“Bahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat. Jangan jadi macam saya.. terkecewa sebab semua tu hanya memori tak boleh tayang lagi. @fauzinawawi2020 kalau ada budget kita nikah sanding balik nak??”
Demikian coretan yang pernah dikongsi oleh pelakon Lisdawati menerusi sebuah hantaran yang pernah dimuat naik di Instagramnya tahun lalu.
Mengakui dirinya berasa sedikit ralat kerana tidak lagi berpeluang untuk berkongsi foto-foto kenangan sewaktu berkahwin kerana ketika itu masih lagi belum berhijab, dan hanya menjadi koleksi peribadinya sahaja.
Lisdawati dan suaminya yang juga pelakon serta pengarah, Fauzi Nawawi cukup disenangi ramai kerana kekal bahagia bersama walaupun sudah 15 tahun mendirikan rumahtangga.
Mereka berkahwin pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14; Nur Aina Fazneesya, 13; Ahmad Nur Fyrdaus, 8; dan Ahmad Nur Fayyadh, 3. Lisdawati dan Fauzi turut mempunyai dua orang cucu.
Baru-baru ini, Lisdawati memuat naik gambarnya di pelaminan bersama suami tercinta dengan kapsyen yang menarik perhatian para peminat dan pengikutnya.
“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan.
“Jadi hari ini, sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan.
“Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan,” ungkap pemilik nama lengkap Nisdawati Nazaruddin ini.
Ads
Memetik lapran Kosmo! Online, aktres berusia 44 tahun itu mengakui terkilan apabila foto perkahwinan yang dirakam 15 tahun lalu tidak dapat dikongsi kepada umum kerana masih belum berhijab.
Memilih persalinan berwarna biru lembut bagi ‘majlis pernikahan’ manakala busana songket putih untuk ‘resepsi’ menyerlahkah kecantikan Lisdawati yang sememangnya awet muda.
“Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti.
“Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.
Sehubungan dengan perkongsian pelakon tersebut, Instagramnya telah dibanjiri dengan pelbagai komen daripada warganet.
Ads
Lisdawati turut berterima kasih buat sahabat-sahabat yang hadir ke majlis ringkasnya itu serta memohon maaf atas segala kekurangan.
“Memori tercipta untuk diabadikan. Andai masih bernafas ku akan setia. Andai aku terkubur ingatlah aku dalam doamu @theonlyfauzinawawi
“Thank you sahabat-sahabat yang berkesempatan datang. Maaf atas segala kekurangan yang ada sepanjang majlis ringkas kami.
Ads
Sementara itu, dia turut berkongsi rahsia kekal bahagia bersama suami meskipun melalui fasa susah senang bersama.
“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah.”
Menurut Lisdawati jika ada sebarang masalah atau selisih faham, mereka akan berkomunikasi menerusi mesej dahulu contohnya SMS atau WhatsApp bagi mengelakkan dari bertikam lidah jika berjumpa. Namun, setelah masing-masing sudah ‘sejuk hati’, barulah mereka akan bersemuka.
Empat anak hasil perkahwinan Fauzi yang terdahulu ialah Nurul Hainil Fatihah, 24; Hanna Faresha, 21; Mohd Fikri Hakimi, 18; dan Muhammad Fareez Hazwan, 23.
Kredit Foto: Instagram Lisdawati
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kariernya bermula dengan pergelutan di gelanggang, kini John Cena antara pelakon lelaki ternama dengan kekayaan berjuta-juta, mengikut langkah-langkah seniornya, seperti Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Dave Bautista. Dari satu filem ke filem, John Cena cukup menyerlah di kelasnya tersendiri. Selain kejayaan dan bakat John Cena, turut menjadi perhatian adalah kisah hidup John Cena yang dikhabarkan semakin ceria dan berseri dengan kehadiran wanita terbaru di dalam kehidupannya.
Setelah gagal dalam perhubungan bersama pengusti wanita, Nikky Bella yang juga tunangnya ketika itu, John Cena dilihat sudah ‘move on’ dan kini bahagia bersama isteri yang dikahwininya, Shay Shariatzadeh.
Yang menariknya, Shay adalah definisi seorang wanita yang hadir dengan pakej lengkap. Bukan saja jelita, namun dia juga bijak dan berjaya. Namun siapakah wanita yang berjaya menambat hati pelakon tampan John Cena ini?
Menurut sumber, Shay merupakan jurutera dari Kanada yang lahir pada tahun 1989 di tanah Iran. Shay memegang kewarganegaraan Kanada dan tinggal di British Columbia di mana dia bekerja sebagai Pengurus Produk untuk Sonatype, sebuah firma yang mengkhususkan bidang pembangunan perisian komputer.
Shay menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari The University of British Columbia pada tahun 2013. Sejak itu, Shay berkhidmat di universiti tersebut sebagai mentor untuk pelajar baharu serta membantu universiti membina jaringan lebih kukuh dalam industri.
