupakan anak kedua daripada lapan adik-beradik ini kerana baginya mempunyai keistimewaan tersendiri. “Everything about her. She’s special and unique in her own way. The one and only,” ujar Irshad yang berasal dari Melaka ini.
Tambah Anis pula, “Kali pertama berjumpa, Anis ingatkan dia seorang pendiam tetapi selepas mula berkawan rupa-rupanya dia bukan begitu. Irshad seorang yang kelakar dan suka menyakat. Apabila sering menyakat tanpa disedari ia mencetuskan perasaan rindu kalau tidak mendengar gurau sendanya.
Selain itu pada Anis, dia seorang yang merendah diri, pandai mengambil hati, baik dan penyabar. Umi sendiri berkata dia baik orangnya. Irshad mempunyai matlamat dan hala tuju dalam hidup selain pemikirannya di luar kotak,” tutur Anis yang membuat majlis resepsi dahulu di JW Marriot Putrajaya.
Foto: Instagram @nononess
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika baru berusia 18 tahun Emma Raducanu sudah pun bergelar jutawan. Tahun lepas menyaksikan kemuncak kerjaya pemain tenis muda ini apabila dia bukan saja berjaya menamatkan pengajian peringkat A Levels dengan keputusan cemerlang. Bahkan meraih kejayaan mengagumkan apabila dinobat sebagai juara Kejohanan Tenis US Open 2021!
Dia yang sebelum ini menduduki tangga ke-338 dunia kini melonjak ke ranking 10 dunia. Hasil kemenangan US Open tersebut, dia membawa pulang wang kemenangan bernilai USD2.5 juta atau kira-kira RM10.2 juta.
Rentetan kejayaan luar biasa pada usia muda, dia menjadi pemain tenis wanita termuda menggantikan rekod Maria Sharapova yang memegang gelaran itu pada tahun 2015.
Pada April 2021, Emma berjaya menamatkan pengajian di Newstead Wood School dan meraih keputusan cemerlang di peringkat A Levels. Kejayaannya menjulang piala US Open 2021 membawanya terus ke kedudukan pertama selaku pemain tenis wanita Britain.
Atlet cantik ini dilahirkan pada 13 November 2002 di Toronto, Canada. Memetik laporan Express UK, bapa Emma iaitu Ian Raducanu berasal dari Bucharest, Romania.
Sementara ibunya, Meizhai Dong atau dikenali sebagai Renee ialah wanita keturunan Shenyang, China. Kedua-dua ibu bapa atlet ini bekerja dalam bidang kewangan.
Difahamkan wanita muda tersebut berhijrah ke United Kingdom ketika berusia dua tahun. Dia juga merupakan anak tunggal kepada pasangan tersebut.
Portal Tatler mendedahkan sejak kecil Emma sudah menunjukkan minat dalam pelbagai bidang sukan termasuklah menunggang kuda, berenang, luncur ski, go-kart, motor cross dan ping pong.
Tidak cukup itu, Emma juga pernah mengikuti kelas tarian balet. Bagaimana pun minat Emma dalam sukan tenis mula bercambah selepas ibu bapanya memperkenal sukan tersebut seawal umur Emma lima tahun.
Meskipun menyokong penuh kerjaya sukan anak tersayang, namun ibu bapa Emma tidak pernah memberi tekanan kepada anak tunggal mereka ini untuk menyertai pelbagai kejohanan terutamanya ketika musim Covid-19.
Berjiwa aktif dan lasak, dia merupakan peminat sukan Formula One. Selain mempunyai dua kerakyatan iaitu British dan Kanada. Selain itu, Emma juga boleh berbahasa Mandarin, menonton rancangan TV Taiwan dan menggemari sajian Romania.
Pada 22 Oktober 2021, jenama fesyen mewah Dior mengumumkan Emma Raducanu sebagai duta mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bunga Citra Lestari berasa begitu bangga apabila puteranya, Noah Sinclair, baru sahaja diberi penghormatan menjadi pemimpin upacara bendera di sekolah sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-80 Republik Indonesia.
Noah kelihatan berdiri tegap sambil memimpin perjalanan acara dengan penuh lancar dan berwibawa.
BCL turut berkongsi, meskipun Noah membesar dalam tiga budaya berbeza namun semangat Indonesia tetap subur dalam dirinya.
Sebagai seorang ibu yang menyaksikan detik bersejarah itu secara langsung, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bangga terhadap puteranya itu.
“Meski dibesarkan dalam tiga budaya berbeza, pagi itu melalui suaranya yang lantang memimpin acara, aku melihat semangat Indonesia hadir begitu kuat dalam dirinya. Proud of you, Noah,” tulis BCL dalam hantaran di media sosial.
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.