Macam Pelajar Sekolah, Penampilan Ayu DS SHAHIDA Pakai Uniform Pengawas Tarik Perhatian!

Nama usahawan popular, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bukan lagi asing dalam masyarakat. Kejayaan beliau mengusahakan empayar Dherbs di samping suami tersayang, Dato’ Seri Aliff Syukri sentiasa menjadi sumber inspirasi khususnya dalam kalangan ahli perniagaan wanita. Kecekalan Datin Seri Shahida membangunkan legasi nyata dikagumi kerana selain sibuk dengan urusan perniagaan, beliau juga tidak lupa memantau aktiviti anak-anak. Terutamanya dalam soal pendidikan.

Terbaharu, perkongsian Datin Seri Shahida sewaktu meraikan Annual Dinner Dherbs 2020 mendapat perhatian warga maya. Bertemakan ‘Back to School’, penampilan ratu hati Dato’ Seri Aliff yang memilih pakaian seragam pengawas sekolah berwarna coklat telah menarik tumpuan ramai. Rata-rata mereka menyifatkan Datin Seri Shahida tidak ubah seperti pelajar sekolah berusia belasan tahun dan ada juga yang melihat ibu enam anak ini seperti anak perempuannya, Qadeeja!

Lengkap mengenakan vest dan tali leher coklat, kemeja lengan panjang dan tudung rona kuning cair, kasut hitam serta menggalas beg sandang… penampilan Datin Seri Shahida berjaya mengimbau kenangan zaman sekolah dulu. Apatah lagi, beliau sememangnya memiliki raut wajah cantik seperti gadis muda. Kalau orang tak kenal, mesti ingat Datin Seri Shahida baru habis sekolah.

Dalam majlis meriah itu, Dato’ Seri Aliff turut mengenakan uniform pengawas pusat sumber dan ramai yang menyatakan ahli perniagaan berjaya tersebut kelihatan seperti anak lelakinya, Baim. Berkongsi momen bersama kakitangan yang selama ini banyak membantu meningkatkan jualan syarikat, Datin Seri Shahida berkata, “Zaman sekolah zaman paling seronok! Dulu sekolah rasa tak sabar nak besar nak kerja. Sekarang dah berumur terasa bahagianya ada di zaman remaja!

Salah satu majlis yang paling best pernah saya buat. Staff-staff semua enjoy sakan. Rasa macam budak-budak betul! Saya pilih buat majlis ni sempena nak bagi reward

pada staff yang betul-betul komited dalam kerja dan juga semua staff kami bagi sedikit bonus untuk hujung tahun. Walaupun tak banyak alhamdulillah semua happy dan bersyukur.

Semua yang ada ni staff yang bekerja di Dherbs Holdings. Untuk Sugeh Eco Resort kita plan nanti ya sebab cuti sekolah tetamu tengah ramai tak boleh nak bawa jalan-jalan. Hari-hari fully booked. Bagi saya pekerja ni adalah tulang belakang kami, tak ada mereka tak adalah kami. Kami saling memerlukan. Bye 2020, welcome 2021. Banyak yang kami plan untuk tahun baru ni. InshaAllah mudahan dipermudahkan.”

Seperti sedia maklum mengenai keadaan negara di pantai timur yang sedang dilanda musibah banjir, Datin Seri Shahida turut tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas. Difahamkan beliau dan suami serta beberapa kakitangan terlibat turun padang ke Pahang.

“Alhamdulillah kami bergerak ke Pahang untuk hantar bantuan mangsa banjir. Saya dan Aliff Syukri berpecah pasukan. Satu team

ke daerah lain dan satu lagi ke daerah lain. Doakan kami selamat pergi dan balik. Terima kasih Datin @baganpinang, Bonda Rozita Ibrahim, Muniroh Kasim, Dato’ Murad dan En Aswad sudi pinjamkan 4X4 untuk kami.”

Dimaklumkan sudah selamat tiba di destinasi yang dituju, Datin Seri Shahida bersyukur akhirnya sumbangan yang dibawa dapat diberikan kepada golongan terjejas. “Sukar sebenarnya banyak jalan tutup tapi alhamdulillah masih lagi berusaha untuk sampaikan bantuan pada yang memerlukan.”

Moga usaha murni Datin Seri Shahida dan Dato’ Seri Aliff dalam menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir terus dipermudahkan dan dilindungi.

 

 

Kredit: Instagram Datin Shahida

IKLAN
Share