Shay mula bekerja pada usia 18 tahun dan pekerjaan pertamanya adalah rakan jualan di firma La Vie En Rose, peruncit pakaian dalam Kanada. Pada 2011, Shay mula bekerja sebagai jurutera ujian perisian di Alpha Technologies Ltd. “Saya sentiasa sukakan matematik dan fizik”, jelas Shay dalam satu temubual menurut sumber People.
John Cena mula menjalinkan perhubungan dengan Shay pada tahun 2018, dan pertama kali bertemu Shay di sebuah restoran di Vancouver sewaktu John Cena menjalani pengambaran filem Playing With Fire.
Setelah hampir dua tahun bertunang, Cena dan Shariatzadeh berkahwin pada 12 Oktober 2020, di Tampa, Florida, pada satu majlis kecil di pejabat peguam pusat bandar Dilip Patel, yang berkhidmat sebagai perasmi acara.
Dapat dilihat John Cena dan Shay nampak cukup serasi dan bahagia bersama. Semoga perkahwinan mereka berdua berkekalan hendaknya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali usahawan terkemuka, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu, pengasas produk NOIR yng semakin terkenal, menjadi salah seorang perintis bangkit wanita menerusi perniagaan.
Dan baru-baru ini, menerusi rakaman sesi siaran langsung yang dikongsi oleh @nikzulaikha_noir, Madammu mendedahkan bahawa dirinya telah menolak tawaran untuk diberi gelaran ‘Datuk’.
Dilihat menjawab pertanyaan peminatnya yang bertanyakan mengapa tidak mahu gelaran ‘Datin’, ini respon Madammu. “Sebenarnya, Madammu macam ini… kita dah dua kali tolak tapi kitorang ini ada tujuan, ada matlamat, ada visi. Andai kata kitorang ini ambil Datuk (pangkat), cukup banyak ke sumbangan yang kita buat dekat Malaysia ini?
So, saya ada misi, memang saya lahirkan usahawan wanita di mana membantu menjana ekonomi negara tapi baru je dalam 50,000,” katanya.
Malah, Madammu mempunyai target tersendiri sebelum menerima apa-apa pangkat. “Saya target saya dapat capai 200,000 usahawan ataupun 150,000 usahawan baru saya akan fikir untuk ambil pangkat itu,” jelasnya lagi.
Bermula dari sebuah perniagaan kecilan di perkarangan ruang tamu, kini Madammu menerajui sebuah empayar kosmetik dan kecantikan dengan hasil jualan ratusan ribu menjadi inspirasi buat kaum wanita di luar sana. NONA mendoakan agar impian Madammu tercapai.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bekas model jelita raih pendapatan jutaan ringgit setahun, bekerja untuk kempen-kempen high-profile, berparti dengan bintang-bintang terkenal Hollywood seperti Jack Nicholson, Andy Warhol, Harrison Ford, Melanie Griffith dan Madonna kini hidup merempat di kaki lima.
Nastasia Urbano, 57, pernah terkenal suatu ketika dahulu dan wajahnya terpapar sebagai penghias muka depan majalah Vogue. Wanita ini memiliki segala-galanya yang diingini oleh seorang wanita lain. Dikurniakan kecantikan semula jadi sehingga menjadi rebutan jenama terkenal untuk menggayakannya, terkenal dan kaya-raya.
Menurut laporan akhbar di Sepanyol, Nastasia Urbano sewaktu di zaman kegemilangannya, semua orang dalam industri menyayanginya. Wanita ini pernah menerima gaji melebihi 1 juta ringgit hanya untuk bekerja dalam 20 hari sahaja.
Situasi ini terus konsisten selama empat hingga lima tahun lamanya. Bayangkan berapa banyak wangnya tersimpan di dalam bank. Malah Nastasia Urbano juga menjadi model utama pertunjukan promosi fesyen.
Tetapi, segala-galanya hancur hanya semata-mata cinta terhadap seorang lelaki yang SALAH. Kejatuhannya bermula selepas berkahwin apabila suaminya yang telah mengikis semua hartanya.
“Dalam tempoh dua hari, dia sudah minta belikan kereta BMW. Saya seprti orang bodoh apabila terus berikan cek kerana mabuk cinta,” katanya.
Jika suatu ketika dahulu duit langsung tidak menjadi masalah kepada Nastasia Urbano tetapi kini hidupnya merempat dan dihalau keluar kerana tidak mampu bayar sewa.
Menurut ibu kepada dua orang anak yang telah dewasa ini, dia sedang bergelut dengan depresi. Tidak mahu menyusahkan orang lain terutama anak-anak dan kawan-kawan Nastasia Urbano tinggal digelandangan di kaki lima bank
Sumber: https://people.com
Gambar: Instagram @nurbano518 & @nastasiaurbano
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.