Majlis Baby Shower SARI YANTI Terlajak Comel, Ramai Tak Sabar Menanti JEPSARI Junior!

Kejap je masa berlalu. Diam tak diam, pelakon berwajah cantik, Sari Yanti bakal melahirkan cahaya mata tak lama lagi. Memandangkan usia kandungan pun dah mencecah 8 bulan dan sebagai meraikan momen terindah itu, majlis Baby Shower khas buat Sari diadakan dengan meriah oleh ahli keluarga dan kenalan rapat selebriti berkenaan semalam.

Memilih warna kuning dan kelabu sebagai warna tema, majlis yang berlangsung di RUANG Shah Alam ini nyata sarat dengan elemen bermotifkan kelengkapan bayi serta ilusi gajah. Daripada backdrop

, kek dan aneka juadah lain, kebanyakannya dihias dengan indah menggunakan tema sama. Memang comel sangat! Untung Sari sebab dikelilingi insan-insan tersayang yang setia menemaninya menjelang detik bersalin kelak.

Selain anggun mengenakan busana Ari Wedding Couture pada majlis itu, Sari turut meluahkan rasa terharu atas layanan yang diberikan kepadanya. Menerusi posting terbaru Sari di IG, “Thank you cousins, sisters and friends for the baby shower yesterday. Feel so much love for the thought. Alhamdulillah, I am thankful to have this silaturahim and will always cherish it all the way.

Terima kasih untuk suami yang sentiasa ada dan menghargai. Terima kasih untuk sahabat-sahabat baik. Adik-beradik dan cousins. Sebab buat surprise last week tak jadi. Buat lagi minggu ni dan masih sanggup. Terima kasih Ezsconcept for the beautiful ideas concept and printable. Siap buat deco gajah comel dan deco macam-macam yang cantik. Kat semua ada gajah, comel sangat. Backdrop so lovely and cute. Color choice is also very nice.”

Sari dan Jep sah bergelar suami isteri pada 25 Februari tahun lalu selepas aktres ini berpisah dengan bekas suami pada tahun 2014. Hasil perkahwinan terdahulu, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Berhubung jantina anak yang dikandung, pasangan suami isteri ini bagaimana pun belum membuat sebarang pengumuman mengenainya. Moga kesihatan Sari dan kandungan sentiasa sihat kehendaknya dan dipermudahkan segala urusan. Tak sabar nak tengok JepSari junior!

Sumber : Instagram Sari Yanti

 

 

IKLAN
Share