Allahu, beruntungnya Shireen Sungkar dikurniakan seorang lelaki yang sangat menjaga peribadi dan aurat isteri tercinta. Tidak pernah lelah mengajak isteri ke arah kebaikan sejak perkenalan hingga bergelar suami isteri… usaha Teuku Wisnu akhirnya berhasil apabila adik Zaskia Sungkar ini terbuka hati untuk berhijab.

Menceritakan detik manis itu dalam sebuah program televisyen di Indonesia, Shireen mengakui pada mulanya dia rasa amat berat untuk mengenakan hijab kerana belum bersedia selain takut tawaran lakonan dan kerjaya seni terjejas kerana penghijrahan tersebut.

IKLAN

“Keputusan untuk berhijab memang permintaan dari suami kerana dia adalah imam saya dan bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya nanti. Sejujurnya, sejak dari kecil lagi saya sudah dididik memakai hijab dan bapa saya juga sudah penat menasihati supaya menutup aurat… kerana sekejap pakai, sekejap tanggal.

“Aku Tak Mahu Lihat Isteri Tercinta Masuk Neraka Gara-Gara Aurat,” Tangisan Suami Buat SHIREEN SUNGKAR Berhijab!

“Aku Tak Mahu Lihat Isteri Tercinta Masuk Neraka Gara-Gara Aurat,” Tangisan Suami Buat SHIREEN SUNGKAR Berhijab! Selepas bernikah tentunya tanggungjawab bapa itu tadi dilepaskan ke suami. Saya pula tak pernah terfikir akan berhijab secepat ini. Dulu bila suami tanya bila mahu bertudung, saya akan berdolak-dalik dan selalu beritahu akan berhijab bila sudah ada anak atau minta dia tunggu lagi sebab belum terfikir,” telus aktres cantik ini.

Menurut Shireen, suaminya Teuku Wisnu mula berubah ke arah kebaikan ketika mereka masih berpacaran. Katanya, Wisnu sudah enggan kerap bertemu dan menolak untuk bersalaman dengannya seperti sebelum ini. “Saya bersyukur dapat imam yang sangat tahu bagaimana untuk mengajak wanita iaitu isteri ke arah lebih baik. Iyalah, wanita kan tidak suka dipaksa-paksa dan ditegur secara kasar.

Sebagai orang yang terlibat dalam industri hiburan, tidak mudah untuk saya mahu terus bertudung. Kerana saya harus melupakan banyak job dan karier yang menuntut agar tidak berhijab. Lagi pula ketika itu tengah berada di atas. Tapi suami ajar ke arah itu perlahan-lahan.

“Aku Tak Mahu Lihat Isteri Tercinta Masuk Neraka Gara-Gara Aurat,” Tangisan Suami Buat SHIREEN SUNGKAR Berhijab!

“Aku Tak Mahu Lihat Isteri Tercinta Masuk Neraka Gara-Gara Aurat,” Tangisan Suami Buat SHIREEN SUNGKAR Berhijab!
Shireen di samping kakaknya, Zaskia Sungkar

“Aku Tak Mahu Lihat Isteri Tercinta Masuk Neraka Gara-Gara Aurat,” Tangisan Suami Buat SHIREEN SUNGKAR Berhijab!

“Aku Tak Mahu Lihat Isteri Tercinta Masuk Neraka Gara-Gara Aurat,” Tangisan Suami Buat SHIREEN SUNGKAR Berhijab!

Balik dari menghadiri kelas agama, dia akan cerita tentang tudung lagi. Dia takkan pernah berhenti ajak saya berubah. Misalnya, lepas sembahyang dan nampak saya masih pakai telekung… dia akan puji cantik sangat tutup aurat dan pakai tudung. Hingga saya jadi hilang kata-kata.”

Sah bergelar suami isteri pada tanggal 17 November 2013… Shireen bagaimana pun terdetik untuk mengubah penampilan diri bukan saja dari segi luaran tetapi juga dalaman kerana tidak mahu mengheret suami tercinta ke jalan kebinasaan di akhirat kelak.

IKLAN

“Suatu hari saya mengikuti ceramah agama yang mengatakan tentang betapa besarnya tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga. Saya mula rasa tak adil dan sedih bila nanti di akhirat suami terpaksa masuk neraka kerana kesalahan isteri. Tak adil bagi Wisnu kerana dia sudah berhijrah menjadi lebih baik tapi hanya kerana sikap saya yang tak mahu berubah, dia yang akan terima balasannya.

“Aku Tak Mahu Lihat Isteri Tercinta Masuk Neraka Gara-Gara Aurat,” Tangisan Suami Buat SHIREEN SUNGKAR Berhijab!

“Aku Tak Mahu Lihat Isteri Tercinta Masuk Neraka Gara-Gara Aurat,” Tangisan Suami Buat SHIREEN SUNGKAR Berhijab! “Aku Tak Mahu Lihat Isteri Tercinta Masuk Neraka Gara-Gara Aurat,” Tangisan Suami Buat SHIREEN SUNGKAR Berhijab!

Dia sudah tegur, menasihati dan mendoakan saya. Apa yang membuatkan saya sedih dan terdetik untuk segera berhijab bila suami menangis dan berkata, “Sayang, aku tak mahu masuk syurga sendirian. Aku tak mahu lihat isteri yang aku cintai masuk neraka gara-gara aurat. Aku mahu masuk syurga bersama-sama isteri aku.”

IKLAN

Ya Tuhan, sampai begitu sekali rasa kasih dan sayangnya Teuku Wisnu terhadap Shireen. Dia bukan hanya memikirkan tentang nasib dirinya di akhirat tetapi turut mahu membawa isteri tercinta melangkah masuk ke syurga Allah. Sesungguhnya, hidup berpasangan itu cukup indah apabila kedua-duanya saling mengejar perintah dan ganjaran Yang Maha Esa.

https://www.instagram.com/p/BzLEytFn9_f/

“Saat saya memikirkan wang dan tawaran yang terpaksa dilepaskan bila sudah berhijab, suami dengan tegas berkata yang wang boleh dicari tapi takkan tahu sampai bila umur kita dan takut tak sempat berubah. Dalam ceramah yang saya hadiri, ada juga ustaz mengingatkan supaya jangan sampai kerudung yang dipakai itu adalah pertama dan terakhir ketika dikafankan.

Apa yang penting untuk saya sampaikan di sini ialah kebahagiaan bukan datang dari wang. Ajaibnya, lepas bertudung… wang datang dengan sendiri dari arah yang tak disangka. Begitu juga tawaran berlakon yang saya sama sekali tak sangka.”

Hasil perkongsian hidup selama hampir 6 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Teuku Adam Alfatih, Cut Hawa Medina Alfatih dan Cut Shafiyyah Mecca Alfatih.

 

Kredit foto: Instagram Shireen Sungkar

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI