Orang kalau sudah bahagia, tak perlu tunggu tarikh tertentu pun untuk raikan. Situasi itu turut dilalui Afifah Amin dan suami, Ajak Shiro ketika ulang tahun perkahwinan mereka pada 6 Jun lepas.
Lucunya, kedua-dua mereka mengaku terlupa mengenai tarikh penting tersebut. Bagaimana pun Afifah mahupun Ajak tidak memperbesar isu berkenaan dan meniti hari-hari mendatang dengan positif seperti kebiasaan.
Menjengah media sosial pasangan suami isteri ini, suri hati kesayangan pengusaha restoran Bumbu Babah tersebut memuat naik video memaparkan momen mereka berdua sambil menitipkan rasa syukur kerana rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke hari ini.
Afifah Amin Bahagia 16 Tahun Jadi Isteri Ajak Shiro
Titip Afifah, “First time rasanya dua-dua lupa tarikh perkahwinan. Bukan sebab dah tak penting. Tapi sebab hari-hari dah memang happy bersama. Tak perlu tunggu tarikh perkahwinan pun kan Babah kan.
Yang penting, ibu still menang sebab wish lewat 1 hari tapi Babah lupa terus. Selamat Bahagia Bersama Ibu, Baba.”
Ads
Mengimbas detik perkahwinan pasangan romantis ini, Ajak atau nama penuhnya Mohamad Hanaffi Razak sebelum ini pernah mendedahkan dia mula berkenalan dan terpikat dengan peribadi Afifah ketika berusia 13 tahun.
10 tahun menanti, pelawak dan DJ radio ini mengambil keputusan untuk berkahwin dengan wanita idamannya itu pada usia 23 tahun. Waktu itu Afifah Amin masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Keluarga Bahagia Afifah Amin
Manakala Ajak pula bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak. Pasangan ini akhirnya sah disatukan sebagai suami isteri pada 6 Jun 2009.
Ads
Sepanjang 16 tahun hidup bersama, Ajak dan Afifah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jad Thaqif, Had Thaqif dan Nada Soffea. Menariknya, ketiga-tiga mereka lahir pada tarikh yang sama iaitu 25 Mac.
Jad kini berusia 15 tahun, Had berumur 12 tahun dan Nada pula meniti usia 10 tahun.
Ads
Afifah Amin sehingga kini bertugas sebagai pendidik. Ajak pula yang mencipta nama di pentas Raja Lawak terus melebarkan sayap dengan menceburi bidang perniagaan. Selain bergelar pelawak, pelakon dan DJ, Ajak juga makin ligat mengusahakan bisnes Nasi Padang Autentik iaitu Bumbu Babah.
Walau baru dibuka namun Bumbu Babah sudah mempunyai tujuh cawangan dan bakal meluaskan empayar niaganya tidak lama lagi.
Masih tak boleh move on tengok majlis akikah puteri kepada Dato’ Jovian Mandagie dan isteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri yang berlangsung meriah semalam. Dari bab persalinan, dekorasi dewan dan hiasan pelamin semuanya nampak cukup sempurna. Pandai Dato’ Jovian dan Datin Nina memilih apa yang terbaik untuk cahaya mata sulung mereka ini. Thumbs up!
Diadakan di Ballroom Menara FELDA Platinum Park Kuala Lumpur, majlis akikah Jeanelle Nika Mandagie yang kini memasuki usia empat bulan diserikan dengan kehadiran ahli keluarga, sahabat handai dan rakan artis. Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis ini termasuk Datin Paduka Umie Aida, Lisa Surihani, Yusry KRU, Mira Filzah dan Alvin Chong. Tidak ketinggalan, pemilik Shoes Shoes Shoes iaitu Ung Yiu Lin.
Selain hiasan pelamin yang berkonsepkan ala butik atelier mencuri tumpuan para tetamu, rekaan busana yang dipakai Jeanelle Nika Mandagie juga menjadi topik hangat di kalangan tetamu termasuk netizen yang mengikuti perkembangan keluarga selebriti ini. Tampil sedondon bersama kedua-dua ibu bapanya dalam persalinan rona lilac, ramai menyifatkan gaun yang disarungkan ke tubuh comel Jeanelle Nika Mandagie seakan gaun kartun animasi Thumbelina. Mungkin kerana rekaannya yang kelihatan seperti kelopak bunga.
Apa-apa pun keindahan majlis akikah Jeanelle Nika Mandagie menerima banyak pujian. Malah, ada yang menganggap big day puteri kesayangan Dato’ Jovian dan Datin Nina ini begitu meriah umpama sebuah majlis persandingan. Berikut momen-momen indah yang dikongsikan Dato’ Jovian di laman Instagramnya.
Sumber foto: Instagram @jovianmandagie, @princessmandagie
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya anak gadis Datuk Afdlin Shauki! Berusia 23 tahun, Mia Sara Shauki yang merupakan anak sulung kepada pelakon komedi dan penerbit popular ini rupa-rupanya mengikut jejak langkah ayahanda tersayang dalam dunia seni.
Selain berbakat besar dalam bidang lakonan, Mia Sara juga ada bakat menyanyi. Memang jelas terbukti darah seni dan bakat Datuk Afdlin ‘mengalir’ dalam diri gadis cantik ini. Bak kata pepatah, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.’
Menurut pengarah filem Papadom dan personaliti televisyen yang sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air selama bertahun-tahun ini mengakui dia agak keberatan jika ada di antara anak-anaknya memilih kerjaya seni seperti beliau.
“Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri seni.
Namun apa yang saya lihat sekarang, anak-anak saya dah mula menunjukkan minat dalam bidang seni. Salah seorangnya meminati muzik, seorang lagi sudah mula berlakon sementara anak yang bongsu pula sangat tertarik dengan muzik K-Pop.”
Buat pertama kalinya, Datuk Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom Disney Wizards of Warna Talk yang bersiaran di saluran Disney kira-kira dua tahun lalu. Mia Sara merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College.
Bergelar anak sulung daripada tiga beradik, Mia Sara mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin. Melihat minat mendalam Mia terhadap dunia seni tidak mustahil suatu hari nanti dia mampu menjadi pelakon berjaya dan versatil seperti Datuk Afdlin Shauki.
Apatah lagi, dengan usia masih muda dan statusnya sebagai anak selebriti… ia menjadi ‘bonus’ buat Mia Sara untuk mempelajari selok-belok dunia seni daripada bapa tersayang.
Kredit foto: Instagram Mia Sara & Afdlin Shauki
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronoknya tengok percutian Erin Malek sekeluarga baru-baru ini. Menerusi perkongsian di media sosial, selebriti cantik ini ‘terbang’ ke negara jiran Indonesia untuk menikmati percutian seisi keluarga di pulau peranginan popular di sana. Pastinya Bali menjadi pilihan ramai selebriti dan pencinta alam semula jadi kerana pemandangannya yang memukau.
Lebih istimewa, ia merupakan percutian pertama Erin dan suami bersama anak bongsu kesayangan!
Erin Malek Sekeluarga Bercuti Di Bali
Mengamati momen indah bintang filem Tentang Bulan ini sepanjang berada di Bali, jelas terserlah wajah bahagia Erin tatkala meluangkan masa di samping suami dan tiga cahaya mata.
Kongsi Erin, “Baby Fahad’s first holiday.”
Diam tak diam, anak bongsu pemilik nama Nur Arina Abdul Malek ini sudah pun mencecah usia tujuh bulan. Difahamkan mereka sekeluarga menginap di sebuah resort mewah bertaraf lima bintang di The Apurva Kempinski Bali.
Resort gah yang sarat dengan seni bina Indonesia ini dikhabarkan sering dikunjungi golongan elit.
Sepanjang berada di sana, Erin Malek dan suami iaitu Mohamed Farriz Fauzy turut berkesempatan membawa anak-anak mereka menikmati pengalaman menjamu selera di salah sebuah restoran eksklusif dikenali sebagai Koral Restaurant.
Ia merupakan restoran akuarium pertama di Bali yang bukan sekadar menghidangkan aneka menu menyelerakan. Malah turut menyajikan suasana indah ala dasar laut yang dikelilingi pelbagai spesis hidupan laut dan ikan.
Anak Bongsu Erin Malek
Erin selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang juga seorang bayi lelaki comel pada 11 November 2024. Bayi tersebut diberi nama Mohamed Fahad Mohamed Farriz.
Jelitawan ini bakal meniti usia 31 tahun pada 15 Julai nanti. Erin sah bergelar isteri Farriz Fauzy yang merupakan pelumba kereta dan anak usahawan empayar MOFAZ pada 10 Oktober 2014.
Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, pasangan romantis ini turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.